Assalamualaikum...
wah.. pepagi sebelum 7.30 dah menepek kat ofis, teros bukak blog nak update... hahaha... entah hape hape je ko ni liana! ahhhh... lantak!
ok, semalam aku ada cakap nak cerita kan sesuatu yang melibatkan keluarga... ecececehhh.. macam sebelum ni tak pernah cerita pasal keluarga... hehehe... ni, bukan family aku... family aku ok je... oh ye, mak aku masih lagi macam tu.... lemau, terbaring, tak berdaya je... hari jumaat lepas, aku balik, mak takde kat rumah.. pergi berubat... esok nya sabtu, aku tengok mak macam dah ok sikit walaupun dia tak boleh berdiri lama... boleh dah makan walaupun sejemput cuma.. nampak dia ada selera.. minggu sebelum tu, aku balik mak langsung taknak makan... ada sekali aku buat bubur, dia makan la jugak walaupun sikit.. lepastu taknak makan daa.. aku, ayah dah taktau nak buat macam mana lagi.. orang sakit ni mana boleh dipaksa2.. lagi2 jenis yang degil macam mak aku.. hahaha.. bukan kutuk mak ok, serius ni aku cakap, mak aku memang degil... tang degil ni aku tau dia ikot perangai sape.. huhuhu...
*berhenti kejap.. turun kafe beli sarapan*
ayah aku ni boleh dikatakan sangat penyabar... semua adik beradik ipar duai mak pak mertua pon cakap ayah aku ni penyabar.. dapat orang lain dah kena daaaa.. hahaha... so ayah banyak jugak la ikhtiar ni ubatkan mak.. ajak pegi hospital.. pergi rumah orang tu.. orang ni... berubat sana.. berubat sini... tang nak bawak pegi hospital tu, memang kena paksa.. tapi mak ni, kalau dia dah cakap taknak.... janganlah ko cakap lagi... buat penat je... hmmm... jap2 lagi hati yang sakit.. huhuhu....
ok, dah la cerita pasal family aku... aku mintak korang doakan untuk mak aku ea... semoga mak aku cepat sihat... macam dulu.... *aku dah lama tak makan masakan mak... sobsob*
sebenarnya, aku nak cerita pasal paksedara aku.... iaitu adik bongsu mak... yang aku panggil pak iwan... umur dia sekarang 29 tahun... memang dia dah cakap nak kahwin... kami ni tertunggu2 la bila dia cakap dah ready.. tup2...... minggu lepas, aku rasa hari selasa atau rabu kot, dia bagitau nenek yang dia dah ready nak kahwin.. so dah boleh pergi merisik la... dan tiba2 dia cakap, nikah 29 Mac... 29 Mac??? biar betol!!! oiii... tinggal berapa hari lagi kot nak 29 Mac.... takkan lah!!
ok, aku tau.. benda baik takboleh tangguh2... aku tau tu... tapi takkan lahhhh.... pihak lelaki belum pergi merisik lagi kot.... belah perempuan dah pandai2 letak tarikh... bila diselidik balik.. rupanya2, makwe pak iwan tu nak sekalikan majlis dia dengan adik lelaki dia... laaa.... adik lelaki dia tu dah tentu2 la dah buat preparation awal2... habis kami ni takpayah buat preparation la.. gitu? kalau tau nak buat sekali, bagitau la awal2...
semua adik beradik terkejut badak kot... bukan takat adik beradik.. ni anak2 buah pon pakat terkejut sama.... bila jadi macam ni, mula lah semua orang membuat andaian macam2... yang pasti, aku pon tak berkenan cara macam ni... ingat pak iwan aku tu takde mak bapak lagi ke? haaa.. kan dah keluar mak bapak semua... huhuhu...
bakal mak sedara aku ni tua 2 tahun je dengan aku... nasib baik dia tua dari aku.... kalau tak............... haish... tak tau nak kata ape laaa... lepastu pak iwan aku ni bukan boleh sikit.. kang cakap lebih2, sentap! orang muda macam aku ni kan cepat sentap... hehehe.. tapi kan, dia macam tak bantah pon apa makwe dia cakap.. atleast explain laaa.. "bukan tak boleh buat 29 ni, tapi saya kena bincang dengan mak apak adik beradik semua.. lagipon abang2 saya takde sekarang ni.. sorang kat Terengganu, sorang kat Sabah..." kan boleh cakap macam tu... kita nak la buat majlis kita, semua ahli keluarga ada bersama... barulah terasa kemeriahan tu... ni?? hmmmm....
korang rasa patut ke belah perempuan buat macam tu? aku ni geram je.... (geram lagi.. huhu) tapi tak boleh nak cakap.. sebab aku ni pangkat anak buah je... kang cakap lebih2, kata kita ni menyampuk menyebok... haishh.. susahlah!