Hai Kawan-Kawan!
Geng2 DiaryManja
29 Mei 2014
Luar OK, dalam SAKIT..
Assalamualaikum..
hari2 aku sekarang rasa tak segembira dulu.. aku masuk ofis 7.30 pagi... balik pon hampir2 nak pukul 7.00 malam.... hari2 nak pergi ofis, hati aku dupdapdupdap... tak tenang... hari2 nak pergi ofis, aku berdoa, semoga hari ni baik2 je...
2 benda yang mengganggu aku.. pertama, ketiadaan pengarah dan timbalan pengarah... bahagian aku ni pegawai ada 5 orang je... bila pengarah dan 2 orang timbalan takde (masing2 pencen dah bertukar), 2 orang pegawai gred 41 pon jadi kelam kabut... bila diorang kelam kabut, dengan aku2 sekali jadi kelam kabut....
minggu ni sangat menyesakkan kepala otak aku... orang pikir aku belom ada bos, bersenang lenang la aku.... salah ok.. itu tanggapan salah yang tak boleh pakai... bagi aku orang yang cakap macam tu adalah orang yang sangat biadap! aku rela ada bos, dapat arahan secara terus dari bos, tak kira la bos bagi arahan tu nak cepat ke nak apa ke, aku rela... dari aku tertunggu2 arahan, terkontang kanting tak tau ke mana pergi pegawai2 41 ni, yang kalau pergi mana2 meeting tak cakap dengan aku.. aku benci situasi macam ni..
minggu ni, sorang outstation.. sorang lagi kelam kabut dengan macam2 tugas dan arahan dari pihak atasan yang suruh pergi meeting sana.. pergi meeting sini.. serabut dah aku tengok... dua benda je aku tak berapa berkenan, dia kalau pergi meeting, takbagitau aku (kalau emel panggilan meeting tu cc kat aku, aku tau laa..) so, bila orang cari.. aku kata dia ada.. padahal dia tak ada... then, oleh kerana dia terlalu sibuk (cover kerja pengarah dan timbalan) dia tak sempat baca emel... hmmmmm.... sekarang ni apa2 guna emel.. kata nak kurangkan penggunaan kertas kan... kalau emel tu di cc kat aku sekali, boleh la aku remind dia... ni aku pon xtau menau.. bila orang tanya dapat x emel blablabla.. nganga je laaa.. lagi satu, surat2 pon tak sempat minit.. kesian kan... gred 41, bila pengarah dengan timbalan takde, dia yang kena minit surat... aku ni tertunggu2 je surat semalam keluar... bila check kat bilik, tak minit lagi.. macam mana?? hmmm...
pagi ni dia pergi meeting dengan kp & tkp.... tu pon aku tau bila aku tanya pa tkp dia ada kat atas ke tak.. baru lah pa tkp bagitau, yang tiga2 pergi meeting kat luar... haishh... dia kalau text aku pon aku tak kesah.. ni tak bagitau langsung.. ape nak kata? aku takdelah marah... aku paham, dia tengah pening.. nak makan pon taksempat, apetah lagi nak tengok emel, surat.. aku paham.... aku nak tolong pon, aku tak tau nak tolong macamana.. kalau dia cakap, boleh la tolong.. ni dia takcakap apa2.. nak pegi meeting pon xcakap, ini kan lagi benda lain.... aku harap pegawai aku ni oklah.. aku doa jugak, cepat2 lah masuk pegawai... timbalan pon jadilah.. atleast, kurang sikit beban yang gred 41 ni...
benda kedua yang mengganggu aku, 5S.... aku ok je bab2 5S ni.. kat bahagian lama, aku ni auditor dalaman tau... so, aku dah biasa... tapi bila masuk bahagian baru ni, baru beberapa hari, aku kena lantik jadi setiausaha... aku tak kesah.... dulu masa mula2 5S dilancarkan tahun 2009, pertama kali penubuhan zon, aku pernah jadi setiausaha... masa tu lagi laa.. benda baru nak mula kan... lagi pening kepala... yang ni, dah masuk tahun ke 6 kot, bila tugas SU tu diserahkan kat aku, aku terkejut... segala benda tak dikemaskini... ada tu dari tahun 2012.. sape tak marah? sape tak sedih? aku memang upset gilaa... dan aku diberitahu, takde apa2 aktiviti sepanjang 2012 sampailah aku pegang jawatan SU... ada pon tahun 2013, semua nya di reka konon2 nya nampak lah ko update kan.... serius, aku sangat geram, marah, menyampah, pelik, hmmmm...
dan semalam, aku nekad.. lepas berbincang dengan akak depan bilik aku ni.. dia sarankan kat aku buat memo, kata ada gotong royong dan audit.. audit nak buat petang ni... semoga audit berjalan dengan lancar.. huhuhu.... gotong royong semalam, alhamdulillah.... diorang ni ok je... ikut arahan walaupun kadang2 rasa benda yang diorang cakap macam sinis je.. tak kesahlah, janji buat... dah nampak kemas sikit... sekarang ni, aku lah yang nak kena siapkan dokumentasi dengan sudut... benda yang kena selari.. dua2 kena sama... tu yang aku hari2 balik lambat... bila aku terasa nak balik awal, (sebab nak muntah tengok semua ni) akak aku pulak lambat... tension betol... nasib lah.. dah bagi pinjam kereta, kang banyak complain, mula tarik muka.... bersabar je lah..
ok, cerita pasal akak aku... semalam aku menangis lagi... dia tertinggal coklat untuk buat hantaran tunang dia kat sekolah... aku rasa nak hempuk telefon je masa tu.. lepastu suka hati suruh aku pergi sekolah dia ambik coklat tu... time kerja.. aku dah la sibuk, makan pun tak sempat, ada hati suruh aku pergi sekolah dia ambik.... siap suruh aku masuk sekolah, masuk bilik guru, ambik kat meja dia... cakap macam makan kacang kan... aku marah laaa... cakap senang je.. aku yang pening... cakap macam tu, teros dia tak balas mesej aku.... menangis tersedu sedan jugak la aku dalam kereta kat parking ofis semalam... masa tu jam dah 6 lebih.. badan dah penat, otak bercelaru, perut dah lapar.. bila jadi macam ni, apa je aku boleh buat.. menangis je laaa... lepastu terpaksa susahkan kawan dia (cikgu jugak), aku tak berani nak masuk sekolah tu, jadi aku mintak kawan dia ambik bawak balik, aku pergi ambik kat rumah dia... nasib baik lah kawan dia ok.. tu pon, dia ada jugak merungut kata akak aku kelam kabut, memang lupa langsung pasal coklat dia tu... hadiah2 dia dapat hari guru tak lupa pulak........ heyyy.. sakit pulak hati kite....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wahai Bakal Suamiku...
"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan