Hai Kawan-Kawan!
Geng2 DiaryManja
20 Jun 2014
Aku Ke Yang Bersalah?
Assalamualaikum...
pagi Jumaat yang kalut... hari ini secara rasminya aku dapat bos (padahal semalam dah masuk, cuma tarikh berkuatkuasanya beliau menjadi bos adalah hari ini.. hehehe..) so far, bos sangat ok.. cuma yelah.. nama pon bos.. jadi dia kena cepat tau apa aktiviti2 dan status2 terkini bahagian... tu yang aku kalut buat tu buat ni, ambik tu ambik ni.. panggil orang tu, panggil orang ni... fuhhhh... penat... breakfast pukul 10.. tu pon tengah breakfast ada je orang kacau...
siapakah yang kacau tu? hmmm... ada laaa.. xboleh bagitau sekarang.. hahaha.. aku agak terganggu sikit tadi bila, aku tengah suap makan, tiba2 ada orang luar call tanya siapa wakil akan hadir ke meeting, then tiba2 'orang tu' masuk2 tanya pasal maklumbalas yang aku takpernah tau dan buat.. makanan tu boleh letak tepi dulu... ni aku tengah bercakap kat telefon, time tu jugak dia nak bercakap.. padahal aku dah tunjuk tangan 'tunggu sekejap' dah... haishhh.. gangguan betol... teros aku jadi blur bila 2 pertanyaan ditanya serentak... tak menyabar betol... hmm...
tapi takpe.. hari ni aku sangat cool.. takde rasa nak marah... walaupun kalut sesangat rasanya pagi ni... dengan hal printer akak depan bilik aku ni lagi... printer dia dah disahkan tak boleh diperbaiki oleh maintainance btm.. so kena tunggu printer lain... so dia kena print teros ke printer bilik aku... kena lah berjalan sikit dalam 10 langkah ambik benda yang dia print tu kat bilik aku... tapi rasanya dia macam tak suka kena share2, kena jalan...(dia sendiri cakap kat aku macam tu) hari ni pulak tetiba dia nak print kat tempat aku tak boleh... dia teros jadi moody.. dah tu dia tak sihat pulak harini...
aku cuba bantu, call semula org btm tengok2 kan printer dia.. org btm cakap memang tak boleh buat.. taktau masalah apa pulak... haishh... aku nak je bagi printer aku ni kat dia dari tengok dia moody... dan aku pon ada rasa bersalah sebab aku ada pinjam toner dia sebab toner aku habis.. stok pon xde... aku boleh je print teros ke mesin fotostat, tapi jauh nak jalan... tu yang aku pinjam toner dia.. kalau aku tau nak jadi macam ni, tobat aku tak pinjam toner dia... walaupun aku tau penyebab printer tu rosak bukan lah sebab aku bukak2 toner dia.. tapi ada masalah lain... tapi aku punya perasaan mengatakan dia marah aku.. huhuhu...
aku pinjam toner dia hari isnin, masa tu dia cuti.. hari selasa tak pinjam pon... dia guna printer ok je.. tiba2 hari rabu, problem... boleh kata aku ke yang menyebabkan printer dia rosak?? huhuhu..... ntahlah.. benda dah jadi pon... anggap je la memang aku yang salah.... hmmm....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wahai Bakal Suamiku...
"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan