Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

10 September 2013

Peram Buat Jeruk


hmm.. aku taktau lah nak marah ke, geram ke.... sakit hati kot... huhuhu... alkisahnya, semalam bos aku tanya pasal satu surat ni.... surat tahun 2012... dalam buku rekod, ada terima... selalunya surat dari agensi tu, aku akan buat 1 copy dan simpan... kira surat kat aku tu copy punya.. original, aku bagi kat pegawai yang bos aku minit suruh uruskan berkaitan surat tu... pegawai tu pulak tak ada...

nak jadi cerita, surat dalam simpanan aku tu pon tak ada... jadi, aku pelik lagi hairan laaa... mana pulak pegi nya.. aku ingat, aku buat copy surat tu... kalau xde dalam fail, mesti ada kat tray surat... tapi tak ada.... bos pon macam nak salahkan aku (kot), siap cakap lain kali buat salinan.. aku jawab jugak lah.. memang aku ada buat salinan.. tapi tiba2 salinan surat tu tak ada... 

jadi... mula lah aku kerja2 menggeledah 1 almari fail aku ni.... sampai ke kotak2 surat yang dah lama dan nak di shred pon aku geledah... dah habis geledah semua, sampai fail2 peribadi aku pon aku selongkar... masa aku dok mencari tu, bos datang lagi tempat aku tanya... aku cakap, kalau tak ada kat tempat aku, aku nak geledah meja dia kejap lagi...

agaknya dia cuak aku cakap camtu.. hahahaha.... aku pon cakap macam serius je... teros dia masuk bilik mencari jugak... bila aku dah habis geledah, aku duduk kejap.. kepenatan... penat wooo... tiba2 bos keluar tatang 1 surat... dan tanya kat aku surat ni ke? haissshhh..... hmmmm.... huhuhuhu....... ye... xpelah.. dah jumpa pon..

bagai nak rak aku mencari, sekali kat atas meja bos je.... adehhh.... bos pon dah sori.. ok lah.. takde hal laaa... biasalah tu... surat terselit2... nasib baik ada kan... kalau xjumpa, aku memang akan bertanggungjawab laa.. dan bila nampak surat tu, aku teros teringat bos pernah mintak surat tu nak tengok apa tah dalam surat tu... 

tadi aku masuk bilik letak surat masuk, tengok kat tray 'out' penuh surat.. aku pon pelik.. aik, ni surat datang dari mana pulak ni.... rupanya, surat yang aku bawak masuk, tak keluar2 dari bulan Jun.. patutlah aku pelik rekod surat aku ada surat yang belum keluar.. agaknya surat2 tu pon terselit2 kat mana2, semalam kan bos mencari surat, terkeluar la semua surat2 yang terselit2 tu... haishh...

takde lahh.... aku tak marah pon.... tengah senyum je ni.... huhuhu....


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."