Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

12 Oktober 2012

Mereka Sangat Hebat..



Ini cerita semalam.... semalam takdapat nak post sebab ada internet problem..

Assalamualaikum...

dah hari khamis dah... sekejap je rasa... yelah, sibuk dengan tugasan yang pihak atasan bagi jumaat lepas.. taksedar pulak dah masuk jumaat baru esok... huhu..

selama beberapa hari ni, aku rasa diri aku sibuk betol... mana nak buat tugasan, mana nak buat kerja hakiki.. kerja hakiki seorang PA, tau2 je lah, mana boleh tinggal.. takot ada surat panggilan meeting penting, panggilan telefon penting...(call aku memang forward ke enpon je, takot ada benda penting kan..)  pastu, dengan jaga 2 bos lagi... bos sorang lagi (bos huda) takpe la, sebab dia pon terlibat dengan tugasan... bos aku ni, nak kena jaga hati dia jugak kan.. sibuk dengan tugasan, kerja2 aku kat dia terbiar je... nanti sapa yang kena marah? dia jugak... semalam, dia dah kena marah sebab lambat datang meeting kat mampu.... sebenarnya dia ingat pegawai A yang pergi.. rupanya pegawai A tu tak pergi.. pegawai A tak maklumkan ke, ape tah kat pegawai B.. pegawai B kena marah, bos aku pon kena marah... dah pegawai B tarik muka.. yela, dia taktau pape tiba2 kena marah... jadi aku taknaklah jadi punca bos kena marah dengan pihak atasan sebab kecuaian aku... dan aku pon taknak kena marah dengan bos... selama aku kerja dengan dia, aku belom lagi kena marah.. ada jugak cuai sikit2, tapi boleh handle lagi... ehh.. tetiba melalut cerita pasal bos kena marah pulak... hehehe.. 

ok, cerita pasal tugasan yang diberi oleh pihak atasan... tugasannya adalah menghasilkan montaj untuk perasmian persidangan transformasi... disebabkan ada 3 benda nak kena buat, kami dipecahkan kepada 3 kumpulan.. kumpulan 1 buat video, kumpulan 2 buat montaj, kumpulan 3 buat gimik.. semuanya perlu ada kena mengena dengan transformasi.. memang mencabarlah.. aku masuk dalam team montaj.. tapi korang janganlah bayangkan aku yang buat montaj tu.. aku adalah pembantu kepada 4 orang hebat dalam team aku.. pembantu tu maksudnya, aku cari bahan2 yang boleh dimasukkan dalam montaj tu.. gambar dan apa2 je lah maklumat penting.. dan ni pertama kali aku join team ni... sebelum ni huda yang banyak join aktiviti2 macam ni.. expecially kik... dan team montaj ni jugak terdiri dari ahli2 kik.. nama aku dipetik sebab.......... ntah, aku pon tak pasti.. mungkin sebab aku ganti huda kot... hmm... mungkin..

mula2 tu memang macam...... alahhhhh.... apesal nama aku naik ni...? nak kena buat apa ni..? aku bukan tau pape pasal montaj, audio, grafik bagai semua ni... tapi bila dah berada dalam team, baru aku tau... bukan senang nak buat montaj... orang2 yang hebat je boleh buat... diorang memang hebat.. aku memang tabik spring toink2 la kat diorang kan.. huhu... rasa kagum gila tengok... nanti kalau bos besar kasi letak montaj tu kat youtube, aku share la ngan korang... hehehe..

team video pulak, perlu hasilkan drama pendek... kena berlakon... hehehe.... drama yang diorang hasilkan tu, tanpa suara.. berlatarkan muzik dan dialog2 dalam awan larat tu... memang kelakar.. tapi memang hebat la video tu... tadi 1 dewan ketawa bila keluar scene2 yang kelakar.. hahaha... yang tu pon, aku akan share kan kalau masuk youtube ea.. hehe..

team gimik... kena buat gimik la kan... korang paham kan gimik tu ape.. alaaa.. dulu2, kalau ada majlis perasmian apa2, kan tukang rasmi tu potong reben la.. ketuk gong la... zaman ni mana ada lagi nak wat cenggitu... semua guna it... yang team gimik buat pon hebat jugak... hehehe..

semua memang sangat berusaha la... yelah, tugasan diberi hari jumaat.. ada 2 hari bekerja je untuk settle kan sebelum rehearsal... semua memang buat all out la... jumaat lepas kami balik kol 9malam.. hari isnin aku mintak izin balik awal, tapi team aku balik kol 12tengah malam.. haisshh.. rasa bersalah pulak aku dengan diorang... huhu... hari selasa, aku balik kol 11.30malam, tu pon sebab akak2 team aku suruh balik.. kalau tak, aku boleh je stay dengan diorang... diorang balik kol 5 pagi tau nak siapkan menda alah ni... semalam, rehearsal.. ada lagi yang perlu dibetolkan, tapi settle dalam 5.30 petang gitu.. jadi masing2 boleh la balik awal.. dan hari ni.. hari kejadian.... masing2 sangat puas hati sebab ksu suka dengan gimik, montaj ngn video yang team btm hasilkan...lagi2 video lakonan... ksu siap mintak panggil pelakon utama lagi... hahahaha.. 

aku bangga gila ada orang2 hebat macam ni kat bahagian aku ni.. nanti boleh la aku mintak diorang ajarkan aku.. hehehe... tugasan lepas ni... montaj untuk hari inovasi.. tapi yang ni taktau la nama aku naik sekali ke tak.. kalau bos nak kekalkan team yang ada, aku ok je... aku suka dapat bantu team aku... walaupun sumbangan aku seciput je... hihihi...


08 Oktober 2012

,./;'\!@#$%^&* (-_-)






*nak carik yang bertudung, xjumpa (malas nak carik sebenarnya), nak lukis sendiri xde mood pulak (pon malas sebenarnya) hmmmmmmm...........

04 Oktober 2012

Tak Tau Nak Buat Macam Mana Ni...


Assalamualaikum....

dah 2 hari aku tidur rumah mak ngah.. sebab mak ngah mintak tolong aku ajar apa2 yang patut sebab anak dia, nazira dah nak start peperiksaan dah... PMR... kertas dia start hari selasa minggu depan... sekejap je kan dah mula peperiksaan... lepas ni SPM pulak, adik lelaki aku.. huhu..

aku ni memang tak reti nak ajar orang... sebab aku kurang sabar sikit orangnya.. aku jenis taksuka nak kena explain banyak kali.... tiba2 aku akan jadi hangin semacam... tapi kali ni, aku boleh bersabar jugak la dengan nazira... *mungkin faktor umur.. hahaha* aku tak tau la dia ok ke x aku ajar dia.. bila aku tanya, dia kata dia tau... tapi bila suruh explain kat aku apa yang dia tau.. hmmmmmmmm.....

bayangkan, PMR lagi 4 hari, tapi dia ni relax je.. bukan jenis study malam... pukul 11.00 dia dah mengantuk dah... aku tak tau la nak guna cara apa.. sebab aku bukan ada pengalaman ajar2 orang ni... akak aku yelah, bakal cikgu... 

mungkin aku kena guna cara, belajar kat atas meja... ni belajar, duduk bawah... mula2 duduk, lepas tu meniarap, lepas tu telentang... lepastu... "argghhh... ngantuk la kak!" sabar je la... aku pon takdapat ajar banyak.. sebab aku yang nervous.. biar betol.. nak kejar 8 subjek dengan puluhan topik dari form 1 sampai form 3.... aku memang takdapat la ajar semua kan.. buat masa ni aku sempat ajar benda yang dia taktahu, math, bm, pendidikan islam dan sejarah je.. tu pon banyak benda lagi dia taktau...

lepas tu dia bukan jenis nak tanya2 ni.. kita ni yang kena tanya dia mana topik yang dia takpaham.. haisshh... susah hati aku dibuatnya...

percubaan? selalu soalan2 percubaan susah gila... tapi aku takpaham dengan nazira ni... bila tanya berapa keputusan percubaan.. selamber je dia bagitau, macam takde penyesalan dalam diri dia.. aku rasa adik lelaki aku ok sikit la keputusan dari dia.. lepastu siap bandingkan keputusan member dia yang pandai sikit dari dia tapi keputusan lagi teruk dari dia... mana boleh kan pikir macam tu... *korang takpayah tau la berapa keputusan dia.. tapi kalau nak tau jugak, sms aku k*

dah tu, hari ni aku siap bawak buku rujukan pendidikan islam dengan buku latihan math.. kononnya, pendidikan islam tu aku nak buat nota kecik kat dia.. tajuk2 yang aku sendiri rasa susah nak ingat... kalau selalu baca, maybe takbanyak, sikit pun jadilah benda tu lekat kat kepala kan.. malam tadi aku suruh dia baca pasal piagam madinah.. dahtu, dia pegi baca kuat2 1 topik tu.. kejap2 dia telentang, lepastu dia tekup buku kat muka... aku geleng kepala je... apa aku nak buat ni... buku math pulak, aku saje bawak.. aku nak try buat soalan2 yang aku dah tak ingat, nanti aku dah dapat jawapan, aku boleh explain kat dia.. 

bahasa melayu, kalau tengok balik soalan2, pergghh.. susah jugak ek? bagi 1 ayat, nak kan ayat yang lebih kurang sama dan sesuai dengan ayat yang diberi... kalau ikutkan, ayat2 yang diberi tu semua macam sedap didengar... sampai jadi konfius.. 

aku tanya kat nazira, sastera dah habis baca? dia senyap je... kan ada soalan2 kat kertas 1 tanya pasal pantun, syair, cerpen... ada keluar soalan kat kertas percubaan, pantun muafakat, dia boleh cakap, eh ada belajar ke pantun ni?? huhuhu... rasa nak..... T_T mendengarnya... yang novel tu xtau la dia dah habis baca ke belum.. nanti aku nak tanya dia bertalu2, apa sinopsis, plot cerita, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, gaya bahasa... semua lah! nak tengok dia ingat ke tak.. atleast kena la tau sinopsis dengan watak kan... 

budak2 sekarang amek remeh je ek PMR ni.. pasni PMR pon dimansuhkan.. lagilah diorang malas nak pikir kan... hmmm.. aku doa supaya Allah terangkan hati nazira.. adik aku jugak... nanti adik aku nak SPM, aku nak amek cuti la sebelum dia mula SPM, aku nak bantu dia mana2 yang dia takpaham..


~dulu PMR, result aku takdelah terok mana.. tapi masih terngiang2 lagi "ingatkan kau yang boleh diharap" "lepasni jangan harap nak tuisyen mana2" Allah tu Maha Berkuasa, sekarang, result anak orang yang cakap aku takboleh diharap tu sama je ngan result aku, jadi kita jangan nak mengata orang, bahagian kita, kita taktau lagi macam mana~




Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."