Assalamualaikum....
Sumber : Mohd Zulkifli Dot Com
Untuk perkongsian bersama....
“Zul, your wife kerja kat mana?”
“Er, kerja kat rumah jer. Housewife.”“Em, cukup ker? Satu income untuk tanggung 4 orang?”“Alhamdulillah… cukup. Tapi kena betul-betul manage la duit”
Satu Pendapatan Untuk Satu Keluarga?
Sebahagian perbualan dengan Mr. Soo, ex-boss saya 2 tahun lalu. Mr. Soo sangka, selama 4 tahun saya bekerja di bawah beliau, saya ada pendapatan lain selain gaji. Beliau fikir, mungkin saya ada asset yang banyak, yang boleh bagi pendapatan tambahan secara tetap setiap bulan untuk survive selain gaji yang cuma seorang Eksekutif ‘Rendah’.
Selain beliau, ramai juga kenalan tanya saya cukup ke duit (untuk sara keluarga) dengan hanya satu pendapatan. Kerja cuma Eksekutif biasa, baru beberapa tahun kerja, untuk tanggung diri, isteri dan anak-anak 3 orang ketika tu. Tambah pulak, hidup di KL ni, kos sara hidupnya bukan sikit. Jawapan saya “Alhamdulillah boleh (survive), tapi kita tak boleh hidup macam orang lain. Kita kena hidup cara kita, dan di BAWAH kemampuan kita”. Itulah kuncinya saya rasa.
Prinsip: Hidup BAWAH Kemampuan
Kalau nak senang, memang kita kena hidup BAWAH kemampuan. Jangan hidup IKUT kemampuan. Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie). Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.
Kalau nak senang, memang kita kena hidup BAWAH kemampuan. Jangan hidup IKUT kemampuan. Saya ada terbaca, “hidup di bawah kemampuan” ialah salah satu prinsip kewangan yang diamalkan oleh orang kaya yang sebenar (bukan orang kaya mee maggie). Mereka kaya sebab mereka memang amalkan gaya hidup BAWAH kemampuan, bukan hanya masa dah jadi kaya, tapi sebelum dia jadi kaya lagi.
Kalau dia mampu pakai Waja sebagai contohnya, dia cuma pakai Wira. Bahkan mungkin cuma pakai Saga. Kerana Saga dah cukup memadai untuk KEPERLUAN dia. Perbezaan nilai antara MAMPU dan PERLU itulah asset yang membuatkan dia lebih kaya!
Saya bukan orang kaya. Tapi saya ‘seronok’ belajar melalui orang kaya – dengan membaca dan memerhati. Dan saya perhati, memang tak ramai yang amalkan prinsip penting ini.
Trend Hidup Di LUAR Kemampuan
Yang lebih membimbangkan, memang dah jadi trend sekarang ni orang hidup di LUAR kemampuan! – dengan cara berhutang, ansuran, kad kredit, skim bayaran mudah dan apa saja skim yang sama ‘waktu’ dengannya… Sikap ambik mudah dengan hutang, membuatkan ramai yang hidup di LUAR kemampuan sebenar mereka.
Atas alasan itulah, saya sangat tak gemar berhutang, dalam apa bentuk sekalipun. Selagi boleh ‘hidup’, saya cuba jauhkan diri dari hutang. Puji-pujian bagi Allah, hutang saya sekarang cuma hutang beli rumah saja. Itupun hutang yang diketegorikan sebagai Hutang Berkat, bukan Hutang Mudarat. (Sila rujuk artikel lama saya bertajuk “Hutang Berkat, Hutang Mudarat”)
Tips Hidup Bawah Kemampuan
Untuk hidup BAWAH kemampuan, ada beberapa tips yang saya nak kongsikan pada sahabat semua.
Pertamanya, jauhilah hutang walauapapun bentuknya. Kad kredit (kad hutang), skim bayaran mudah, skim bayaran ansuran, tak perlu bayar dalam tempoh 30 hari, semua tu hutang yang telah diberi nama baru supaya kita tak rasa ianya adalah hutang! Hutang yang lebih afdhal untuk kita jauhi ialah Hutang Mudarat. Sila rujuk artikel lama saya bertajuk “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk maklumat lanjut.
Keduanya, berbelanjalah ikut KEPERLUAN, bukan KEMAMPUAN, dan jauh sekali ikut KEMAHUAN. Memang prinsip ni saya benar-benar amalkan sejak lalui zaman-zaman sempit dulu.
Perlu atau Benar-benar Perlu?
Saya tahu, cara macam ni memang tak ada class. Tapi saya selesa dengan cara ni. Bagi saya, biar tak nampak ‘berharta’, asalkan poket saya penuh. Kalau ada duit, bila-bila masa jer boleh ditukarkan menjadi ‘harta’. Tapi kalau ada ‘harta’, bukan senang nak convert balik jadikan duit kalau kita terdesak…
Kalau ikutkan, memang banyak benda yang saya nak beli (miliki) tapi selalu saya tangguh-tangguhkan. Kekadang sampai beberapa tahun masih tak terbeli. Bukan sebab tak mampu, tapi ia belum cukup alasan untuk ia dikategorikan sebagai benar-benar PERLU.
Walaupun ‘statusnya’ memang perlu, ia terpaksa ditangguh-tangguhkan sebelum ianya bertukar menjadi benar-benar perlu. Bila dah benar-benar perlu, masa tu dah tak perlu ditimbang-timbang lagi. Memang kena beli sekarang!
Wallahu a’lam…
**************************************************************************************************************
mesti apa yang kongsikan ni korang dah lalui kan... atau sedang lalui.. sama macam aku.. betul, hidup aku sekarang ni penuh dengan hutang... hutang PTPTN, hutang kereta, hutang TUT!!, hutang TETT!! hahaha.. apa yang tut, apa yang tett tu, maaflah, takdapat dikongsikan disini.. buat malu je nanti.... hahahaha... (tapi kalau nak tau jugak, sila whatsapp aku ye... hak3)
sejak2 kenaikan harga petrol, kenaikan harga barang.. semua benda aku buat, aku kena pikir dulu... sampaikan balik kampung pon.. hehehe.. tapi aku tetap jugak balik atleast sebulan sekali... kalau balik selalu pon, ada je sedara mara ni berbunyi, "selalu balik, cuti ke?" "asyik cuti je..." haishh.. cuti pon salah, balik pon salah... apa yang tak salah agaknya.... yelah, sekarang ni kita je keja gomen..
ok, berbalik pasal cerita di atas... kat blog yang disebut tu, bukan lah cerita pasal hutang je.. banyak lagi yang pemunya blog tu kongsikan.. bila aku baca, mulalah ada titik penyesalan dalam diri... benda yang aku sepatutnya buat dari mula kerja, aku tak buat... benda yang sepatutnya aku tak buat, aku buat... nak menyesal? dah takde gunanya lagi beb...
jadi, aku kongsikan benda ni, bukan pasal nak nasihat2 orang bagai, sebab aku pon sama yek je... tapi nak muhasabah diri sendiri jugak... umur dah 25 baru nak berfikir... huhuhu...
1 ulasan:
Yesszzaa.... Idup penuh utang. mmg byk terasa. hahahaha
Catat Ulasan