Assalamualaikum..
ditengah2 malam buta ni,
atau senang kata, dikesempatan yang ada ini..
aku nak ucapkan, Selamat Tahun Baru 2012..
kepada semua rakan2 blogger...
selamat tinggal 2011 yang penuh dengan kenangan..
pahit manis, ketawa sedih, suka duka...
semua nya ada..
tapi kita anggap je la, semua perkara yang berlaku dalam hidup kita itu,
adalah satu putaran roda kehidupan..
dan aku berharap.. tahun baru ni,
dapat berikan keceriaan dalam hidup aku...
dikurnia dan dilimpahi rezeki oleh Allah SWT..
dan aku dah dapat agak, 2 soalan yang akan muncul dari bibir orang yang nakal..
yang sengaja atau tak sengaja nak tanya kat aku..
soalan pertama :
dah 2012 dah ni.. bila kau nak kurus??
jawapan aku :
senang je... kalau rasa menyampah tengok badan aku, sila jangan pandang...!
soalan kedua :
dah masuk 24 tahun dah umur kau, bila nak kahwin??
jawapan aku :
insyaAllah, kalau Allah dah tetapkan, kahwin la aku.... lagipun aku belum sedia lagi nak berumahtangga... banyak lagi benda2 penting dalam hidup aku yang aku belum laksanakan lagi.. tapi kalau dah ketetapan DIA, siapa aku nak menolak takdir kan? aku terima seadanya........
azam aku.... hmm... aku tak nak pasang azam tinggi menggunung...
cukuplah seperti doa di atas....
tapi kalau aku dapat capai azam tahun2 lepas, Alhamdulillah....
terima kasih semua... terima kasih sebab sudi baca blog ini....
sebagai seorang hamba-Nya, aku sayang anda semua...
pssstt : sangat sedih meninggalkan 2011.. rasa sekejap sangat masa itu berlalu......... T_T
Tiada ulasan:
Catat Ulasan