hari ni, genap sebulan kita bersama... taksangka cepat masa berlalu.. taksedar... adakah kerana perasaan sayang ni membuatkan aku leka... oh, tak.. hari2 kita bersama.. dimana ada kau, pasti disitu ada aku... dan diharapkan, susah senang macamanapun, kita dapat hadapi bersama-sama.. (bape banyak bersama daa..) walaupun diawal nya banyak jugak rintangan yang harus ditempuhi..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
|
eh.. salah.. |
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaa!!
hehe.. nak pikir lain la tuh.... hik3.. actually, kereta aku warna hitam.. tapi jenuh aku google2 cari yang warna hitam takjumpa pulak.. korang imagine je la warna hitam ea.. dan...... aku takpernah lagi ambik gambar kereta aku.. hehehe.. gasaklah amek gambar dari google ea..
ye, baru sebulan aku menggunakan kereta.. tapi macam2 masalah yang aku hadapi.. tapi takpelah, mungkin Tuhan nak menguji aku, sama ada aku kuat atau takkuat nak hadapi ujian ni.. aku dah lama nak beli kereta, tapi tahun ni baru terbuka hati dan ada kemampuan sikit untuk beli.. banyak sangat benda yang aku pikirkan untuk pakai kereta, sebab tu aku macam fobia nak beli.. korang mesti pahamkan kenapa.. sebab rata2 member semua dah pakai kereta kan.. hehehe..
masalah yang aku hadapi selepas hanya 4 hari aku menggunakan felix aku ni.. ha jap2.. jangan pelik pulak.. dah nama pun saga flx, jadi aku dengan slumber nya memberikan nama untuk kereta aku ni, iaitu... felix.. hehe.. sedapkan.. hahahahaha.. merepek!
ok, sambung cerita... selepas pakai 4 hari, iaitu di hari aku pergi ke kedai untuk pasang tinted.. ha, tinted ni pun ada kesah nya jugak.. tu sat gi aku ceritain.. selepas 4 hari, balik dari mentintedkan kereta, tentiba meter kereta takmenyala dan tak berfungsi.. halamak! ni dah kenapa pulak ni.. huhuhu...
kejadian berlaku hari sabtu, hari ahad kedai tak bukak kan.. jadi hari..... hari selasa ke rabu tah, baru pergi membetolkan meter.. aku dah risau sebab taktau minyak diparas mana.. jadi aku isi lah penuh2 tangki nya tu pun aduii...
abang yang jadi dealer dan yang dok promote kat aku suruh beli kereta kat abang dealer tu memang takbantu aku pun.. sorang tu, aku mesej takbalas2.. sorang lagi, sibuk dengan persiapan kenduri kahwin dia.. jadi, aku geram la kan... sebelum beli kemain lagi cakap mendabik dada boleh tolong sana sini.. tapi bila dah jadi macam ni, memasing buat dono je kan... dah brape hari baru nak tanya meter da ok ke x.. cis! yang abg yang sibuk dengan majlis dia tu, ada jugak call2 aku.. hari2, sehari sampai 2x call, tapi aku takperasan dia call.. tapi kalau aku perasan pun aku memang taknak angkat call dia tu.. nyampah!
sekarang, ada jugak masalah dengan pintu... xdelah besar sangat masalahnya.. selalu kereta proton ni kalau lock pintu kan ada bunyi tett!! tett!! yang kuat tu kan... sekarang, itu bunyi sudah takde, sudah bisu agaknya.. huhu... tang ni taktau kenapa... aku macam dah penat nak pergi pusat servis.. yela, aku tau la masih lagi dalam waranty dan takperlu bayar.. tapi kalau aku pergi lagi, muka ni je xde orang lain yang datang... mula2 betolkan meter, lepastu servis kali pertama.. pastu takkan nak datang lagi betolkan lock pintu tu.. aiyaa!! baru sebulan maa...
ok, cerita pasal tinted kereta.. aku bukanlah arif sangat bab2 ni.. tapi orang dok cakap, lebih elok pakai yang mahal sikit.. tahan lama.. yang ni, abang yang nak wat kenduri kawen tu mengesyorkan aku pakai tinted yang harga rm900. masa mula2 dia cakap, liana pakai lah yang mahal sikit.. contohnya, dapat baucer rm300, nanti liana tambahlah lagi seratus dua.. gitu la cakap nya.. tapi ni dah tambah bape ratus dah ni.. huhu..
bang, memang taksalah pakai yang mahal.. memang tahan lama.. tapi abang tengok lah bajet saya.. saya nak cari 10% bayar duit muka pun tercekik2, lagi mau saya tambah ratus2 lagi.. rasa nak marah la kan.. masa pergi kedai tinted tu, amoi tu ada explain jenis2 tinted, tapi abang ni nak jugak tinted harga rm900 tu.. aku pon takde pilihan, hanya angguk dalam pasrah saje lah.. dan dapat jugak lah diskaun sikit.. menjadikan harga nya rm800.. tolak baucar rm300, aku tambah lagi rm500.. hmmm..
pastu mula la aku kena bebel2 dengan paksedara.. kenapa ikut sangat cakap abang tu.. dan bla.. dan bla.. dan bla... hadoiii.. penat telinga aku..
tu la.. takde kereta susah, ada kereta pun.. bukan lah susah.. tapi macam2 hal pulak.. takpelah, lepas ni aku dah boleh la bebas sikit.. takdelah terkurung je kat rumah.. dan apa2 pun, aku bersyukur...
wahai keretaku felix, lepasni aku jaga ko, ko pon haruslah jaga aku ea.. jangan meragam sangat, sebab aku pon baru nak stabil.. kasihani la aku pun.. huhu...