Assalamualaikum...
bila sebut pasal praktikal... tiba2 aku teringat masa buat Latihan Industri (LI) masa belajar dulu.. masa tu tahun 2007. aku masuk dalam bulan Julai gitu... dan memilih agensi kerajaan untuk buat praktikal.
disebabkan keluarga aku berada di Melaka, jadi aku takde lah nak susah2kan diri mencari tempat praktikal yang jauh dari rumah. bukan tak nak berdikari, tapi... benda senang, buat apa disusahkan kan? cukup la aku belajar pon dah jauh dari keluarga. (jauh ke?? hehe)
aku praktikal di Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka. mula2 tu memang takut.. yelah, aku mana pernah kerja.. tu lah pertama kali... lepas SPM pun tak berkesempatan nak kerja.. kerja membesarkan badan lagi ada lah.. hehehe..
aku praktikal dari Julai hinggalah ke Disember 2007.. banyak betul kenangan2 manis dekat situ.. tapi paham2 je la.. nama pun budak praktikal.. kerja buli membuli memang dah menjadi kebiasaan.. tapi takdelah sampai kena marah, tengking... cuma, ko tak sempat nak panaskan punggung, dah kena panggil buat kerja..
nasib aku takdelah baik sangat praktikal kat situ.. sepanjang praktikal tu, aku mengaku la, aku memang ada perasaan sakit hati sikit.. aku tak disediakan tempat duduk dan disuruh menumpang di tempat penghantar notis.. yang kadang2 angin tak berapa baik, siap warning kat aku, kalau dia balik dari hantar surat, dia tahu tempat duduk jangan ada sapa2... kalau dia takde barulah boleh duduk tempat dia.. sadis kan pakcik tu? hmm... bayangkanlah, bila pakcik2 penghantar notis tu ada kat ofis, aku dan sorang lagi member akan duduk dekat tangga... sedih tak sedih hidup aku masa tu.. T_T.. ada juga pakcik yang baik, suruh aku duduk tempat dia.. tapi aku tak selesa la.. bilik tu bilik lelaki... jadi aku tunggu la diorang pegi hantar surat, baru la aku masuk bilik tu....
aku masuk MPAG tu bukan sorang, tapi 10 orang.. ramai kan? aku ditempatkan di jab. pengurusan. kawan baik aku, merangkap member bersuka ria, merayap, rempit... 2 orang, arwah Fizah dan Azu.. diorang berdua ni sama poli dan kelas, dan amek sijil......... sijil ape ek? ala... aku lupe la... tapi macam pentadbiran pejabat jugak la.. diorang ni, julai - september sorang kat jab.kewangan, dan sorang lagi sama jabatan dengan aku.. dan sama lah sebaliknya bila bulan oktober - disember, diorang akan tukar sesama diorang jugak.. jadi aku takde lah keseorangan.. lagipon, jab pentadbiran dengan kewangan sebelah2 je... xde maknanya kesorangan.. hahaha...
yang lain, 3 orang di jab. kejuruteraan, dan 4 orang di jab. landskap.... memang seronok masa tu.. tapi penat... sangat penat... bayangkan lah, aku ni kan student PA, jadi bila PA mintak ganti tempat, aku kena la turun bawah ganti PA.. dan dalam masa yang sama, orang2 admin ni sibuk cari aku juga... suruh bukak surat la.. key-in surat la... edar surat la.. cari fail la.. kemas fail untuk 5S la... dah macam PAP pulak aku... bulan puasa pun, sama je.... takde la nak kasi peluang aku curi tulang... hmm.. sabar je la...
dan masa tu, kami2 ni budak2 praktikal di bayar rm100 sebulan.. see! suruh buat keja macam kita ni hamba abdi, tapi bayar rm100 je... hmm... xpela... okla dari tak dapat langsung... setengah tempat memang takde nak bagi2 elaun ni... biasalah, kerajaan.....
dan tadi, aku baru dapat surat.. (surat untuk bos la kan..) kat situ, surat tu tulis kerajaan setuju nak bagi elaun pada pelajar yang buat latihan praktikal di agensi kerajaan selama 3 hingga 6 bulan... dan akan dibayar rm15.00 sehari terhad kepada maksimum 3 bulan sahaja bagi sepanjang tempoh pengajian.. tapi ada syarat la... aku suka syarat untuk pengurusan pelajar, dalam erti kata lain, tempat praktikal tu la.. aku ringkaskan ea syaratnya.. dah nama pun pelajar praktikal, jadi sesuaikan tugas pelajar tersebut sebagai pelajar praktikal, bukan pekerja.. fahamkan maksud aku.. hehehe...
aku kira2... kalau rm15.00 sehari, sebulan tu dapatlah rm300.00 kalau takde ambik cuti. sebab elaun dibayar ikut hari dan pelajar boleh cuti tapi dengan kebenaran dan tanpa dibayar sebarang elaun.. okla tu.. banyak jugak la... aku dulu rm100 je.. dan ada yang agensi kerajaan yang tak bagi apa2.. jadi, sekarang, semua pelajar praktikal yang nak buat praktikal di agensi kerajaan, tak payah risau lagi la...
jadi, untung tak untung pelajar yang nak buat praktikal kat agensi kerajaan? berbanding zaman kita dulu? hmmm....
pssstt... : banyak lagi cerita masa zaman2 buat praktikal dulu... tapi nanti kendian2 aku cerita ea... hehe..
4 ulasan:
ni semua jabatan kerajaan ke MPAG li..hehe...aku dulu langsung xde dapat elaun...huhu
ni utk semua agensi kerajaan... xleh nak ngelak2 da bayar elaun.. hehehe...
tapi sekarang 2021 dah tk dapat elaun dah..saya dapat pengurusan air berhad tkde elaun pun
Saya dapat intern di majlis perbandaran kuala selangor, takde elaun juga sis :')
Catat Ulasan