Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 Jun 2014


Assalamualaikum..

hari ni, sedikit tenang.. walaupun pagi2 tadi aku kelam kabut... benda yang aku tak tau dan tak pernah buat, tiba2 disuruh dan katanya memang benda tu aku kena buat.. oklah, boleh terima.. aku pernah dengar pa2 buat.. pasal sebelum ni aku tak pernah buat, jadi aku taktau laa.. aku pulak kalau taktau, teros pergi tanya orang yang tau...  nasib baik ada akak PO (pembantu operasi) dok bantu aku tadi... dia terang kat aku macam mana nak buat... kalau tak... hmm....

pasal 5s.. auditor akan datang 16 jun ni... aku dan beberapa akak kat bahagian aku ni memang sibuk laa.. beberapa tu, 4 org je.. huhuhu... diorang bantu dari sudut kreativiti.. cantikkan tu.. cantikkan ni... pastu print dan tampal... aku salute diorang sebab bantu aku buat benda2 tu.. kalau aku, tak sempat nak tengok benda2 tu semua.. dengan kerja hakiki lagi.. selalu 5s aku buat belah petang... pagi aku settle kerja hakiki... kadang2, lepas pukul 5 baru dan nak buat 5s... aku pening sebab aku yang kena sediakan input2 nya.. dari dokumentasi sampai la ke sudut... aku taknak la diorang tengok aku macam tak membantu diorang cantik2kan zon sebab aku asyik duduk dalam bilik je, tak keluar2... aku ni sampai berair mata dok pandang pc nak siapkan dokumentasi.. aku harap diorang paham la... hati orang kan, mana kita tau...

dalam dok bimbang, risau pasal 5s, ada jugak lah yang bagi semangat kat aku... kawan2 dari bahagian lama.. ada sorang kawan ni auditor.. dia dok cakap, jangan risau... takde apa2... ex-bos pon, suruh aku banyak sabar... dengan kata2 diorang ni, lega lah sikit hati aku... aku takdelah risau sangat.. aku cuma risau, bila tiba harinya, semua pegawai tak ada.. jadi, aku la yang kena sambut auditor.. sebelum2 ni tak pernah pon buat.. sebab yang buat adalah pegawai.. kami yang bawah2 ni standby kat tempat jagaan masing2..

tu yang datang kerja hari ni, aku tenang sikit... aku dah macam malas nak pikir... apa yang ada je la tunjuk kat auditor nanti... 5s ni dah masuk tahun ke 6... orang dah jemu... bila nak audit je, tukar semua.. tukar sana tukar sini... istilah penjimatan tu tak ada... aku pon takpaham... hmm.. layankan je laaa....


03 Jun 2014

...(-__-)...


Perbualan antara N27 dengan N27..

Aku : En. S...
En. S : emm.... (pandang sekilas)
Aku : Tadi saya ada emel mintak maklumbalas XXX, maklumbalas ni nak kena hantar petang ni...
En. S : XXX?.. (pandang pc, tengah buat kerja)
Aku : aah.. macam hari tu.. nanti En. S jawab ea.. tengokkan sekali part En. F (pegawai 41) punya ea.. En. F takde hari ni...
En. S : emm... (masih pandang pc)

aku pon blah laa... orang taknak layan kan... hati ni sakit jugak... tapi apakan daya.. mungkin dia ok bila aku mintak jawab maklumbalas.. tapi bila aku sebut nama En. F, dia teros buat muka...

aku ni masih boleh bertahan lagi... ok je, setakat aku panggil, memasing emm emm tanpa tengok muka aku pon.. walaupun aku anggap orang macam ni adalah orang yang biadap.. takpe..... aku ok lagi... ramai dah buat kat aku macam tu... selagi aku boleh bersabar, aku akan bersabar... satu je aku mintak, jangan buat aku 'meletup'... tu je..

aku mintak tengok dan jawabkan maklumbalas je.. bukan suruh pergi berlari, hantar surat or apa2 benda berat pon... aku nak kena remind 5 6 orang lagi untuk tengok emel aku dan jawab maklumbalas.. ni pon ada yang tak angkat telepon.. susah sangat ke? aku rasa kerja aku lagi susah... nak call masing2, lepastu nak kumpul maklumbalas... dah siap, kena mintak pegawai semak... dah ok, baru lah emel semula ke urusetia... tempoh ada kurang 5 jam lagi ni...

agaknya aku ni kena pergi mandi air bunga kot.. naikkan seri muka, baru orang nak pandang, baru orang nak respect... muka aku ni hodoh sangat ke? cara aku bercakap ni terok sangat ke? ke aku salah bagi arahan? atau aku terlalu berlembut hati... entahlah... lain laa.. lain sangat bekerja dengan pegawai berbanding bekerja dengan mereka2 yang sama2 level dan bawah kita... lain sangat...

29 Mei 2014

Luar OK, dalam SAKIT..


Assalamualaikum..

hari2 aku sekarang rasa tak segembira dulu.. aku masuk ofis 7.30 pagi... balik pon hampir2 nak pukul 7.00 malam.... hari2 nak pergi ofis, hati aku dupdapdupdap... tak tenang... hari2 nak pergi ofis, aku berdoa, semoga hari ni baik2 je...

2 benda yang mengganggu aku.. pertama, ketiadaan pengarah dan timbalan pengarah... bahagian aku ni pegawai ada 5 orang je... bila pengarah dan 2 orang timbalan takde (masing2 pencen dah bertukar), 2 orang pegawai gred 41 pon jadi kelam kabut... bila diorang kelam kabut, dengan aku2 sekali jadi kelam kabut....

minggu ni sangat menyesakkan kepala otak aku... orang pikir aku belom ada bos, bersenang lenang la aku.... salah ok.. itu tanggapan salah yang tak boleh pakai... bagi aku orang yang cakap macam tu adalah orang yang sangat biadap! aku rela ada bos, dapat arahan secara terus dari bos, tak kira la bos bagi arahan tu nak cepat ke nak apa ke, aku rela... dari aku tertunggu2 arahan, terkontang kanting tak tau ke mana pergi pegawai2 41 ni, yang kalau pergi mana2 meeting tak cakap dengan aku.. aku benci situasi macam ni..

minggu ni, sorang outstation.. sorang lagi kelam kabut dengan macam2 tugas dan arahan dari pihak atasan yang suruh pergi meeting sana.. pergi meeting sini.. serabut dah aku tengok... dua benda je aku tak berapa berkenan, dia kalau pergi meeting, takbagitau aku (kalau emel panggilan meeting tu cc kat aku, aku tau laa..) so, bila orang cari.. aku kata dia ada.. padahal dia tak ada... then, oleh kerana dia terlalu sibuk (cover kerja pengarah dan timbalan) dia tak sempat baca emel... hmmmmm.... sekarang ni apa2 guna emel.. kata nak kurangkan penggunaan kertas kan... kalau emel tu di cc kat aku sekali, boleh la aku remind dia... ni aku pon xtau menau.. bila orang tanya dapat x emel blablabla.. nganga je laaa.. lagi satu, surat2 pon tak sempat minit.. kesian kan... gred 41, bila pengarah dengan timbalan takde, dia yang kena minit surat... aku ni tertunggu2 je surat semalam keluar... bila check kat bilik, tak minit lagi.. macam mana?? hmmm...

pagi ni dia pergi meeting dengan kp & tkp.... tu pon aku tau bila aku tanya pa tkp dia ada kat atas ke tak.. baru lah pa tkp bagitau, yang tiga2 pergi meeting kat luar... haishh... dia kalau text aku pon aku tak kesah.. ni tak bagitau langsung.. ape nak kata? aku takdelah marah... aku paham, dia tengah pening.. nak makan pon taksempat, apetah lagi nak tengok emel, surat.. aku paham.... aku nak tolong pon, aku tak tau nak tolong macamana.. kalau dia cakap, boleh la tolong.. ni dia takcakap apa2.. nak pegi meeting pon xcakap, ini kan lagi benda lain.... aku harap pegawai aku ni oklah.. aku doa jugak, cepat2 lah masuk pegawai... timbalan pon jadilah.. atleast, kurang sikit beban yang gred 41 ni...

benda kedua yang mengganggu aku, 5S.... aku ok je bab2 5S ni.. kat bahagian lama, aku ni auditor dalaman tau... so, aku dah biasa... tapi bila masuk bahagian baru ni, baru beberapa hari, aku kena lantik jadi setiausaha... aku tak kesah.... dulu masa mula2 5S dilancarkan tahun 2009, pertama kali penubuhan zon, aku pernah jadi setiausaha... masa tu lagi laa.. benda baru nak mula kan... lagi pening kepala... yang ni, dah masuk tahun ke 6 kot, bila tugas SU tu diserahkan kat aku, aku terkejut... segala benda tak dikemaskini... ada tu dari tahun 2012.. sape tak marah? sape tak sedih? aku memang upset gilaa... dan aku diberitahu, takde apa2 aktiviti sepanjang 2012 sampailah aku pegang jawatan SU... ada pon tahun 2013, semua nya di reka konon2 nya nampak lah ko update kan.... serius, aku sangat geram, marah, menyampah, pelik, hmmmm...

dan semalam, aku nekad.. lepas berbincang dengan akak depan bilik aku ni.. dia sarankan kat aku buat memo, kata ada gotong royong dan audit.. audit nak buat petang ni... semoga audit berjalan dengan lancar.. huhuhu.... gotong royong semalam, alhamdulillah.... diorang ni ok je... ikut arahan walaupun kadang2 rasa benda yang diorang cakap macam sinis je.. tak kesahlah, janji buat... dah nampak kemas sikit... sekarang ni, aku lah yang nak kena siapkan dokumentasi dengan sudut... benda yang kena selari.. dua2 kena sama... tu yang aku hari2 balik lambat... bila aku terasa nak balik awal, (sebab nak muntah tengok semua ni) akak aku pulak lambat... tension betol... nasib lah.. dah bagi pinjam kereta, kang banyak complain, mula tarik muka.... bersabar je lah..

ok, cerita pasal akak aku... semalam aku menangis lagi... dia tertinggal coklat untuk buat hantaran tunang dia kat sekolah... aku rasa nak hempuk telefon je masa tu.. lepastu suka hati suruh aku pergi sekolah dia ambik coklat tu... time kerja.. aku dah la sibuk, makan pun tak sempat, ada hati suruh aku pergi sekolah dia ambik.... siap suruh aku masuk sekolah, masuk bilik guru, ambik kat meja dia... cakap macam makan kacang kan... aku marah laaa... cakap senang je.. aku yang pening... cakap macam tu, teros dia tak balas mesej aku.... menangis tersedu sedan jugak la aku dalam kereta kat parking ofis semalam... masa tu jam dah 6 lebih.. badan dah penat, otak bercelaru, perut dah lapar.. bila jadi macam ni, apa je aku boleh buat.. menangis je laaa... lepastu terpaksa susahkan kawan dia (cikgu jugak), aku tak berani nak masuk sekolah tu, jadi aku mintak kawan dia ambik bawak balik, aku pergi ambik kat rumah dia... nasib baik lah kawan dia ok.. tu pon, dia ada jugak merungut kata akak aku kelam kabut, memang lupa langsung pasal coklat dia tu... hadiah2 dia dapat hari guru tak lupa pulak........ heyyy.. sakit pulak hati kite....




Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."