Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

18 Mac 2014

S.A.B.A.R


1. Kunci

2. Surat

dua perkara yang buat aku............. hmmmm.... ok takpe..

sekian, terima kasih.

14 Mac 2014

Allah Je Tahu...


Allah je tahu betapa sedih nya hati aku ni.... sedih sangat2... jangan lah cakap "takpayah poyo sangatlah, ko pindah tingkat 8 je kot!" aku yang rasa, suka hati aku lah nak sedih ke tak!

pertukaran secara tiba2, secara mendadak ni memang buat aku moody sepanjang hari... bermula dari tarikh yang aku tahu aku kena ditukarkan, sampailah ke hari ni... semua benda aku buat, serba tak kena... blur...

orang kata, jangan terlalu selesa berada di mana kita berada sekarang.. betul! mungkin aku dah terlalu selesa... sampaikan aku rasa sedih macam ni...

nak melalak menangis pun tak guna... patuh je laaa... kan SAYA YANG MENURUT PERINTAH... jadi terima dan redha je laa...

kenapa aku sayang nak tinggalkan tempat aku sekarang :

1. ada kawan yang sama2 susah senang dari mula masuk sampailah hari ni... 5 tahun 6 bulan... Huda & Naz...

2. pegawai2 dan staf nya yang best, sporting, dan baik hati...

3. bilik aku sekarang lagi besar... huhuhu... apa2 pon, dua2 pon bukan aku yang punya... kan?

4. sangat berbeza jaga TP dengan Pengarah.. sangat berbeza...

5. bos sekarang ni walaupun beberapa perkara dia sangat cerewet, tapi dia tak pernah marah aku.. dia memang baik...

6. tempat baru, bos pon takde lagi.. so, aku dah la nervous nak ke tempat baru, belajar benda baru.. nak tunggu pulak bos baru yang entah dari mana, perangai macam apa... haishhh.... matilaaanaaakkkk...

7. entah.. memang sayang... sejak dari selasa aritu, tiap kali aku pandang kerusi, meja, printer, pc, telefon... pandang stamp pad pon aku rasa sedih... berair je mata aku ni....

8. apa lagi? hmm.. hanya Allah je tau....

hari ni hari terakhir aku kat bahagian ni.... haishh... sambil taip ni pon, dah sebak2 dah.... jap lagi nak karang emel pulak, makluman pertukaran kat semua orang...

satu je aku mintak, harap2 tempat baru boleh buat aku sayang kat situ sama macam aku sayangkan tempat aku sekarang ni...

11 Mac 2014

Kejutan Yang Mengezutkan...


Assalamualaikum...

hari ni, aku dikejutkan dengan berita.... pertukaran aku ke bahagian lain... hmmm..... aku dah agak perkara macam ni akan terjadi... cuma, aku macam tak bersedia... dan aku tak sangka secepat ni...

pagi tadi, bos jerit panggil aku dari dalam bilik... "Liana, Liana kena tukar ke?" haaaa.. aku pon bingkas bangun dan menjenguk kat tepi pintu bilik bos.. "apa Puan? tukar? siapa yang kena tukar?" aku macam orang bingung je... "Liana laa.. ni nama kat emel ni... Liana mintak tukar ke?" "haa!!!" teros aku berlari bukak emel yang bos aku maksudkan...

terketar2 jugaklah tangan ni nak bukak emel tu.. dalam hati dok mengharap, janganlah ada nama aku.... huhuhu.... tapi..... memang betol.. ada nama aku... dari BTM ke BKW... sebab pa di BKW dah bertukar ke kementerian lain...

aku pon pergi lah mengadap bos aku... "aah lah puan... alaaa...." tu je mampu aku cakap....

sedih ke aku? ntahlah... sebab hanya pertukaran dalaman jabatan.. masih lagi boleh jumpa orang2 BTM yang lebih 200 orang, yang aku masih lagi tak berapa kenal beberapa orang... hehehe.. dan aku tengok, di BKW memang tak ramai.. tak sampai 100 orang pon..

cumanya, bos di BKW baru je pencen... so, no point jugaklah aku ke bahagian tu kalau bos tak ada.. tapi masih lagi ada timbalan.. so lepasni aku bantu2 lah timbalan apa yang patut.. sekarang ni pon, aku masih belum dapat surat pertukaran.. hanya dimaklumkan melalui emel.. pastu dok emel 1 jabatan... so, orang2 bahagian aku sekarang ni kebanyakkan dah tau.. masing2 dok sametime, call, jumpa aku tanya betol ke tak.. pastu tanya kenapa aku mintak tukar... huhuhu... "taklah.. saya ditukarkan..."

kiranya, aku dah redho la ni... huhuhu... nak buat macam mana... arahan orang atasan... nak tak nak kena ikut.. bos pon cakap macam tu..

tadi ada sorang pegawai ni, cakap tahniah kat aku... aku tak tau nak rasa apa.. sedih? kecik hati? terasa? ntahlah... kalau korang, tengah blur, pastu ada rasa sedih2 sikit sebab.. yelah korang dah berkhidmat kat tempat tu lebih 5 tahun, tempat pertama penempatan korang pulak tu.. mestilah rasa sayang kan.. lagipon, perkara ni korang tak mintak.. ditukarkan serta merta tanpa pemberitahuan dulu sebelum keluarnya apa2 emel atau surat.. tiba2 je... apa korang rasa kalau orang cakap tahniah? dia sorang je yang cakap, orang lain semua bersimpati kat aku.. huhuhu...

aku takdelah nak marah kat dia pon.. mungkin dia bergurau... cuma hairan je la.... hehehe.. mungkin dia suka aku ditukarkan... atau dia nak cakap tahniah sebab aku lepasni jadi pa pengarah... whatever laa.. tapi aku memang taksimpan dalam hati.. ni kira dah tulis ni, kira dah lepas la perasaan aku... hahaha...

oklah.. aku hanya nak tunggu surat pertukaran je.. dapat je surat, haruslah angkat kaki kan... pa pengganti pon dah sampai.. (sadis betol)

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."