Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

06 September 2013

Apa Sebenarnya Yang Berlaku di Syria







Peristiwa Syria

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad  yang telah memerintah selama 11 tahun.  Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidatina Aishah dan Ummahatul Mukminin Radhiyallahu Anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita Ahli Sunnah Waljamaah (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan seorang pelampau Syiah.

Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6% darinya merupakan Syiah Alawie, 10% beragama Kristian dan 84% adalah rakyat yang beragama Islam (Muslim Sunni).


Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri.  Begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


Bermula Zaman Ayahnya

Hafez Al-Assad - konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama.  Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.  Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.

Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudiannya merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

Punca kebangkitan adalah : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu pada dinding sekolah mereka.

Apa yang ditulis oleh kanak-kanan itu ialah 'RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN'.  Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat.  Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini.  Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.  Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan.

Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu melepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan Syria.


Bentuk Kezaliman Yang Berlaku Sepanjang Tempoh Saurah

  1. Dalam masa 42 hari, telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria
  2. 39000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja
  3. Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor dan 40 orang pesakit di hospital telah dibunuh oleh tentera Assad di wilayah Doma
  4. 9000 tahanan ditahan
  5. 413 orang telah Syahid di dalam penjara
  6. Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui, mereka dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak dan ahli keluarga mereka.  Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu
  7. Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims di Madinah Khalid bin Al-Walid.  Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.  Tetapi beliau melawan, lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 kerat.  Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik lalu dicampak ke hadapan keluarga beliau.
  8. Mengucap takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai
  9. Menyuruh tukar Laa Illaha Illah Basyar Assad
  10. Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar dari Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Al-Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar.

6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.

Tiada posisi bagi ASWJ.  Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel.  Rakyat-rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pon tidak ditumpahkan darah.  Hasbunallahu Wa Neemal Wakeel....


RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...


Fatwa Ulama Tentang Saurah di Syria

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabitah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut :

"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid"

Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Trimidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said bin Zaid dan sanadnya Shahih.


Perkara Terbaru
  1. Masa depan kebangkitan ini begitu baik, ia berterusan dan semakin kukuh.  Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai adalah bersama rakyat.  Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri
  2. Pertubuhan-pertubuhan Arab telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya.  Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka.  Tetapi ada 2 buah negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah
  3. Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang Syahid
  4. 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini
  5. 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria

Kenapa Kita Kurang Mengetahui Dengan Jelas Isu Syria?
  1. Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media-media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria
  2. Media barat sebenarnya mahu manusia dunia tahu apakah sebenarnya yang berlaku di Syria.  Lalu mereka telah memutabelitkan fakta
  3. Syeikh Khalid Hassan bercerita ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria.  TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin Basyar Al-Assad.  Apa yang berlaku sebenarnya ialah kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar ini mempunyai ramai penyokong
  4. Jangan terpedaya dengan kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual dan ahli politik Syria bahawa Syria menentang Israel, kerana sejak zaman Hafez, tidak 1 peluru pon singgah ke tanah Israel.  Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Syria telah dikuasai oleh Israel.
  5. Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ni sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar, manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan.  Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemostrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakkan daripada mereka telah menemui Syahid.  Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar dengan harga 100 dolar.  Syeikh Dr Khalid Hassan merupakan delegasi khas Dr Sheikh Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar

Peranan Kita Selaku Seorang Muslim & Selaku Seorang Manusia

  1. Mendoakan saudara kita di Syria
  2. Menghulur bantuan untuk mereka dari segi kewangan
  3. Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"

dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim

Kalam Saidina Ali, "Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat"  Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81

"Dan katakanlah :  Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap"

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 : adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi

Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan

#disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah.


p/s : perkongsian tokoh ulama' Syria Syeikh Hassan di UPM menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria


Wallahu A'lam...


sumber diambil dari http://hafizamri.com/


Tiada ulasan:

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."