Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

02 Oktober 2012


aku suka ayat2 yang dikarang, ditulis, ditaip oleh seorang artis ni... sangat puitis, membawa maksud, tapi bukan tersirat.. sebab kita boleh paham apa yang dia katakan... kadang2 ayat2 dia terasa macam lucu je bila dibaca.. tadi aku nampak dia post kat fb/twitter dia,

Satu bahagian rusuk kiri yang kosong bisa membuatkan mata kamu kosong dan telinga kamu kebas mendengar - YW

ayat ni sesuai untuk lelaki, ayat untuk perempuan xde ke? hehehehe...

dia ni lebih kurang macam Zahiril Adzim la.. tapi zahiril punya ayat2 puitis, aku takbape nak paham sangat, kena berpikir pulak... *aku kan malas nak berpikir... hehehe*

kenal ke YW tu sape? hehehe.. xpela.. kalau aku sebut pon mesti korang tak kenal... 


~aku dan YW berkongsi tarikh lahir yang sama... tapi kenapa aku takpandai buat ayat2 puitis macam dia? hmmmm....~

01 Oktober 2012

Sabar Itu Buahnya Manis


selagi boleh bersabar... sabar lah wahai Noorliana binti Mohd Yusof... biarlah dia... biar dia nak kata dan fikir apa pun, jangan terikut sama emosi tu... doakan je dia berjaya, dapat keputusan yang baik2, dapat kerja yang bagus2... dan tak susahkan hati orang lain... lepas ni biar dia belajar apa erti bekerja sepenuhnya, belajar bagaimana rasa tanggungjawab, dan memikirkan betol ke tak tindakan dia selama ini yang menganggap orang disekeliling dia ni hanya memperlekehkan dia padahal orang disekeliling cukup sayang kat dia.. sebab sekarang ni, orang yang paling dia percaya, paling dia hormat, paling dia sayang, adalah kawan2 dia... orang disekeliling ni, yang hari2 ada depan mata, takde harga pun kat mata dia sekarang ni... biarkan... biarkan....


tarik nafas... hembus...
tarik.... hembus....
tarikkkkkkk..... hembus...
haaaaa....

ok, sambung kerja balik.

28 September 2012

Membeli Macam Ada Laki & Anak-anak... hak3


Assalamualaikum.... Selamat Pagi... Selamat Hari Jumaat...

semalam kononnya nak post entry ni, tapi taksempat.. jadi dikesempatan dua2 bos takde ni, *aku sekarang jaga 2 bos, tanggung kerja huda yang cuti bersalin* bolehlah aku menari2kan jari kat keyboard ni.. hakss...

malam kelmarin, aku pergi pasar besar kat seri kembangan... masuk ni, kali ke 3 aku pergi... memang best... aku kalau pergi, dah macam orang meroyan, rasa macam nak beli semuanya.. sebab barang2 kat situ semua segar2 belaka.. + jarak antara rumah aku pon taklah jauh mana... hehehe... aku pegi dengan akak ofis aku... *thanks kaklin, sebab sudi temankan orang.. cewahhh..*

masuk2 je, tuju kat barang basah dulu... masuk2 aku da rambang mata.. nak beli apa ye? yang penting, aku taknak beli ikan.. sebab kat rumah ada 1bekas aiskrim penuh dengan ikan.. huhu... 3 kali aku tawaf, dan hasil nya :

seekor ayam (beli lebih untuk buat makan2 malam ni)
kerang sekilo
sotong 2ekor saiz sederhana besar
udang 8-10 ekor saiz kecik (udang yang harga sekilo rm44.. aku kena rm9.. adehhh)
hati ayam rm1
ketam (sepinggan rm5, ada 3-4 ekor saiz kecik)

dah settle, pegi simpan dulu dalam kereta, lepastu teroskan misi cari barang kering dan sayur2 pulak... dan hasilnya :

telur 10 biji
tepung gandum sekilo
ikan bilis
asam jawa
bawang merah
bawang putih
kentang
sawi (wahhh... 1st time aku beli sawi sesaje je.. kalau x memang taklah!)
terung 3 biji saiz kecik
limau kasturi 6-7 biji
taugeh 2genggam
keledek merah sebatang je... hehehe...
buah oren 2 biji

banyak kan aku beli... dah sama banyak macam orang berkeluarga yang beli... hehehe... masa membeli tu dah macam orang sawan.. rasa nak ambik semua... tapi bila pikir2 balik, ehhh... aku ni nak makan sorang je kan... nasib baik sedar diri lagi... hahahaha... xpelah, ni stok sebulan.. pasni takyah susah2 nak cari lauk... dan harusnya, kena masak la kan.... sekarang ni mood membekal sedang membara... malam masak, esok bawak bekal ke ofis... jimat kan?

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."