Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

04 Julai 2014

Oh Bos!


Assalamualaikum...

Dah lama rasanya aku tak update blog... tak sempat nak bukak pon... aku sangatlah sibuk sejak ada bos ni... ohye! hari ni genap 11 hari aku berbos.. huhuhu... berbos la sangat.... dalam masa 11 hari ni, macam2 yang berlaku oiii.. penat dah aku.. sampai naik fedup!

bos aku tu ok je, baik... cakap pon lemah lembut.... tapi, aku perasan yang dia seorang yang sangat sensitif!!! huhuhu... susah tau orang sensitif ni.... haishh... sejak beliau menjadi pengarah kat bahagian aku ni, ini yang terjadi pada beliau....

2 jam setelah memulakan tugas : muka dah moody... aku tanya, kenapa.... dia cerita yang dia kena marah dengan 'tut'.... hmm.. aku pon cakap, relax la puan.... 'tut' tu memang macam tu... jangan ambik hati sangat....

4 hari : balik2 meeting, "saya tension la... macam2 benda nak pikir...." "kenapa 'tut' tu macam tu ea?" aku? senyum je...

9 hari : kemuncaknya bila bos balik2 meeting, NANGIS! aiyooooo.... kenapa pulak ni?? aku tau lah kenapa dia nangis.. of course la kena marah kan... mungkin ni dia dah tak boleh tahan dah... tu yang dia menangis tu... nangis sambil cakap, "saya dah tak tahan la kerja macam ni... saya nak tukar" aku? pulak daaa..... pegawai dah pujuk2 dah, mintak beliau berfikir dulu, bawak berbincang ke.... tapi bos aku dah nekad... petang tu jugak pergi JPA...

10 hari : pagi2 lagi dah print surat permohonan bertukar... suruh aku hantar ke big bos... tapi malang nya, big bos macam malas nak layan... adehh.. kesian bos aku... terpaksa tunggu isnin ni keputusannya sebab big bos takde... dalam masa yang sama, timbalan aku suruh aku pujuk bos... tapi macam mana nak pujuk?? bos sekarang cakap apa pun dia taknak dengar.... nekad betol... balik meeting pagi semalam pon dia dah tension... dengan timbalan2 skali tension... diorang kata hari ni asyik kena marah je.. ada je yang tak kena....

11 hari : datang kerja, muka dah tak berseri daa... huhuhu.... ingatkan hari ni boleh lah beliau kerja dengan tenang sebab semalam dimaklumkan 'tut' takde sampai isnin... tup2 pagi tadi pa 'tut' telefon bagitau si 'tut' ada pulak..... patutlah moncong je bos... huhuhu... ni pagi petang tak lekat bilik... kalau tak pergi pejabat 'tut', bos aku pergi bilik timbalan, buat perbincangan menda alah yang 'tut' mintak...

bila jadi macam ni, aku pon jadi takde mood nak kerja.... hmmm... takpelah.. tunggu lah keputusan big bos isnin ni... kalau jadi bos tukar, alamatnya aku tak berbos lagi laaa... catat sejarah dalam hidup aku.. huhuhu....

20 Jun 2014

Aku Ke Yang Bersalah?


Assalamualaikum...

pagi Jumaat yang kalut... hari ini secara rasminya aku dapat bos (padahal semalam dah masuk, cuma tarikh berkuatkuasanya beliau menjadi bos adalah hari ini.. hehehe..) so far, bos sangat ok.. cuma yelah.. nama pon bos.. jadi dia kena cepat tau apa aktiviti2 dan status2 terkini bahagian... tu yang aku kalut buat tu buat ni, ambik tu ambik ni.. panggil orang tu, panggil orang ni... fuhhhh... penat... breakfast pukul 10.. tu pon tengah breakfast ada je orang kacau...

siapakah yang kacau tu? hmmm... ada laaa.. xboleh bagitau sekarang.. hahaha.. aku agak terganggu sikit tadi bila, aku tengah suap makan, tiba2 ada orang luar call tanya siapa wakil akan hadir ke meeting, then tiba2 'orang tu' masuk2 tanya pasal maklumbalas yang aku takpernah tau dan buat.. makanan tu boleh letak tepi dulu... ni aku tengah bercakap kat telefon, time tu jugak dia nak bercakap.. padahal aku dah tunjuk tangan 'tunggu sekejap' dah... haishhh.. gangguan betol... teros aku jadi blur bila 2 pertanyaan ditanya serentak... tak menyabar betol... hmm...

tapi takpe.. hari ni aku sangat cool.. takde rasa nak marah... walaupun kalut sesangat rasanya pagi ni... dengan hal printer akak depan bilik aku ni lagi... printer dia dah disahkan tak boleh diperbaiki oleh maintainance btm.. so kena tunggu printer lain... so dia kena print teros ke printer bilik aku... kena lah berjalan sikit dalam 10 langkah ambik benda yang dia print tu kat bilik aku... tapi rasanya dia macam tak suka kena share2, kena jalan...(dia sendiri cakap kat aku macam tu) hari ni pulak tetiba dia nak print kat tempat aku tak boleh... dia teros jadi moody.. dah tu dia tak sihat pulak harini...

aku cuba bantu, call semula org btm tengok2 kan printer dia.. org btm cakap memang tak boleh buat.. taktau masalah apa pulak... haishh... aku nak je bagi printer aku ni kat dia dari tengok dia moody... dan aku pon ada rasa bersalah sebab aku ada pinjam toner dia sebab toner aku habis.. stok pon xde... aku boleh je print teros ke mesin fotostat, tapi jauh nak jalan... tu yang aku pinjam toner dia.. kalau aku tau nak jadi macam ni, tobat aku tak pinjam toner dia... walaupun aku tau penyebab printer tu rosak bukan lah sebab aku bukak2 toner dia.. tapi ada masalah lain... tapi aku punya perasaan mengatakan dia marah aku.. huhuhu...

aku pinjam toner dia hari isnin, masa tu dia cuti.. hari selasa tak pinjam pon... dia guna printer ok je.. tiba2 hari rabu, problem... boleh kata aku ke yang menyebabkan printer dia rosak?? huhuhu..... ntahlah.. benda dah jadi pon... anggap je la memang aku yang salah.... hmmm....


18 Jun 2014

Sakit Perut...


Assalamualaikum....

hampir dua minggu aku diam.. hehehe... saja je... kalau ikot meroyan, hari2 nak update... tapi nak buat apa kan?? masalah aku ni tak la besar mana... cuma aku je cepat sangat tension dan stress.... aku belum mampu manage stress aku dengan baik.. kikiki.... takpe, nanti aku pergi kursus stress management ye... hahaha...

tak ada apa nak cerita pun... saja je... sekarang ni rasa tengah ok kot... walaupun hati ni berdebar2 menanti kehadiran bos... dalam debar, aku tak kesah siapa... janji ada bos... timbalan yang baru masuk minggu lepas pon ok.. banyak bertanya... biasalah.. baru lagi.. mestilah kena tanya dan ambil tau.. satu benda yang aku suka tentang timbalan baru ni, dia akan ucap terima kasih setiap kali berurusan dengan dia.. kat surat pon, dia akan minit tk.. aku suka leader macam ni.. menghargai orang lain/bawahan.. bukan nak harap sangat terima kasih tu, tapi dengan cara dia ni aku tau dia jenis menghargai orang.. cewah2.. pandai2 je aku.... hehehe.. dato' kp aku pon kalau minit surat akan letak tk..

minggu ni dua orang pegawai lelaki xde.. outstation.. sorang pergi Sarawak, sorang pergi Terengganu.. tinggal la timbalan sorang... pastu banyak pulak meeting nak kena attend.. dah nampak dah stress kat muka timbalan ni... hehehe... dia cerita malam tadi meeting sampai pukul 10.. adehh... kesian betul... harap dia ok laa...

aku lepas habis 5S je, teros lega yang amat.... hahaha... stress ko buat 5S ni... buat kemain, pecah kepala, tenaga apa semua.. tapi last2, lain yang diauditnya... yang aku buat semua auditor tak tengok... auditor lebih tengok ke arah impak... aku nak tolong jawabkan pon, aku baru 3 bulan kat bahagian ni... so, yang senior2 la jawabkan... dapat pulak auditor kecek kelate.. hok alohh.... semua pakat bisu tak jawab soalan sebab tak paham ape dia cakap... hahaha... xpelah.. benda pon dah lepas... walaupun ada terkantoi sikit, nasib tak mencacatkan keputusan auditor.. tahun ni, ofis aku dapat pensijilan lagi... tahun depan, xtau macam mana.. katanya nak tukar lagi... adehhhhhh... penjenamaan semula 5S.. EKSA? entah apa tah.. tapi yang ni dari pihak mampu... pasal kementerian dah pakai eksa ni, jabatan2 dan agensi2 di bawah kementerian kena sama2 jemaah ikut sekali la kot.... adooooiiii.... kena tukar lagi..... kos.. kos.... hmmmm....

macam biasa.. doa aku semoga hari ni, esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan sampai bila2 adalah lebih baik dari hari semalam.... aamiiinnnn....

nampak tak, tajuk tak sama dengan jalan cerita?? hahahaha..... dah berapa hari perut aku ni meragam.. salah makan agaknya.... konon tak nak makan segala mak nenek ubat diet sebab tak nak selalu ke toilet.. tapi ni dah berapa kali pergi toilet ni.. ada yang aku makan ubat diet ni kang... dah alang2 kan... huhuhu....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."