Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 Mei 2013

Terima kasih..... ^_^




Terima kasih Puan Bos... susah2 je.... hikhikhik......
wah.... nak ajak sape ek?? hmmmmmmmmm..........
 

Sory lah kalau saya biadap.


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Agen Insurans

aku takpaham dengan agen2 insurans ni... nak suruh kita beli insurans dia, tapi tak bagi peluang kat kita untuk bertanya malah nak mencelah sikit pun tak dapat... aku ni macam2 nak tanya, tapi setiap kali aku nak tanya, "ooo... kalau saya nak..." dia dah mencelah dan explain pumpangpumpang.... pastu terus tanya nak kami hantar polisi ke alamat mana? rumah ke ofis? padahal aku tak cakap setuju nak ambik pon... hmmm... aku pon malas nak dengar lagi, dengan rasa kurang sopannya, aku cancel call dan off hp... tu je cara nak ajar orang yang banyak cakap ni.... sekian, jangan marah... 

Agen Loan

yang ni pulak, takpandai cakap.. cakap benda yang tak masuk akal... "cik liana, kita menawarkan interest yang sangat rendah.. kan nak raya, mesti nak guna duit, nak beli macam2, nak tukar macam2.." dan jawapan aku, "haissh, takkan lah setiap kali nak raya saya kena buat loan.. kan? macam tak logik je.." akhirnya teros "oklah cik liana, terima kasih" sambil gelak2 dan letak telefon.. haaa... kan dah malu sendiri... kot ye pon, carilah ayat yang logik, yang tak buat orang keliru atau marah atau apa2 je lah.. 

tolonglah... tolonglah agen2 diluar sana.. tak kira la insurans ke, loan ke... sila berpikir sebelum bercakap, atau sila ambil kisah pertanyaan customer.. atau sila mantapkan ilmu pengetahuan dulu dalam bidang korang.. aku ni taklah bodoh sangat bab2 ni... nak terima je... aku pon nak berpikir dulu sebelum buat keputusan.. aku tau, macam insurans ni benda penting yang kita kena ada.. takpayah la kata ada customer tu ambik sampai dua tiga insurans perlindungan.. tu pi lantak dia la, dia banyak duit... sebelum ni pon aku ada ambik 1 insurans dari sebuah bank.. tapi lama2 aku rasa macam takberbaloi, aku stop.. dan nak cari yang terbaik untuk aku dan family aku bila aku takde(meninggal sebab kemalangan).. semua orang nak yang terbaik kan... 

kepada encik insurans yang call tadi.. saya ada kerja nak buat sebenarnya.. tapi saya tetap dengar ceramah awak, dan rasa macam berminat.. tapi bila awak pumpangpumpang, saya nak tanya pon takdapat, saya terpaksa tutup hp... penat kot dengar awak bercakap... sory lah kalau saya biadap... -_-Y





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

27 Mei 2013

PoLy


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum...

24hb haritu, keluar keputusan kemasukan ke politeknik... adik aku takdapat universiti... (kasihan kami adikberadik.. sorang pon takdapat U.. hmm)... tapi Alhamdulillah.. atleast ada peluang sambung belajar kan... bersyukur Liana.. bersyukur.. hehe.. dan keputusannya adalah...




dan keputusan ke poli mana adalah pada 27hb.. iaitu hari ni... so, tadi aku dok godeh laman web, takdapat lagi bukak surat tawaran nye...... cari punya cari punya cari... tak dapat jugak... aku kan kurang penyabar.. nak tau jugak masuk poli mana... tetiba aku terjumpa ni....




 sooooo... ke teluk kemang lagi le kiter..... hakhakhak............




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

22 Mei 2013

Setelah Bertahun Tak Pergi Klinik Kerajaan


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum.....

update dikala 1 jam lagi nak balik... ahhh... pedulik... tadi tak sempat nak karang ayat.. sekarang aku tengah free.. hehehe...

semalam lepas kerja, konon nak bawak dakbambam noninoni pergi klinik.. sebab dia asyik tercirit je.. hehehe.. dengan aku sekali terjebak jumpa doktor.. hak3.. bukan apa, aku nak tau pe masalah dengan kepala otak aku ni, asyik saket semedang.... tu pon aku nervous nookkk...

dah lama aku tak pergi klinik kerajaan oooiii.... (last 2009) sebab, last aku pergi, aku balik dengan hampanya..... aku tak diberi MC, timeslip je diberinya... alasan, suhu badan tak sampai berapa tah, yang melayak kita dapat MC... padahal masa tu, aku sangatlah taksihat, taklarat.... teros lepas tu aku sudah berikrar (poyo) yang aku taknak lagi jejak kaki ke klinik kerajaan... huhuhu...

tapi, semalam.... hehehe... nak taknak, aku masuk jugak lah... aku nak ubat je sebenarnya... sebab aku tau.. doktor akan check gitu2 je.... check suhu, ambik tekanan (2x pam tangan aku.. adooiii.. sakit...) last2 doktor kata, ok, normal... takde pape... hmm... dah agak dah jawapan dia... sebelum tu menunggu macam nak rak....  pukul 8mlm baru dpt jumpa doktor.. pastu menunggu pulak ahkak2 farmasi ni break... doktor dah sambung kerja, dia dok melengah lagi... hadooii.. hangin je aku...

yang tahpape tu, ubat yang aku dapat ubat demam 2 papan, ubat tahan sakit 2 papan dan ubat gastrik 3 papan.. pekejadah bg aku ubat gastrik tah... katanya, kalau makan ubat tahan sakit tu, effect nya akan pedih2 perot... lorhhh.... ye kan je lah.......... setakat ni aku mkn ubat demam tu je... tengok! aku sakit kepala, tapi bagi ubat demam... ntah2 memang suhu aku tinggi, tapi sengaja takcakap.. tau2 dapat ubat demam... ape la doktor ni.. cakap la berapa suhu badan aku... ke aku yang lupa nak tanya? huhuhu.... ubat tahan sakit tu aku tak makan pon, kang dibuat perot aku pedih, dah tambah 1 lagi penderitaan pulak... huhu... 

eh, lupa pulak.. sakit tu kan penghapus dosa2 kecil... ok, insaf..... -_-Y





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

21 Mei 2013

Sakit Kepala





KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


dah 2 kali aku sakit kepala, yang sakit dia sangatlah luar biasa.... dan dua2 kali ni kena masa awal2 pagi... dalam pukul 3 pagi.. dan tiap kali kena, aku mesti tak boleh tidur, tak boleh nak baring, berpeluh semacam, loya dan muntah... pertama kali kena, siap nak terberak terkencing semua... jalan terhuyung hayang siap nak terlanggar almari..

malam tadi, aku terjaga pukul 3 lebih.. sebab aku terasa kepala aku sakit sangat...  oleh sebab aku dah pernah kena sekali, jadi aku takde lah panik sangat... aku cuba cool.. relax.... mungkin sebab hari semalam, aku sakit kepala sepanjang hari, kurang minum air masak kot... semalam pulak, aku puasa... nak minum apa nya kan.... dengan tetiba badan panas semacam.. demam..

sakit kepala ni, ntah la... taktau nak cerita macam mana... rasa macam 1 urat kat kepala berdenyut2, macam tunggu masa nak meletup.... aku letak jari kat tempat yang berdenyut tu, terasa denyutan tu kat jari aku... huhuhu... 

aku try google kenapa jadi camni... dan jawapannya... hmmmm........ takpe, aku cuba positifkan diri.. takde pape la tu.... mungkin aku stress, penat, selalu migrain... dan keadaan cuaca sekarang pon tak menentu.. kejap panas yang terlampau... sejuk kadang2 je.... huhuhu.... 

hmmm.. cepatlah hari khamis.. aku taksabar nak balik kampung.. nak tidur sebelah mak.... kalau aku sakit kepala, boleh suruh mak picitkan kepala.. eh, tetiba emo pulak... yelah, malam tadi menahan sakit sampai berjurai2 air mata.. time tu lah baru nak teringat mak kan.... T_T




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

14 Mei 2013



susah jugak kalau orang takpaham, apa yang kita cuba nak sampaikan....



#takde kena mengena dengan ofis

Takdelah Nak Terasa Sangat.....


Assalamualaikum........

hari ni, sepatutnya aku kena pergi lawatan ke KLIA... kelab kat bahagian aku ni buat lawatan sambil belajar, saja nak tahu macam mana tahap keselamatan kat situ.... aku tak bagi nama pun.... tup2 nama aku ada dalam senarai... kalau ikutkan, sapa yang nak pergi, bagi nama... siapa cepat, dapat pergi... tapi kes aku, tiba2 nama aku ada tanpa aku bagi nama pon... huhuhu... adakah kerana aku pa kepada pengerusi kelab? atau aku ada kroni dalam jawatankuasa? hahahahaha... takdelah.. maybe bos aku suruh anak2 buah dia bagi nama aku kot... sebab bos aku memang suruh aku pergi.. katanya,  "dari takde buat apa2" nampak tak? nampak sangat aku takde kerja kat ofis ni.... *ok, boleh isi borang pertukaran sekarang*

aku nak pergi... nak sangat... bukan selalu dapat keluar kan... dari terperuk kat ofis ni.... *aku pandang pc, pc pandang aku* tapi, ada sebab2 kenapa aku menolak.... 

1. bos takde pagi ni... ada seminar di KL.. jadi, taknaklah orang kata "bos takde, pa pon takde".... jadi aku mengalah..

2. naz takde... dan aku telah diamanahkan oleh naz (takdelah amanah sangat... hahahaha) untuk jawab call dan terima surat2 untuk bos dia... bos dia ada, jadi kang kalau ada apa2, takot dia cari aku pulak... jadi, aku mengalah....

3. hmmmm... terasa hati..... entahlah... takdelah nak terasa sangat..... sejak permohonan nak pergi seminar minggu setiausaha ditolak, atas alasan seminar tersebut takde berkenaan sangat pasal setiausaha, walaunpun terang2 nama seminar tu Untuk Setiausaha, aku jadi macam...... hmm.. malas... malaslah nak cakap apa2.... jap2, salah ke kalau agenda dalam seminar tu lari sikit dari tugas2 seorang PA... takkan lah asyik nak pergi kursus seminar setiausaha berjaya, komunikasi berkesan.. surat menyurat.. dll.... rasa macam tak berkembang otak aku.. sekali sekala nak jugak lah rasa lain dari yang lain... kan? takpe...... aku mengalah...

selama hampir 5 tahun kerja ni.... apa yang aku dapat ea... oh.. dapat pergi Langkawi.. (tu pon sebab ada lebihan bajet latihan) selain tu...... hmm... dapat pergi kursus berbayar rm999 kat KL (vendor bayar) yang dapat gift beg dan shawl coach... tu je... lagi.... bos pon takpernah wish selamat hari setiausaha/minggu setiausaha... wish birthday aku pon pakai emel je.. padahal aku ada je depan mata.... hmm.. apa lagi ek? ada la lain2 yang aku taknak sebut... 

kecewa jadi setiausaha? tak jugak... malah bersyukur sangat2... Alhamdulillah... kalau tak, aku tak tau aku jadi apa... eh, aku takdelah nak terasa sangat... cuma lately asyik berpikir2 je... takpelah.... dapat pengalaman tu lagi penting kan? hehehe... ahh liana.. macam2 la ko... hmmmmmm.... 

13 Mei 2013

Barisan Kabinet Baru Akan Diumumkan Minggu Ini...


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Assalamualaikum....

wah, minggu ni TokNajib akan bentang barisan kabinet.. kemungkinan ESOK.. tak sabar rasanya nak tahu siapa yang akan menerajui semua kementerian dalam Malaysia ni.. yang pasti, banyak muka baru dan berpengalaman..

dan mungkin akan ada kementerian baru.. atau kementerian yang dipecahkan... dengar2, MECD nak diwujudkan semula... tak tau lah, tunggu je lah pengumuman nya nanti...

dan yang pasti jugak, senarai kabinet kali ini juga bakal menyaksikan ketiadaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (wana... ko dapat menteri baru...), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang tewas dan tidak bertanding semula kecuali kalau mereka dilantik sebagai senator... kegagalan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang masing-masing tewas di Bukit Katil dan Gelang Patah, dijangka dilantik sebagai Menteri (untunglah...)


pssttt : teringat masa nak kena interview dengan SPA kat poliPD tahun 2008, kemain hafal segala kementerian, sekali dengan Menteri, Timbalan Menteri dan peranan setiap kementerian.. tak lupa, nama Agong dan segala nama Sultan yang ada.... serta nama PM, TPM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, KSN dan lain2 lagi... hahahahahaha... macam nak gila menghafal... dah la baru lepas pilihanraya masa tu... 




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia 2013




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!



KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

10 Mei 2013

Expo!! Expo!!


Assalamualaikum...

dalam perjalanan nak ke ofis tadi, terdengar kat radio (JOHARA Pagi Era!) pasal expo ni.... khas untuk ibu2 dan bakal2 ibu semua....




09 Mei 2013

Selamat Hari Jadi Ayah..


KLIK UNTUK BUAT DUIT!! 


Assalamualaikum...

hari ni, genap dah usia Ayah 56 tahun.. Selamat Hari Jadi Ayah... semoga Ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dibawah lindungan-Nya...tak lupa, semoga Ayah sentiasa sihat untuk menjalani aktiviti2 Ayah sebagai pesara.. hehehe... Ayah dah bercucuk tanam, ternak itik... harap2 lepasni Ayah boleh jadi bisnesman pulak.. Aminn..

ok, kalau nak tau.. Ayah aku ni takpernah tanya kat aku (sejak aku sekolah/poli/kerja) ada pakwe ke tak? dah ada perancangan nak kahwin ke? takde ok....... nampak tak Ayah aku tak reti bab2 ni... hahahahaha... so, bila aku dah ada pakwe nanti, macam mana aku nak bawak pakwe/bakal suami aku jumpa Ayah Mak??? adehhhhhh..... bab ni, aku pon tak reti.. dan malu..... huhuhu....

ok, aku merepek je..
^_^Y


p/s : walaupun tak berapa rapat dengan Ayah, tapi aku takpernah miss wish birthday Ayah.. walaupun ayah pon tak tau bila birthday aku dan takpernah wish pon.. huhuhu... takpe..... ^_^


07 Mei 2013

Senario PRU Dari Sudut Pandangan Mata Aku..


Assalamualaikum.....

wah, berpolitik pulak aku hari ni ye.... hehehe... takdelah nak berpolitik sangat.. tapi aku nak buat sedikit rumusan dari sudut pandangan mata aku.... dari mata aku ok... so, sesiapa yang takpuas hati tu, takpayah la nak maki2 aku.... mata aku, tangan aku, jadi suka hati la aku nak taip apa... hahahahaha... eh, bergurau je....

PRU13 yang baru selesai 5 Mei lalu, dan sekarang, semua negeri tengah membariskan exco masing2... tahniah diucapkan kepada yang menang, dan yang kalah.. boleh cuba lagi PRU akan datang... yang pasti masa tu, harus tampil dengan semangat dan azam untuk memperjuangkan rakyat, bukannya memperjuangkan hak sendiri ye...

apa yang aku tengok lah... setelah aku teliti calon2 yang menang dan calon yang kalah.... hmmm.... agak mengejutkan jugaklah.... BN walaupun menang, mereka takdapat mempertahankan kerusi seperti PRU12 yang lepas... 133 kerusi berbanding 140 kerusi dimenangi dulu.. dan kalah teruk di Selangor dan KL.. Pulau Pinang dan Kelantan takpayah cerita lah kan... hehehe...

ada tu, jadi Menteri di tempat/negeri sendiri pon boleh kalah jugak.... achaner tu?? hmmm..... korang boleh tengok sendiri kan senario politik yang berlaku sekarang... adakah kerana ketidakpercayaan rakyat pada pemimpin diorang... tapi takpercaya sebab apa?? aku pon takpasti.... sebab sekarang ni, aku takde apa2 masalah yang melibatkan negara, jadi aku tak ambil tahu sangat.... 

dan aku tengok jugak.... DAP banyak menang berbanding PKR... yang menarik perhatian aku, kalau cina lawan cina, mesti cina dari DAP yang akan menang... kenapa ye?? dan ada tu yang mencalonkan bukan Islam dalam PAS... pon aku taktau apa motif, adakah sebab nak tarik pengundi bukan Islam... mungkin juga.. tapi yang pasti, calon itu kalah... hmmm....  ada jugak yang bertanding, di Parlimen dia, di Dun pon dia.. ada tu menang salah satu, yang menang dua2, untunglah kan...

undi rosak.. hmmm..... aku ada tengok kat tv.... ada tu, undi rosak sampai 800.... umangaihhh.... gila ke apa.... takkan laa..... ada yang kata, tu cara diorang tunjuk protes pemilihan calon... rugi kan? aku rasa 20 undi rosak pon dah rugi gila.. ni kan pulak beratus2... haishhh...

ok, aku bukanlah siapa2, nak persoalkan kalah menang politik negara ni..... hanya rakyat marhaen... wallah!! kemain rakyat marhaen... hahahaha.... yang pasti tertanya2, kenapa jadi macam ni, kenapa jadi macam tu... dan jangan kata aku takbaca apa2 tentang politik.. aku baca..... tapi tak secara menyeluruh... sebab apa yang aku baca, orang ni cakap ni, orang tu cakap tu... so, aku taktau nak percaya pada siapa... sebab biasalah, masing2 nak tegakkan benang yang basah..

keluarga besar aku pon, bukan terdiri dari 1 parti politik.. macam2... PAS ada (ramai......hehehe) PKR ada.... UMNO pon ada... aku? rahsia laaa...... hehehehe.... jadi banyak cerita2 yang aku tau... lebih2 lagi yang ramai tu la... hahahahaha..... 

part yang best aku tengok masa PRU ni... masing2 bersemangat nak wakil rakyat diorang menang.. diorang takkesah dirikan khemah sebelah menyebelah walaupun parti berlainan.. siap salam2 dan sembang2 lagi... macam tu la yang kita nak... takpayah gaduh2.. buat rugi je... korang tu rakyat marhaen je... gaduh2, kena tangkap, itu dalam masuk jugak... masa tu ada wakil rakyat nak tolong? wakil rakyat tu siap cakap "saya taksuruh pon awak bergaduh" ada la... hahahaha....

eh, banyak pulak celoteh nya... hehehe... almaklumlah, pertama kali pergi mengundi.. hahahahaha.... In Shaa Allah, PRU seterusnya, aku akan membuang undi di Putrajaya.. 

dan aku nak ucapkan selamat bersara kepada Tuan Guru Nik Aziz.. mesti ramai yang sedih, termasuklah aku... beliau adalah orang yang paling aku percayai dan kagumi... walaupun macam2 tohmahan orang pada beliau, tapi beliau hadapi dengan tenang je... semoga Allah panjangkan umur dan lindungi Tuan Guru Nik Aziz...

pssttt : terkedu kejap bila kereta Dato' Zulhasnan Rafique berhenti sebelah kereta aku, then keluar.. lalu depan kereta aku, dan berdiri sebelah kereta aku.... (eh, berapa banyak kereta aku daaaa) pastu pandang aku dan senyum.... 

05 Mei 2013

#PRU13 saya sudah.. anda?


Alhamdulillah.. Allah permudahkan perjalanan aku untuk mengundi hari ni... Selepas beberapa kali aku 'main tarik tali' kejap nak pegi mengundi, kejap taknak... huhuhu.. alasan aku, aku mengundi bukan kat kawasan tempat tinggal sekarang.. sape suruh tak tukar alamat? ye dok? hehehe...

aku dari melaka jam 9.30 pagi tadi.. dah janji dengan member sekolah, Mast.. dia sudi nak teman aku.. yela.. aku pegi mengundi sorang2 je.. Mast kata nak tengok sekolah.. dah berbelas tahun tinggalkan sekolah rendah.. ohye, tempat mengundi aku adalah di sekolah rendah aku..

baru nak gerak, Mast call dia takdapat teman.. kena pegi kerja sebab ada staf dia cuti... berkali2 dia sory kat aku.. takpelah, nak buat camane kan.. da kena kerja.. hihi..

sampai2 je.. alaaaa.. ramai orang lagi.. aku ingat dah 12.30 da takramai.. nak cari parking punya la susah.. bila dapat parking, naik atas, laaaa.. takramai orang pon.. ni mesti kereta penyokong2 parti yang dok dalam khemah kat luar sekolah.. ciss...

tak sampai 10minit pon.. settle semua... pastu aku teros bergegas balik putrajaya.. kang lambat2, jem pulak.. Biasa la.. KL..

so.. ini hasilnya..


cerita semalam...

balik dari makan2 kat umah makteh, sampai 1 simpang, aku ternampak sekumpulan wanita berdiri ditepi jalan.. diorang dari parti X.. tiba2, ada 1 konvoi dari parti Y lalu sambil mengibarkan bendera mereka.. dan2 tu salah sorang wanita dari parti X, memakai purdah serba hitam menunjukkan tangan dia seperti ini...



apa yang aku boleh cakap.. "tindakan anda tak mencerminkan pakaian anda yang berjubah dan berpurdah.." fullstop.

02 Mei 2013



tadi ada fire drill, bila aku dah turun dan berkumpul di kawasan lapang belakang ofis.. tiba2 baru perasan bos aku takde, dan aku serius ingat dia dah turun... aku call.. tak berjawab... kemudian call lagi.. barulah bos jawab dan kata, dah bagitau kat urusetia yang dia takturun, sebab sakit kaki..

yang taksedapnya, ada yang kata aku, "ni pa nak selamat diri sendiri je" "eh, awak kan pa, personal assistant bos"... ok, aku sentap sangat2... ada tu siap tepuk belakang aku sampai aku terkejut.. kata "mana bos awak ni? awak tak panggil dia ke?" time tu muka aku dah berubah.. padahal aku dah cakap tadi bos tak turun sebab sakit kaki.. dan aku rasa tadi aku tertinggi suara, sebab aku geram.. kot ya pon tak payahlah tepuk2 orang..

tapi aku mengakulah, permulaan tu memang salah aku, sebab aku takpanggil bos.. serius aku lupa.. lepastu semua tanya2, aku cakap tadi bos pergi meeting.. masa tu tengah usaha call bos tapi takdapat.. bila bos bagitau dia takturun, aku lega lah.. atleast aku tau dia kat mana.. tapi orang lain pulak yang berbunyi...

baru buat latihan... dah kata aku macam2... kesian kan pa ni.... apa2 jadi kat bos, orang pertama yang disalahkan adalah PA...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."