Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

28 Februari 2013

2 Cerita


Assalamualaikum....

Aku dan Bayi.



tak dinafikan, aku adalah seorang yang suka dengan bayi... sangat2 suka... bila tengok bayi, aku akan jatuh hati dengan bayi tu... huhuhu.... rasa nak peluk2... rasa nak gigit2 manja gitu.... lagi2 kalau bayi tu pon memberi tindakbalas, seakan2 berinteraksi dengan kita.. ketawa, senyum bila diagah.. best kan? 

kadang2 tu aku berangan, aku nak duduk dalam bulatan, yang dikelilingi bayi2 comel ni... hahahaha.... ada Auni (anak Timah), ada Azra (anak Naz), ada Dina (anak Huda), Amanda (anak Seha), sape lagi... eh, semua baby girl je.. ha, boleh la masuk sekali, Wafiy (anak Tasha) hahaha... awak sorang je kumbang ye... takpe, kita tunggu kawan baru, anak aunty leha, aunty efa dan anak maklang.  

anak maklang kena panggil aku kakak lah sebab kami sepupu.... hahahahaha... (waktu ni lah nak perasan muda pon.. hak3)

tapi tapi.... dengan syarat, anak2 sekalian tak boleh menangis ye... senyum dan ketawa je... nanti kalau nangis, aunty pon turut menangis sama... aunty nervous sikit kalau dengar bunyi2 tangisan bayi ni... huhuhu....


#beranganjelah!




ok, ni takde kena mengena dengan cerita di atas, nak tanya korang lah, macam mana cara nak mintak duit kat seseorang, tanpa orang tu terasa dengan kita..

camni ceritanya, kelmarin.. aku dulukan duit aku bayar sesuatu kat ofis ni.. sebab orang yang sepatutnya membayar tu takde.. semalam dah bagitau, aku dulukan duit aku, tapi sebab orang tu tergesa2 nak pergi, dia kata 'nanti'.. hari ni, macam takde tanda2 dia nak bayar.. mungkin dia lupa.. 

aku takdelah berkira sangat.. tak banyak mana pon.. cuma, kalau buat isi minyak.. boleh penuh jugaklah tangki minyak kereta aku.. hak3.. kalau dia terlupa langsung, xpelah.. tak seberapa kot.. 

lagipon ada yg hutang dengan aku 4angka, takbayar sampai sekarang.. tu pon aku taktau nak mintak macam mana.. "dia" pon macam nak lari2 dari aku.. larilah... larilah jauh mana pon... dunia akhirat aku tak halalkan.. sama la dengan sapa2 yang turut bersubahat.. nanti jawablah kat "sana"..

haishhh.. liana liana... kalau bukak bank ni, boleh rugi... hmmm... 

 

27 Februari 2013

HKK HKK



Bersedia rakyat Malaysia! Bersempena Hari Kraf Kebangsaan 2013, Kraftangan Malaysia menganjurkan Pertandingan Bintang (Nyanyian). Jika anda 18 tahun ke atas dan berbakat besar dalam bidang nyanyian, jangan ketinggalan datang ujibakat pada 1 hingga 3 Mac 2013, jam 2 hingga 5 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur!

HADIAH
Tempat Pertama   : RM3,000.00
Tempat Kedua       : RM2,000.00
Tempat Ketiga       : RM1,000.00
Sagu Hati                : RM500.00 X 5 pemenang

Penyertaan PERCUMA! Layari hkk.kraftangan.gov.my

Lengkapkan borang di bawah dan faks ke 03-2161 3773 atau hubungi 03-21613793 untuk sebarang pertanyaan. Jom datang ujibakat!


Borang Penyertaan Karaoke


dengan ini, aku mengumumkan, yang aku....................











































































































menyokong siapa2 yang berbakat besar dalam nyanyian untuk masuk pertandingan ini.. hikhikhik.... aku? aku belom cukup berbakat untuk semua ini... hehehe.. aku hanya berbakat menyanyi di toilet, karaoke dan baru 2x nyanyi di kenduri kahwin... hakhakhakphuiii!!

sekian, terima kasih.



sumber info : Abg Ben

Malam Tadi..


Assalamualaikum....

malam tadi, kat tv ada siarkan siaran langsung perlawanan antara Johor DT lwn Kedah di astro Arena dan Pahang lwn TDM di RTM1.. dua2 game best sebab ada pemain2 yang aku suka dalam 3 pasukan.. hehehe... tapi... sebab taktau nak tengok mana satu, aku ambik keputusan, "tak payah tengok lah!" hahahaha... 

lagipon aku nak layan Romantika.... ada penyanyi favourite aku... dulu la... sekarang takbape dah.. hak3... Mawi & Ekin.. bolehlah... si mawi ni cover2 romantik pulak... haisshhh... aku lagi suka tengok episod Ayu Raudhah dengan Zakuan Adha.. minggu depan, giliran Sheila Rusly dengan suami dia, Jinggo.. haaa... nak tau romantik ke tidak, kena lah tengok... hehehe.. eh, promote pulak.. hak3..

aku layan Romantika pon sebab menyokong kerja kawan sekolah aku... 1 kelas dengan aku form 4 dan form 5.. sebelum ni dia kerja kat NTV7... sekarang, dia dah jadi salah seorang staf di Astro.. dan aku rasa Romantika ni first project dia.. taktaulah betol ke tidak.. hehehe.. nama kawan aku ni, Danial Hisham.. dia adalah penulis kreatif dalam program Romantika ni.. "popular dah ko poot.. hahaha.. pasni ada On Air 2, boleh la ko masuk... untung2 jadi pengacara.. anak didik Datuk Aznil lagi... hehe.. gud luck bro!" eh, tulis macam la danial baca blog aku.. hahahahahaha..

lepas habis Romantika, aku layan bola kejap.. kejap2 bukak 801.. kejap2 bukak 101... dahsyat betol la Pahang.. berkenduri gol malam tadi... kesian pulak aku nengok dak2 tentera darat ni.. huhuhu... takpelah, Pahang tu team gergasi.. memang la susah sikit nak kalahkan.. tahniah la Pahang.. perjalanan korang tak sesukar Johor DT.. dah la ketinggalan 0-2 separuh masa pertama.. aku tak sure pulak sape yang turun padang.. yang pasti, takde Safiq.. Safee aku taknampak pulak.. separuh masa kedua, diorang dapat kejar dan samakan kedudukan 2-2 sampai habis masa.. lepastu, aku taktengok dah... sebab layan meleTOP pulak.. hahaha..

pagi tadi, dengar JOHARA, Kedah kalah pulak.. hasil penalti 5-4... adehhh.. aku ingat boleh menang... aku tengok Kyrill Muhymeen tu jaringkan gol, dahsyat betol... dan Pahang menang besar 7-1.. gila la... nasib tentera darat dapat 1.. takdelah malu sangat... huhuhu...

meleTOP, si neelofa takdo.. jadi digantikan dengan Jihan... ok jugak dia mengacara... suka tengok dia buat "meleTOP ke tidak?" tu... hehehe.. dalam meleTOP ni aku suka tengok Parody... gila kelakar parody malam tadi... 5 lagu popular tahun 90-an... no.1 lagu sejarah mungkin berulang.. hahahahaha...  Jihan tengok dia buat parody tu pon dia gelak.. hahahaha... lepastu ada pulak jemput Gambit dengan Alif Hadi... serius, aku tak suka Alif tu.. macam over... aku rasa Gambit tu ok lagi kot.. walaupun dia suka buat provokasi dalam Fear Factor, tapi dia tak banyak cakap sangat....

tu la kerja aku malam tadi.. sorang2 depan tv.. menunggu maklang keluar bilik, sampai ke sudah tak keluar.. tadi nak gi kerja, dia cakap lepas maghrib tu dia tertidur... aku dah agak dah... kalau tak tidur, internet.. penat sangat agaknya... semalam dia puasa.. dia cakap baby asyik mengeras je... baby lapar kot... hehehehe..

#tambahan

suke tengok gambar ni.. hehehe..

Pemain Johor Darul Takzim (JDT), Norshahrul Idlan Talaha (tengah), dikawal empat pemain Kedah pada perlawanan Piala FA di Stadium Darul Aman. JDT mara ke suku akhir Piala FA menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 5-4
 


26 Februari 2013

Patot Laaaaaa......



hmm.. takde pape.. hehehehe...



pssstttt....
nak beli kuih frozen? meh la klik SINI.. ^_^

25 Februari 2013

Pernah Dulu... Kufikirkan.. Tanpa Cinta.. Tak Mengapa.......


Assalamualaikum....

korang... nak bergosip kejap.... semalam, aku ada dengar SuriaFM... carta 30 HO&LO tu.. tapi aku dengar masa tu LO xde.. ada HO je.. dan artis jemputannya adalah Zed Zaidi.. ok, tapi bukan tu yang aku nak cerita.. hakhakhak...

lepastu, aku terdengar iklan... katanya, 'dapatkan jemputan khas ke Majlis Resepsi Halim Othman dan Adibah Noor' err... err... Halim Othman kahwin dengan Adibah Noor ke? korang ada dengar tak cerita ni? ke aku yang salah dengar? hmmm.... katanya majlis akan diadakan di SACC pada 28 Februari ni.. tapi betol ke? huh?

ok, takdelah nak menyebok pon.. tapi tapi tapi..... aku suka sangat dengar cerita ni.. kalau betol diorang tu nak kahwin, ALHAMDULILLAH..... akhirnya masing2 menamatkan juga zaman solo... tapi........ betol ke? huhuhu... atau hanya gimik suriafm untuk ceria pagi suria yang sekarang ni menggandingkan halim dengan adibah? masih samar2 ni... aku kan kepochi.... semua benda dunia hiburan nak ambik tahu ... hehehe... kalau aku salah, sila perbetulkan ea... ^_^

ohye, tajuk di atas, takde kena mengena pon dengan HO dan Adibah Noor.. hehehe.. tapi, ada la kena mengena sikit dengan aku..... dulu laaaa..... sekarang, harus percaya cinta... eh?? ;D;D;D;D




pssstttt....
nak beli kuih frozen? meh la klik SINI.. ^_^





22 Februari 2013

Iklan... Iklan...


Assalamualaikum..

aku sekarang sedang membantu mak aku jual kuih frozen... hehehe... jadi, sesiapa nak try kuih2 mak aku, sila2 lah order.. kuih akan sampai esok.. tapi untuk permulaan ni, aku tak ambil banyak, hehehe...

karipap kentang - 6 bungkus
karipap sardin - 9 bungkus
cucur badak - 6 bungkus
donut - 3 bungkus

1 bungkus ada 10 keping
1 bungkus - RM3.50
3 bungkus - RM10.00
no delivery


boleh call/sms :
017-2337016
010-2167151
rumah di Presint 5, Putrajaya


Sekian, terima kasih.. ^_^

21 Februari 2013

Beliau Tiada Ganti







Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee


SIAPA yang tidak mengenali Tan Sri P. Ramlee. Beliau digelar seniman agung negara kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Perjuangannya dalam arena seni selama 25 tahun membawa P. Ramlee ke mercu kejayaan sebagai penyanyi, penggubah lagu, pemuzik, pelakon, pengarah filem, dan sebagai penerbit filem.


Latar belakang

Hasil perkongsian hidup Teuku Nyak Putih Teuku Karim dengan Che Mah Hussein sejak tahun 1925, P. Ramlee atau nama sebenarnya, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan pada 22 Mac 1929 pada pagi Hari Raya Aidilfitri. Beliau dilahirkan di rumah neneknya di Pulau Pinang. P. Ramlee memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudiannya di Francis Light School. Seterusnya beliau menyambung pelajarannya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Semasa Perang Dunia Kedua, P. Ramlee telah mendapat pendidikan di Japanese Navy School.  P. Ramlee telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Selasa, 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur.



 Menerima pingat kebesaran Ahli Mangku Negara (AMN) pada tahun 1962.

 
Perkahwinan 

P. Ramlee pernah berkahwin sebanyak tiga kali iaitu dengan Junaidah Daeng Harris (1950), Noorizan Mohd. Noor (1955) dan Salmah Ismail atau Saloma (1961).Beliau hanya dikurniakan dua orang anak melalui hasil perkahwinannya bersama Junaidah iaitu Mohd. Nasir dan Arfan.

P. Ramlee juga mempunyai anak tiri iaitu Abdul Rahman (anak Junaidah), Norma (anak Noorizan) dan Armali (anak Saloma dan A.R.Tompel). Bukan itu sahaja, P. Ramlee juga mempunyai anak angkat iaitu Sazali, Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabaruddin @ Badin dan Dian. 


Filem dan lagu

P. Ramlee telah berlakon dalam 66 buah filem. Bermula dengan filem pertama Chinta (1948) sehinggalah filem terakhirnya Laksamana Do Re Mi (1972). Dalam dunia seni suara pula, P. Ramlee telah mendendangkan sebanyak 359 buah lagu termasuklah hit seperti Dendang Perantau, Azizah, Bunyi Gitar, Getaran Jiwa dan Madu Tiga.


 Meraikan kejayaan meraih anugerah pada Festival Filem Asia ke-7 di Tokyo, Jepun pada tahun 1960 bersama pelakon Bat Latiff.



Zaman Kegemilangan dan Kejatuhan

Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman. 

Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.

Kekecewaan terus melanda seniman agung tersebut apabila filem-filemnya selepas itu semakin kurang mendapat sambutan serta ada yang mendapat kritikan para wartawan. 

Dikatakan antara punca filem-filem beliau tidak lagi digemari adalah disebabkan selera penonton ketika itu yang telah beralih kepada filem-filem asing seperti filem Hong Kong, Hindustan dan Indonesia.

Lebih memeritkan lagi, nasib dan kehidupan P. Ramlee juga sudah jauh berubah. Malah, ketika meninggal dunia pada 29 Mei 1973, beliau sepatutnya pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan satu kes yang mana beliau menjadi penjamin kepada seseorang individu yang membuat pinjaman bank.


Penghargaan

Bagi mengenang jasa dan sumbangannya terhadap negara, beliau telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu, rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak, Kuala Lumpur telah diubah suai dan dijadikan sebagai Pustaka Peringatan P. Ramlee pada tahun 1986. 

Nama P. Ramlee turut diabadikan pada sebatang jalan di tengah ibu kota Kuala lumpur iaitu Jalan P. Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982. 

Beliau turut mendapat penghargaan doktor falsafah dalam bidang seni persembahan pada tahun 2005 yang membawa gelaran Doktor. 

Beliau juga diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri Sarawak dengan penganugerahan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak atau Datuk Amar Bintang Kenyalang pada 2009. Anugerah tersebut telah disampaikan kepada anak angkat beliau iaitu Dian P. Ramlee.



Sumber : Kosmo Online
Nak tahu lebih lanjut, klik SINI.

20 Februari 2013

Kisah Adik Yang Nak Sambung Belajar..


Assalamualaikum...

tadi pizin (adik lelaki aku) mesej.. katanya dah beli no pin permohonan upu... adehh... tau x, aku yang risau terlebih.. yelah, aku takut ntah apa2 je yang dia isi nanti.. tapi bila pikir balik, 'dia kan dah besar panjang, umur pon dah 18' jadi, aku kena biarkan dia berdikari, pilih apa yang dia nak.. huhuhu... besar dah adik aku...

dia mesej, 'pastu nak buat apa kak?' laaaa.. baru nak suruh dia berdikari.. huhuhu... pastu aku call la dia.. soalan first dia tanya, nak 'google ape kak?' adehh... ko bukak le laman web upu tu... dia pon taip la... ketik ketik ketik.. 'lepastu klik upu ea kak?' haaa... klik upu tu... lalu terpampang la menda alah ni.... 



satu2 aku suruh dia.. klik tu klik ni, masuk no ic.. masuk password.. no pin.. dan maknenek2 yang ada.. 


 

dah habis isi, klik seterusnya... haaa... lepastu, ko kena buat sendiri la.. akak mana boleh bukak dah..... aku bebel kat adik aku.. dia pon, 'haa.. yelah..' aku tanya ko nak ambik apa.. dia kata nak teroskan apa yang dia ambik masa sekolah la.. automotif.. lepastu aku tanya, yang lain? 'tu la... pizin taktau lagi...' hmmm... takpe, aku suruh dia tengok dulu kos dan bidang2 yang dia rasa minat.. 

adik aku ni, boleh kata lurus jugak la orangnya.. tapi, dia jenis suka bertanya, tanya pendapat dulu.. tapi kadang2 pertanyaan dia tu menyakitkan hati jugak la.. sebab benda senang pon nak tanya... adehh... dan jugak, macam suka memberontak.. yelah.. budak2 remaja.. biasalah... tapi dengan aku, dia slow sikit.. sampai mak aku suruh aku yang nasihat2 kan dia.. mak aku pon xlarat nak bebel.. bebel kang, bawak bergaduh.. huhuhu.. aku selalu cakap kat mak, tone mak tu bukan macam nasihat, tapi macam menengking.. marah2.. mana budak tu nak dengar.. hehehehe...

haii la pizin... semoga Allah lancarkan perjalanan hidup ko.. dapat masuk u atau poli.. dah habis belajar, kalau nak sambung lagi, sambung laa... lepastu semoga dapat kerja yang menjamin masa depan.. satu2nya anak lelaki dalam keluarga, mestilah kena jadi harapan keluarga kan?


19 Februari 2013

Stress Aku Dibuatnya..


sekarang ni, hati aku makin tak tenang duduk kat meja ofis ni... setiap masa aku rasa ada orang mengintai dari luar bilik aku ni... ni pegawai ofis aku punya pasal la ni... dah aku terasa macam fobia pulak... huhuhu..

pegawai aku ni, LELAKI ok.. setiap kali dia lalu depan bilik aku, sama ada aku sedar atau tak sedar kehadiran dia, dia mesti akan stop dekat tepi bilik aku... tau x dia buat ape? aku pernah nampak apa dia buat... dia jalan slow2... melekap kat dinding, pelan2 aku nampak kepala dia kat tepi pintu, macam orang nak skodeng... kadang2 tu, aku sampai terperanjat tau tak sebab tiba2 ada kepala kat tepi pintu... badan taknampak.. adehh..




ok, nampak gambar di atas? kalau x belah kiri, dia akan mengendap dari kaca tu.. kalau kat belah kiri tu, aku boleh la perasan, tapi kalau dari kaca tu... adehh... kadang2 aku terkejut sebab ada 'lembaga' hitam disebalik kaca tu.. aku tak tau la dah berapa lama dia berdiri kat situ..

bila aku sedar dan terkejut, dia gelak, lepas tu dia blah..... adoooooiiii.. ko taksakit hati?? dan setiap kali dia buat, aku akan cakap kat dia, "heyy... takde keja betol.." nak dimarah, pegawai kot.. tapi takboleh la nak marah pon, perangai dia memang camtu.. salah seorang pegawai yang nakal kat ofis ni.. perangai macam budak2.. kadang2 aku rasa aku lagi matang dari dia tau.. huhuhu... 

lagi aku pernah kena sergah dengan dia.. nasib baik aku tak melatah bebukan... dapat yang melatah keluar carut2 tu, memang padanlah muka dia.. huhuhu... dan pernah sekali dia mengintai2, aku dah nampak dah, tapi aku buat tak tau je.. sekali bos aku keluar.. haaaa.. terkejut ko... "ha, ni kenapa ni?" er er er.. takde pape puan, pastu teros blah.. hahahahaha... padan muka... suka lagi kan mengintai anak dara orang..

hari ni je, 3 kali dia buat kerja hampeh ni.. dan lagi satu, dia tak perasan agaknya kat depan bilik aku ni ada kamera CCTV... hahahahaha... 

jadi sekarang ni, hidup aku dah tak setenang dulu.. cewah2.. yelah, kejap2 aku nak toleh kat tepi pintu tu atau kaca tu sebab aku terasa macam ada 'benda' kat situ.. huhuhu... 

Malam Yang Hampeh


Assalamualaikum..

malam tadi, seperti tajuk diatas, adalah malam yang paling hampeh buat aku.. setelah sekian lamanya aku menetap dirumah aku tu... dah lah aku tak sihat.. tak boleh tidur pulak... adehh...

aku masuk bilik sebelum pukul 11 malam.. gedebak gedebuk sana sini, pukul 11 lebih barulah aku tutup lampu bilik, bukak lampu bilik air dan terus berbaring.. mata ni tak mengantuk lagi... jadi aku pergi cari earphone, kengkonon nak dengar era.. hmmm.. bosan pulak.. tutup radio, dengar lagu pulak... sambil dengar tu, mata aku dah mamai2 gitu.... 

baru je nak pejam mata........ sekali......... *ada bunyi* hmmmmmm.... dah start dahh..... kuat pulak tu... aku dengar lagu ni, volume boleh tahan pecah telinga jugak, tapi masih lagi boleh dengar 'bunyi-bunyian tu'... tengok jam, sikit lagi nak pukul 12... awal betol... kalau ye pon, tunggu la pukul 12 lebih ke... pukul 1 ke... huhuhuhu.... teros terdiam, berhenti bernafas sekejap.. lepas tu, mengeluh... huhhhh.....

tutup lagu, bukak earphone semua... pandang siling... aik, senyap pulak... tadi kemain lagi.... mulut ni dah terkumat kamit baca ayat kursi.. ok, tidur! amek bubuk, tutup muka.... baru je pejam mata, tiba2 jantung aku berdegup laju... dupdapdupdap.... adoiii.. kenapa pulak ni........ owh, aku tau kenapa jantung aku dupdapdupdap... aku takut sebenarnya... huhuhu.. lepastu berpikir, kenapa pulak nak takut... adehh..... try lagi pejam mata... dupdapdupdap lagi jantung ni... laju.... hmmm... takboleh jadi ni... bangun, bukak lampu...

ok, selesa sikit walaupun terang sangat... lagi la susah nak tidur kan.... try lagi pejam mata.... takboleh jugak...  baca lagi ayat kursi.... tetap takboleh nak pejam mata.. bila pejam jantung aku teros dupdapdupdap... lepastu mesej tina... *Takboleh tidur. Bising. Aku Takut.* tu je yang mampu... huhuhu... masa aku mesej tu, takde dah bising2... sebab dari start aku baca ayat kursi, teros hilang bunyi2 tu.. cuma mata ni takboleh tidur... pastu tina reply.. *laa.. bacalah ayat kursi.. takpon baca yaasin..* nak baca yassin, buku yassin kat bilik sebelah pulak... adehh....

dah mata takboleh pejam, aku terkebil2 je la.... pandang siling, pandang dinding.. pandang tingkap... mata dah mamai2 dah ni... tapi masih takboleh tidur... bangun, amek Al-Quran.. letak kat bantal sebelah.. sambil tu baca lagi ayat kursi.... ok, dah tenang sikit.... taktau aku tertidur pukul berapa... yang aku tau, mata aku sekarang ni.......... mengantuk yang amat! kepala pun dah pening2..

hmmm... sepanjang aku duduk rumah tu, takpernah lagi aku rasa dupdapdupdap macam tu... masa duduk sorang2 tu, takde pon... start maklang duduk dengan aku... tiba2 aku rasa takut bila tak berteman... maklang takde ni.. dia balik rumah dia sebab dia ada kursus kat Intan... nanti hari khamis baru dia datang.. dia balik rumah dia petang sabtu haritu... petang tu pulak, tina datang tidur rumah aku sampai hari isnin.. so, start malam tadi la baru aku tidur sorang2... bila dah sorang2, rasa lain pulak... pelik betol.. sebelum ni takde pon rasa camtu...

entahlah... agaknya banyak sangat dengar cerita2 seram... pasal maklang yang lemah semangat... senang 'didatangi'.. maklang masih lagi dalam proses berubat dengan ustaz... dia kata dah ok sikit... dah lama dah tak kena 'kacau'... tapi haritu, aku bawak dia pergi dengkil, lalu kawasan kubur tu... time tu dah pukul 6 lebih pulak tu.. balik rumah, memang time maghrib... maklang pon satu, pergi tegur pulak masa lalu kawasan kubur buddha dengan hindu tu.... malam tu, ape lagi.... tapi dia takdelah kena kacau pastu jerit2... yang tu, aku pon takot... huhu... selalunya benda tu datang dalam mimpi dia.. lepastu esok tiba2 dia tanya aku, tidur malam tadi ok tak? aku cakaplah ok je... lepastu dia cerita pasal mimpi dia... dia cakap, memang salah dia sebab pergi tegur masa lalu kat kubur tu.... seram2, naik bulu roma aku mendengarnya....

belom lagi pasal tina... tina cerita kat aku, masa tidur kat rumah aku, ada 1 malam tu dia bangun terkejut sebab ada 'orang' HOI kat muka dia... mula2 aku dengar, aku gelak... hahaha... tapi bila aku sorang2 malam tadi, takboleh tidur.. tiba2 aku teringat cerita2 diorang ni.. lagilah aku takboleh tidur... huhuhu...

kadang2 aku rasa mindset kita ni... tu yang hati, perasaan kita terikut2... sebenarnya, mungkin takde pape.. ntah2 bunyi malam tadi bunyi orang atas tu tengah wrestling ke.. berguling2 ke.. mana kita tau kan.. tapi hati kita ni dah syak bukan2.. tambah lagi dengan cerita2 seram sebelum ni.. camane kita tak terikut2 ketakutan sekali kan?

oklah, malam ni, aku nak baca yaasin la.. harap2 aku boleh tidur lena malam ni tanpa sebarang ketakutan.. huhuhu...  


15 Februari 2013

Sakit Itu Ujian Allah




Demam + Selesema + Sakit Tekak + Sakit Kepala = Pakej Hebat



kawan2.. nak mintak tolong boleh??
tolong doakan supaya aku sihat ea...

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Sembuhkanlah Penyakit yang dihidapi
Oleh sahabat kami 
Sekarang ini
Agar sahabat kami
Dan diri kami
dapat beribadah kepadaMu
dari hari ke hari
hingga ke akhir hayat kami.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
 

14 Februari 2013

Ini Bukan Cerita Hantu Makcik Karipap


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


Assalamualaikum...

wahhh... dah beberapa hari tak jenguk blog... aku baru masuk ofis hari ni... panjang betol cuti aku... dari sabtu sampai rabu... actually semalam sepatutnya aku kerja, tapi oleh sebab aku kena migrain, aku jadi malas nak drive.. rasa nak tidur je... so, aku cakap kat mak, nak EL je la... huhu.. suka hati je.. dah lama aku tak buat kerja2 EL ni... sayang cuti la katakan... hik3..


ok, sepanjang cuti ni, aku dok rumah je.. selain balik rumah nenek hari ahad, dan keluar dating dengan dayah hari selasa tengok wayang Usin, Mon dan Jin Pakai Toncit.. hehe... dok umah, takde la nak dok telentang je depan tv... tapi tolong mak... taktau kenapa mak begitu bersemangat nak buat balik kuih karipap.. hehehe... 


dah lama mak aku tak buat, sejak sebelum raya tahun lepas rasanya.. mak buat bukan saja2 nak makan, tapi memang mak jual kuih karipap frozen.. customer2 bukan orang lain pon... makngah dan jiran2 sekeliling... takdelah bisnes besar2.. mak buat bila mak larat dan sihat je... kalau tak, tak buatlah... bila tak buat, ramai pulak dok menanya bila nak buat karipap? bila nak buat karipap? (makngah aku le, sape lagi... hehe)


kali ni, dalam masa 3 hari, mak balun buat sampai 8kilo tepung, inti guna 2 kotak kentang... (mak hanya buat karipap kentang) tapi nasib baik mak dah beli mixer besar gedabak untuk uli tepung.. takde lah nak uli pakai tangan dah.. jenuh kot... huhuhu... sekali buat 3kilo... bagi aku banyak la, bagi orang lain taktau la.... hehehe..


gambar dari google.. tinggi mixer ni lebih kurang tinggi meja... berat, jangan cerita la.. macam batu... huhu..


nasib baik ada aku, dekya, kakcik yang tolong... kalau x.... berejam jugak la nak siap... tepung dah uli pakai mixer, bentuk2 je tepung tu, canai sikit je bagi leper sikit, supaya senang nak gelek kat mesin (seperti di gambar) kerja ni, dekya yang suka buat... hehehe... 



penggelek tepung.. hehe.. boleh jugak kalau nak buat mee, pasta dan sebagainya...


mak atau kakcik akan bubuh inti... dan aku, akan kelim tepi karipap tu.. taktau korang panggil apa, tapi aku panggil kelim.. yang susahnya, aku dengan mak je gheti buat.. yang lain takgheti... adehhh... 





pastu, kerja2 menggoreng (goreng sekejap je) pon aku jugak.. kadang2 mak buat.. tapi kesian pulak tengok mak aku bangun duduk bangun duduk kan... bila mak menggoreng, aku amek part membungkus..


seeler


kali ni membungkus, aku buat depan tv... (ngelat tak? hehe) sebab dapur dah penuh.. hehehe... nak bungkus pon tak la susah mana.. masuk 10biji, susun elok2, then seel... siap! dah siap semua, susun dalam peti ais... dan sedia untuk dijual... kali ni, bawak kat makngah (untuk dijual) dalam 40 bungkus (400biji)


karipap yang dah siap dibungkus


mak dah lama dah buat kerja2 jual karipap ni.. tapi karipap frozen ni, tak silap masa aku mula2 dapat kerja PA... bukan karipap je, kadang2 orang mintak buatkan seri muka la.. kuih lapis la.. koci la.. buat bila ada orang tempah je.. 

aku ada mintak mak pelbagaikan lagi kuih frozen ni.. bukan takat karipap je, cucur badak ke.. pau ke.. mak kata kalau dia sihat, ada orang nak tolong, boleh la... ni kat rumah ada sape je.. dekya... dak kecik ni rajin dia sekejap je.. kang tetiba hilang... huhuhu..

kalaulah ada peluang kan, boleh lah buat bisnes family.. tapi tunggu lah dulu.. aku nak tunggu adik beradik aku ada kerja tetap dulu (untuk kumpul modal).. kakcik pon terer buat pastri.. yela, belajar pon hotel katering, xkan xtau.. haishh.. berangan pulak.. hehehe.. takpe, berangan kan free je.. mana tau angan2 boleh jadi kenyataan.. ^_^  

psstt... gambar semua aku amek kat google.. buat kuih sampai taksempat nak ambik gambar.. nanti lain kali aku ambik gambar ea.. hehehe..




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!
  

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."