Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

16 Januari 2012

Udang XL Kambus Mi

Assalamualaikum...

haaa... apasal pulak aku letak tajuk entry seperti di atas? hahaha...
sebenarnya.......... aku nak cerita pengalaman aku tahun lepas, yang pernah merasai keenakan
Mi Udang Mak Jah..

sebelum tu, bacalah kat sini dulu... sangat berkaitan dengan tajuk di atas.. hehehe..

ni pulak cerita aku, ada kaitan sikit dengan tajuk di atas.. hahahaha....

oleh kerana aku berasal dari Selatan, jadi peluang untuk ke gerai tersebut yang terletak di Utara sangatlah susah atau terbatas mengikut keadaan.. jadi, bila aku diberi peluang untuk rasa sendiri keenakan udang tu, mestilah aku suka!

thanks kepada wana sebab bawak aku ke Gerai Mi Udang Mak Jah tu... hehehe...

aku tak ingatlah aku ada apa masa pegi rumah wana.. ke pergi sana saja2 je... aku kan suka nyebok balik kampung orang.. hahaha... (semua kampung budak2 ni aku dah pegi.. hehe) yang aku ingat, balik ke Putrajaya tu, wana ajak makan kat gerai mi udang mak jah.. wana dengan tina memang dah selalu pergi.. yelah.. dekat dengan diorang.. boleh la pergi selalu.. hehe...

sampai2 je, ramai nya orang... berebut2 nak cari meja... terpaksa la kitorang menunggu kat luar dulu... dapat je meja, terus order.. aku nak try mi udang special, wana order kuetiow udang special dan tina pulak nasi goreng udang special.. tapi kan, aku rasa diorang punya menu lagi sedap la.. huhu.. pastu kitorang order udang goreng tepung pulak.. bayangkan la berapa banyak udang tu? hehe....

apa yang membezakan biasa dengan special.. bezanya mestilah harga kan.. hehe.. kalau biasa, mi udang nya harga rm7.00.. menu lain aku tak ingat pulak... sama je kot... dan yang special pulak harga nya rm11.00.. dan semestinya udang dia lebih sket dan saiz pun lebih besar... sedap gila weiii.....

orang kat meja sebelah tengok je 3 anak dara ni makan macam 10 orang makan.. hahaha.. 'ada wan kesah?' sampai tak larat nak menghabiskan udang2 tu.. tapi terpaksa habiskan jugak, sebab nanti membazir pulak...
puas hati aku dapat makan udang2 tu.. hehehe...

ni.. aku dah terasa2 nak makan lagi kat situ... huhu.. ada sapa2 sudi bawak aku pergi sana? minggu raya cina ni ada jugak nak ke perak.. tapi rasanya tak sampai ipoh kot... hmm.. tak dapat la singgah sana... jauh pulak nanti nak patah balik...

kalau ada sapa2 pergi sana, jangan lupa ajak aku ea... hehe.. takpun, bekalkan aku udang dari sana... pastu hantar kat rumah aku.... hahaha.. (manyak cantik muka aku kan?)

2 ulasan:

Hustler berkata...

kat ipoh ke weh kedai tuh?? macam nak gi jek?? hahaha!! selalu kot aku lepak2 penang... ngeh ngeh ngeh

LiaNa YuSoF berkata...

kalau ikot jalan, wana msuk tol ipoh.. tol ipoh yang mana, aku pon tak ingat... pastu ikot signboard kuala sepetang.. kalau ko nak pegi, tnya la wana.. dia tau.. pastu jgn lupe tapau kan aku punye skali..wahaha.. sdap sgt weh..

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."