Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

31 Oktober 2013

FBI


Saya tak nak jadi perabot tua - Faizal Ismail (FBI)

walaupun aku bukan pendengar atau penggemar Hot FM, tapi aku rasa sedih bila FBI letak jawatan.... entah... rasa macam satu kehilangan besar.... seorang DJ yang mempunyai bakat yang besar disamping mempunyai ramai peminat2 yang sentiasa menyokong.... 

aku kenal FBI dari dia bersama ERA lagi.... kenal tu bukan lah bermaksud dia tu kenalan aku... alaaa.. biasalaaa.. nama pon artis... hehehe... dari ERA lagi aku minat FBI.... tapi bila FBI pindah ke Hot, aku cam tak berapa sangatlah.... sebab aku ni peminat dan pendengar setia radio ERA.. dari dulu sampai sekarang... hehehe...

tapi aku masih lagi ambik tau pasal FBI ni... kiranya aku mengikuti jugak lah sedikit sebanyak pasal perkembangan FBI... dan kemenangan FBI dalam ABPBH sebagai Penyampai Radio Lelaki Paling Popular sebanyak 5 kali berturut2 menunjukkan yang FBI bukan calang2 DJ yang boleh dikalahkan... aku pon setuju dengan pemilihan FBI sebagai pemenang sebab aku taknampak lagi mana2 DJ lelaki kat Malaysia ni selain Halim Othman yang boleh kalahkan FBI.. huhuhu.... dahsyat kan? hehehehe...

takpelah.... mungkin selepas ni rezeki FBI dalam perniagaan pulak.. mana kita tau kan... harap2 FBI sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi... oh ye, FBI masih lagi jadi DJ tapi secara sambilan di Hot FM dan akan mengisi slot2 pada hari minggu... oklah tu... hehehe.. kadang2 hari minggu, slot2 kat radio ni tak berapa best dibandingkan hari bekerja.. kebanyakkan stesen radio akan mainkan carta2 lagu... dan selebihnya, celoteh2 dari dj2 sambilan yang kurang dikenali...


# aku bukanlah dengar ERA je... kadang2 bila lagu yang diputarkan tu aku tak berapa suka or bila iklan, aku tukar2 jugak.. kadang2 tukar ke Suria.. kadang2 tukar ke Hot.. kadang2 tukar ke Sinar...

29 Oktober 2013

Kadang-kadang Aku Pon Melayan... Haisshh...



Hari-hari Menghitung Hari


Assalamualaikum..

rasa macam dah lama tak update blog... tadi dok check2 blog ni, rupa2nya ada 3 entry yang tak sempat aku publish.. pasal, aku dah taip2.. lepastu, aku ketandusan ayat... (cewahh..) lepastu, aku biarkan dulu, buat kerja.. lepastu, teros lupa... adehhh..

takpelah.. cerita yang lepas tu, biarkan je laaa..... tak menarik pon... hehehe.. aku kan suka taip tah apa2... merepek je lebih..

hmmm.. aku tak tau kenapa dengan aku sekarang ni... kenapa dengan aku?? macam pelik je ayat ni.. hahaha... asal hari minggu je, aku nak balik kampung... bila hari jumaat je, aku dah gelisah... mulut ni kata tak balik, pasal minggu lepasnya aku dah balik... (balik tiap2 minggu, mau pokai aku... huhuhu) tapi dalam2 kata tak balik tu, tiba2 aku dah tercongok depan rumah... ada tu, aku main balik je, takbagi tau mak aku pon... bila sampai, bagi salam, semua terkejut.. hahaha.. suprise la konon... kalau jadi apa2, kan padan muka aku... huhuhu...

aku bosan laaa... kat rumah... bosan tengok tv, aku mute tv, bukak lagu kat hp.. dah bosan dengar lagu, aku termenung tepi tingkap.... pastu mula laaa... dah macam drama sedih... (sedihhh betol hidup ko ni liana)

tu yang hari2 menghitung hari tu.... bila la nak hari jumaat ni... bila la nak cuti ni.... aku balik kampung pon, bukan aku keluar jalan2... akak aku sibuk dengan hal dia.. kakcik kerja.. hari dia cuti, rabu atau khamis.. pizin, lagi laaa.. tak melekat kat rumah.... nak bawak mak keluar, mak bukan boleh berjalan sangat.. (sama la ngan aku.. hehe) nak bawak mak pi karaoke, cam buang tebiat je... huhuhu.... so, duduk rumah, sembang dengan mak, menyebok kat kebun ayah.. tu je la keja aku... kadang2 tu, balik rumah nenek..

nampak cam bosan kan, tapi aku suka.... kat putrajaya, takde orang nak layan aku.. balik kampung, aku boleh sembang2 dengan mak... boleh buli dekya... hehehe..

aku rasa hari2 yang aku lalui ni memang bosan laa... kat ofis, dok sorang2 jugak.. bercakap bila ada orang singgah tempat aku, bila aku singgah tempat orang, bila ada orang call, bila bos panggil, kalau tak, senyap je laaa... balik kerja, jumpa timah sekejap, dapatla borak barang 15 ke 20 minit, sampai rumah, senyap balik...  nak pergi rumah makngah, segan pulak.. asyik2 gi rumah dia, kang ada yang mengata... hmmm.. bosan!

dah la liana... tak habis2 dengan bosan ko.... huhuhu...

22 Oktober 2013

Dah Bosan...

Assalamualaikum..

takde mood la nak menaip beberapa hari ni.... nak share cerita pasal raya haji pon, hmmm... malas...

sekarang ni aku asyik terpikir2 je.. mana arah tuju hidup aku lepas ni.... takkan aku nak dok tang tu je....... aku sebenarnya dah bosan.... nak tukar angin.. tukar environment... nak keluar dari putrajaya ni.... huhuhu... tapi aku nak kemana? haisshh.... takpelah.. pikir dulu masak2... dah betol2 pikir, dah betol2 ready.. baru mintak tukar... yang pasti, bukan putrajaya, bukan KL, bukan Melaka...

kbai...

10 Oktober 2013

FAHAMAN & CARA PELIK ORANG SYIAH (JANGAN BIARKAN MEREKA MENYEBARKANNYA DI MALAYSIA)





Cara Orang Syiah Solat

Syiah mengamalkan ajaran yang lari dari ajaran Ahli Sunnah dan jauh dari wahyu, golongan ini mereka-reka hukum dan mengadakan perkara bid’ah yang sesat dan menyesatkan, moga-moga kita dijauhi daripada golongan Syiah ini yang merosakkan akidah umat Islam.


Sejak berlakunya revolusi Syria barulah kita mengetahui tentang niat mereka sebenarnya, mereka cukup membenci kaum Ahli Sunnah sehingga mereka menghalalkan darah ahli sunnah. Dan kita sebagai Umat Islam janganlah membenarkan mereka (Syiah) daripada berpijak di bumi tercinta ini.Di bawah ini antara gambar-gambar cara ibadah orang Syiah yang bercanggah dengan Islam





Imam sembahyang mereka, sembahyang di depan tapi berada dalam satu lubang separas lutut (tempat yang lebih rendah dari makmum).


Pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat (tidak solat Jumaat) kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya sahaja.

Banyak pihak mengatakan bahwa orang Syiah melakukan solat sama seperti orang-orang Islam namun hanya untuk sekadar taqiyyah (berpura-pura). Taqiyyah merupakan konsep atau ciri penting yang tidak dapat dipisahkan dari ajaran Syiah. Taqiyyah pada hakikatnya adalah “berdusta dan berbohong”. Pentingnya taqiyyah disisi Syiah banyak terdapat di dalam kitab-kitab utama mereka.


Mereka sujud di atas seketul batu yang bulat leper atau empat segi. Ertinya dahi dan hidung tidak kena lantai. Batu itu disediakan dalam masjid atau mereka bawa sendiri ke mana mereka pergi. Batu yang paling suci pada mereka ialah diambil di Karbala kemudian Masyad dan di Qom. Kalau tidak dapat juga boleh juga gunakan batu-batu di tempat lain.


Satu lagi cara sujud mereka puak-puak syiah ini, Kalau tidak ada batu, mereka akan gunakan apa-apa yang tumbuh dari bumi sebagai tempat sujud (letak dahi). Paling tidak, sujud atas tapak tangan. Tujuan mereka buat begitu kerana kata mereka manusia jadi dari pada tanah. Apa jenis sujud pun kita tidak tahu.


Inilah contoh ajaran Syiah yang menyimpang jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Mereka bersembang waktu tengah solat. Inilah Ulamak Syiah yang diagung-agungkan mereka solat sambil berborak.


Syiah solat bukan dengan tatacara solat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.


Para pengikut Syiah sedang Solat/Sujud di ruang sama (di masjid mereka). Mereka menghadap ke arah mana ketika bersujud?, kenapa tidak kearah kiblat sepertimana yang diperintahkan dalam Al-Quran.


Wanita syiah sedang bersujud di perkuburan syiah (Sujud di kubur ulamak mereka), sangat bercanggah dengan ajaran Islam, jauhilah diri kita dari golongan yang sesat ini.




Solat/Sujud menghadap ke kubur dan I’tikaf (duduk di masjid) bersalahan arah kiblat menghadap ke kubur, kenapa tidak ke arah kiblat sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. siapa yang mereka sembah?


Kubur Khumaeni ditawaf tiap-tiap hari dan diberkati dengan bermacam-macam amalan taghut, ini adalah satu ibadah mereka jauh tersimpang dari ajaran Islam yang sebenar, ini menggambarkan kesesatan Syiah yang nyata.


Puak-Puak Syiah membina Kaabah sendiri di bandar Najaf, mereka akan tawaf sebagaimana tawaf di Batullah Makkah. Sesat dan amat menyesatkan.


Akhir Zaman Yahudi Akan Jadi Kawan Baik Mereka (Syiah)


Pemimpin negara Syiah berpelukkan dan beramah mesra dengan pemimpin Yahudi menunjukkan hubungan baik diantara mereka, Syiah adalah sekutu Israel untuk menjatuhkan Islam.  


Pemimpin negara Syiah membuat perjumpaan dengan pemimpin Yahudi. apakah tujuan sebenar mereka?. Syiah bagaikan musuh dalam selimut umat Islam. Mereka mengaku Islam tetapi diam-diam menusuk dari belakang.


Ahmadinejad, pemimpin negara Syiah, menunjukkan pasportnya yang tertulis namanya sebagai nama Yahudi nama dalam Yahudi ialah ” SABURJIAN ” sebagaimana yang tercatat dalam akhbar Britain ” Daily Teleghraph"


Dan yang terakhir, paling teruk sekali ialah perangai ulamak Syiah. Depan nampak anti kuffar, belakang cium tangan perempuan. Itulah kepura-puraan (Taqiyyah) puak Syiah yang perlu kita tahu.

Tersangatlah sesat gologan ni! Tolong umat Islam jangan keliru! berpegang lah pada Al-Quran dan Hadis.

Jom sebarkan! jangan biarkan Syiah menyesatkan umat Islam dan meratah daging umat Islam. Sebarluaskan risalah ini jika anda prihatin terhadap ancaman yang melanda akidah umat Islam. Tiba masa kita bukak mata & mendidik anak-anak kita untuk berpegang teguh pada Al-Quran & Sunnah...orang kafir ialah urusan Allah, biar Allah yang menentukan tetapi generasi kita harus kuat!!!

Wallahu’alam….

09 Oktober 2013

Argghhh... Aku Serba Salah.... T_T


hmmmm.... aku taktau la nak cerita macam mana.... ikut hati nak sebab ada kelebihan lain... tapi ikut hati perot, tak sampai hati pulak...... nampak?? lain kan ikut hati dengan ikut hati perot... adehhh.... mengarut pulak aku....

ceritanya begini.... sebelum bulan Ramadhan, ada akak PA dari bahagian kad pengenalan tanya aku, nak tak ganti tempat dia bila dia keluar dari jpn? aku macam pelik laa.. akak ni pon baru lagi... tapi dah mintak keluar... bila ditanya2 rupanya dia mintak transfer ofis yang dekat dengan sekolah anak dia... oooo.... lepastu tanya aku lagi, nak tak?

tujuan dia tanya aku, padahal dia tau aku ada bos, yelah sekarang ni aku tak dapat elaun PA.. jadi dia cari aku, nak bantu aku.. katanya dapatlah tambah pendapatan.. hehehe... aku macam suka, sebab dapat gak la aku elaun PA kan... rm1++, sape nak bagi kan? tapi................... bila pikir balik, entahlah.... aku jadi serba salah pulak... kenapa??

sebabnya, aku masih ada bos... dan pertukaran aku ni bukan keluar dari jabatan, tapi dalam bahagian je.... jadi aku takut jadi isu... aku pon cakap kat akak tu, takpelah kak.. saya kalau ditukarkan saya tak kesah, tapi kalau mintak keluar, dalam jabatan je, rasa macam..... hmmm... 

dan perkara ni pon dah berlalu hinggalah hari bila tah... akak ni dah emel pada semua staf yang dia akan berpindah jabatan.. aku pon.... aikk... cepatnya.. kata dia tahun depan.... takpelah.. tak kesahlah... hal dia kan.... lepastu tiba2 kelmarin, naz cerita kat aku yang Fatin, geng PA kitorang jugak kat bahagian latihan telah ditukar ke bahagian kad pengenalan... takde angin takde ribut je aku rasa... tiba2 kena tukar... fatin opkos la terkejut sangat2... tapi apakan daya.... dah arahan... walaupun bos fatin yang sedang bercuti sakit call pihak atasan/sumber manusia, macam tak bagi lah orang ambik PA dia, pon tak boleh buat apa2... huhuhu...

tadi, fatin call aku dan offer tempat dia kat bahagian latihan tu... tujuannya sama, sebab sekarang aku takde elaun PA... huhuhuhu... camane ni?? aku serba salah jadinya...... dia takdelah memaksa... cumanya dia kata kalau aku berminat... haishhhh.. runsing aku dibuatnya.... tawaran memang menarik.. tapi bila memikirkan aku masih ada bos... entah lahhhh.... lagi 1, kat bahagian latihan sekarang bos kan tengah cuti.. jadi kena lah jadi PA sementara untuk timbalan pengarah... kat bahagian kad pengenalan pon, takde bos... belum diisi lagi sebab bos sebelum ni bersara... (kalau bos tu takbersara memang aku nak g tempat akak tu.. bos dia best.. hehehe)  so, sekarang fatin akan jadi PA sementara untuk timbalan jugak...

aku ni sah2 la pa timbalan.. entahlah.. kenapa ek aku taknak... bukan2.. bukan taknak... aku pon bukanlah nak sangat... camane ek? tengah2... aku tak kesah kalau itu adalah arahan, bukan aku yang mintak ditukarkan... huhuhu... camtu kot... adehhhhh.... lagi satu, ianya pertukaran dalaman... mungkin aku akan segan dengan bos aku bila aku mintak tukar ke bahagian lain.... haaa.. camtu la kot.... hmmmmmmmm....

pasal elaun, memang aku macam tertarik... tapi, aku dah 5 tahun kerja, so 5 tahun aku tak merasa elaun PA tu.. jadi dah terbiasa.... jadi ianya bukanlah isu besar untuk aku... sebab aku rasa bukan rezeki aku... 

apa pendapat korang ek?

Fakta Pengambilan Garam Mengikut Islam


Assalamualaikum...

Kita disogok dengan fakta palsu... Ambik garam lebih boleh kena darah tinggi.. (Ini protokol Yahudi)

Back to cara hidup Nabi.. sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.. sampai di tembat baru, Nabi ambik garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru.. untuk penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau.. kenapa?

Allah SWT ciptakan garam adalah sebagai penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif, Pengamal Perubatan Islam juga menggunakan garam untuk 'bersihkan' rumah atau tabur garam disekeliling rumah... garam juga adalah unsur yang boleh seimbangkan balik sistem tubuh kita... ini Sunnah kita..

tapi garam boleh jadi rosak bila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi/panas... maksudnya, kalau masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan sedang gelegak di atas dapur.. tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam... kita panggil "garam atas darat" macam orang arab buat.. bubuh garam masa nak makan...

sebab?? garam adalah sodium dan potassium.. tubuh perlu potassium lebih.. kalau panas, garam hanya tinggal sodium.. potassium rosak dalam suhu panas.. sebab tu kena darah tinggi.. seelok2nya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit garam menggunakan jari kelingking kanan dan letakkan ke lidah bahagian depan.. ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman..

Wallahu'alam...

02 Oktober 2013

Tulus







Ketika dirimu ada didekatku
Hangat cinta yang ku rasakan darimu
Tak tahan inginku
Mencurahkan semua padamu

Kasih ku ingin kau tahu segalanya
Selama ini yang ada dalam jiwaku
Meski ku tahu semua takkan terbalas olehmu ooo..

Reff:
Kerna engkau telah jadi miliknya
Tak sepantasnya diriku merenggutmu dari cintanya
Biarkanlah menjadi kenangan
Yang indah dan takkan pernah ku lupa tuk selamanya 

Oh
Satu hal yang ku pinta dari dirimu
Jangan kau katakan kepada dirinya
Ku tak ingin hatinya cemburu
Karena diriku yang juga mencintaimu
Oooo..

Reff:
Karena engkau telah jadi miliknya
Tak sepantasnya diriku merenggutmu dari cintanya
Ohh
Biarkanlah menjadi kenangan
Yang indah dan takkan pernah ku lupa tuk selamanya

Seutuhnya cinta ku padamu
Tulus tanpa memaksa dirimu untuk membalasnya


# masa konsert final AF7, aku & the geng pergi tengok live kat stadium bukit jalil.. time tu kami semua sokong hafiz.. tapi dalam masa yang sama salah seorang harus minat salah seorang dari finalis.. hehehe.. dan ARIL adalah pilihan aku.. terbaek woookk..

Kami Tak Bodoh.. Kami Tak Bodoh...


Assalamualaikum...

korang tau kan pasal isu bini Matyo? aku malas sebenarnya nak ulas pasal menda ni.... dan masa mula2 isu ni keluar, aku malas nak ambik tau... tapi bila ramai yang memperkatakan, dan bercerita kat aku pasal bini matyo ni, aku pon tengoklah video "pakcik dayus,pakcik dayus.. saya tak bodoh, saya tak bodoh" tu kat youtube.. (yang sangat trending tu..) 

first time aku tengok, mengucap panjang aku..... apesal la ko buat macam tu dek.... (boleh kan aku panggil dia adik sebab aku tua setahun dari dia... hahahaha) tau tak perangai ko tu memalukan kaum hawa... ko biadap satu hal.. ko cakap kat orang tua tu bodoh, dayus... apa yang ada dalam otak ko sebenarnya??

aku bukan nak kutuk kaum sendiri.... tapi ni hakikat... tanya la kat sape2 pon, pasti ada yang marah dan kecewa bila seorang perempuan sanggup berkata dan berkelakuan seperti tu.... takkan la dah tak kenal orang yang dah berusia... orang tua ko buat macam tu... haisshhh... aku memang pantang orang yang kurang ajar dengan orang tua...

oklah, nak marah pon tak guna, nasi pon dah jadi bubur... biar polis handle kes ni.... aku sangat2 sarankan yang pakcik tu saman perempuan ni.. biar jadi pengajaran pada dia, dan teladan untuk orang lain... 

1 lagi isu aku terbaca, yang bini matyo ni buat laporan palsu pasal kes dia dengan pakcik guard tu pada pihak polis... apa yang dia report taksama dengan video yang dia sendiri rakam... kemon la..... kot ye pon, janganlah menampakkan 'kepandaian' diri tu... report yang bertujuan untuk menyelamatkan diri dan menyalahkan orang lain... ni antara laporan polis yang dibuat bini matyo..

"Pada 12/09/2013 jam lebih kurang 1150hrs semasa saya berada di kawasan airport subang bersama suami saya, kami merancang dan berbincang di dalam kereta untuk membeli tiket kapal terbang di terminat 3 skypark.  Semasa saya memberhentikan kereta saya WVQ 9090 jenis mini cooper berhadapan dengan pintu masuk terminal 3, tiba-tiba seorang sekuriti skypark bernama (azman) datang ke arah kereta saya dan menyuruh saya mengalihkan kereta saya.  Lalu saya meminta untuk berhenti seketika. Selepas dua minit sekuriti itu datang dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya, seperti perempuan bodoh, sial, bangang, perempuan gila dan banyak lagi.  Semasa kejadian tersebut sekuriti itu cuba menyerang saya beberapa kali walaupun suami saya ada di situ, saya terasa amat malu diperlakukan sebegitu sebagai wanita.  Saya juga ada merakam kejadian tersebut.  Saya datang ke balai polis untuk buat laporan untuk tindakan pihak polis.  Sekian, laporan saya."

bukan ke laporan bini matyo ni sama sekali bercanggah dengan kejadian sebenar yang dirakam? siapa maki siapa? kenapa dalam laporan polis lain yang disebut?

andai kata la video tu takde, mungkin pakcik guard tu yang didapati bersalah dan dikenakan tindakan.. tapi tak juga, sebab CCTV di kawasan tu (tempat kejadian) menunjukkan bini matyo dan matyo sendiri yang menyerang pakcik guard tu.. terang lagi bersuluh bini matyo dah lakukan kesalahan mendatangkan kecederaan pada pakcik guard dan 1 lagi kesalahan iaitu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.. kalau sabit kesalahan ni, dia akan dihukum penjara sehingga 6 bulan atau denda hingga rm2k atau kedua2 nya sekali..

tak guna buat kenyataan maaf tapi dalam laporan polis ko kata lain.. dah2 la tu.. kami tak bodoh.. kami bukan polis, kami bukan hakim, kami bukan peguam.. tapi kami boleh menilai apa yang betul apa yang salah... kami tak bodoh ok..

kepada Siti Aisya, nama yang sangat cantik, nama yang mulia.. ko pergilah mintak maaf kat pakcik tu, face to face.. takkan rendah martabat ko pon kalau pergi mintak maaf.. bahkan sangat2 dituntut oleh Islam.. kepada Matyo, isteri tu amanah dari Allah.. jagalah dia.. bimbinglah dia... kepada orang di luar sana, jadikan benda ni sebagai pengajaran dan teladan.. hormati orang tua.. jaga percakapan dan kata2 kita.. sudah2lah maki hamun perempuan ni dengan kata2 kesat dan kotor.. tak berbaloi pon.. bahkan korang dah samakan diri korang dengan dia....


korang tau x?

*aku tak suka Matyo sebenarnya... dari dulu... dari dia main dengan Kelantan lagi.. sampailah ke JDT... aku taktau kenapa... mungkin ada sesuatu pada dia yang aku tak berkenan.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci... ^_^
*lawak Jep dalam SuperSpontan2013 pasal isu ni memang best.. tapi yang takbestnya, Jep dapat kad kuning.. ciskek betol hos.. aku teros taksuka hos dia lagi2 Ray.. tapi, taksuka tak bermakna aku benci.. ^_^



Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."