Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 April 2012

Kenapa Aku Je Asyik Kena Mengalah??


Nasib seorang adik... T_T




27 April 2012

Seronok Layan Lagu Budak2 Ni...


Assalamualaikum..

haha.. baru nak kasi salam.. padahal pagi tadi tentiba je naik hantu.... hahahaha.... sory la.. pagi tadi mood gua.. eh, maafkan saya... hehe.. pagi tadi mood aku ke laut.. laut mana, ha.. tak payah tanya la.. kang aku ckp Teluk Kemang, korang kata tak sudah2 Teluk Kemang.. mentang2 dulu belajar kat PD.. hehehe...

haishh.. mengarut pulak.. pagi tadi memang mood aku ke laut.. tapi lepas melayan lagu2 best, ok la sikit.. hehe.. nak tau aku dengar lagu apa? aku dengar lagu adik kita yang sorang ni.. Najwa Latif.. aku suka la lagu Kosong... best!

tadi try dengar lagu beliau ft Sleeq.. tajuk nya Untuk Dia.. okla.. not bad... boleh layan... pastu aku dengar pulak lagu Cinta Pertama dari Mikha Tambayong... eh.. best jugak lagu dia... 

Seronok layan lagu budak2 ni.. eh, remaja la.. hehehe.. (aku nak feeling2 remaja la tu... hakhakhaktui)


Padan Muka Kau!!



Tambang teksi RM459 untuk perjalanan 3km???


Kau gila ke ape? heeeyyy!!! aku geram betol bila baca pasal benda ni kan... rasa nak maki2 je pemandu teksi tu...

KUALA LUMPUR – Dua pemandu teksi didenda antara RM400 hingga RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menuntut bayaran tambang melebihi kadar yang ditetapkan semalam.

J. Elanggo, 30, pemandu teksi eksekutif, didenda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda itu kerana menuntut kadar tambang melebihi yang ditetapkan iaitu sebanyak RM459.20 daripada dua pelancong Britain berbanding kadar yang ditunjukkan di meter teksi sebanyak RM8 iaitu lebihan RM451.20.

Elanggo didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Imbi berhadapan Hotel Dorsett Regency di sini pada 1.59 petang, 8 Februari lepas setelah membawa pelancong berkenaan dari KLCC.

Pale otak dia la caj sampai RM400 lebih... gila betol... padahal tambang sebenar RM8 je.. kot ye pon, jangan la nak menipu lebih2 sangat.. tak logik kot.. ingat mat saleh tu bodoh ke macam dia...

Kadang2 aku geram dengan pemandu2 teksi.. aku xsalahkan semua la.. segelintir je.. tapi yang segelintir ni la yang membusukkan nama pemandu2 teksi yang lain... macam hampeh!!

Aku pun pernah jugak terkena... kat putrajaya ni... dari Alamanda, nak ke Masjid Putra yang jalan kaki 20 minit pon dah sampai, pemandu teksi tu nak caj RM10... gila kan? baik aku naik bas nadi putra yang hampeh.. baru RM0.50..

Padan lah muka kau pemandu teksi yang jahat...!!! cekik darah lagi..!!!





25 April 2012

Bagai Kucen Mengioww Di Tepi Bukuit



Assalamualaikum...


Hahaha.. hari ni femes aku sekejapan... (perasan retis pulok aku!) budak2 ni (member) dengan jayanya mempedajalkan aku di fesbuk.. cis2!!


ni, tengok apa diorang buat... (saja nak tunjuk.. padahal yang baca blog aku pon korang2 jugak kan.. hahahaha...)




aku cakap mengantuk je.. tapi... sampai 49 komen.. apasal tak genapkan 50 je.. huhuhu..... tu belom yang ni....






kemain lagi korang ea.... huhu... berpakat... xpe2... ok.. aku belanja korang.... belanja karox... amcam??? hahahaha.... (ngelat kan.. padahal karox tu murah je.. hehehe)


okla.. set tempat... nanti aku belanja... yeee.... tawaran dibuka hingga ahad ini sahaja... selepas itu, bolayan...


dari korang semak2 kan wall aku, meh komen sikit coverpage untuk buku aturcara aku (puspanita)... ok x? kalau ada nak bagi idea, silakan... sangat dialu2kan... hehehe...




sila klik untuk lihat lebih jelas..... terima kasih....
ok.. tajuk pon xde kena mengena dengan cerita.. hahaha... daaaa.....

24 April 2012

Ceria... Untuk Kita-kita Aje..


Hoyeh!! hoyeh!! eh..... maafkan saya...

Assalamualaikum kawan2 semua...

hahaha... nak kata aku sewel la tu.. tentiba hoyeh2 pulok dikala nak menjengah waktu tengahari ni... hehe... xdelah.. saja je menunjukkan ekspresi keceriaan dan kegembiraan.... yelah, asyik cerita pasal moody, bengang, marah.... sekali sekala teluk kemang happy, xsalah kan.... hehehe...

mengenai 2 perkara yang aku perlu lakukan dengan hasil tunggakan gaji bulan ini, salah satu nya telah atau akan selesai... walaupun, gaji belum masuk... hahahaha.... tengok! gaji tak masuk lagi ko dah memandai2 liana oii.. hehe... xpe2, bukan selalu... huahuahua... dan satu lagi, harap2 akan selesai sebelum hujung bulan ni... InsyaAllah...
tak lupa program hari sabtu ni.. hehe...

dan..... akan berlaku perubahan dalam hidup aku pada bulan 5 ni... apakah?? hahahaha.. saje kasi suspen kan... nak tau? ehh... tak payah lah....... hahahaha.... ok2, nak tau, tunggu lah... bila tiba masa nya, aku akan bagitau... (^_^) eh.. tapi kan.. perubahan tu takde lah gempak sangat.. hik3.. korang jangan nak expect benda yang bukan2 pulak...

dan aku juga dapat 1 berita gembira... hehehe... haissshh.. semuanya tak boleh diberitahu... sory la kawan2... hehehe.... bila tiba masanya, akan diberitahu juga... sila jangan maki aku sekarang ye.. hahahaha...

ohye.. tajuk di atas pon takde kena mengena kan.. hahaha... daaaa....


23 April 2012

Alhamdulillah....


Assalamualaikum.....

Pagi2 lagi aku dah bukak anm... ha apetu? orang2 gomen, mesti lah tau kan.. hehehehe.. takde keja kan, padahal gaji lagi 2 hari.. tapi oleh kerana keterujaan nak tahu berapa amaun yang diterima, jadi aku bukak la siang2.. takut kang dah ramai yang bukak, sistem jadi lembsss pulak...

Alhamdulillah... seperti yang dijanjikan iaitu 13%... tapi kan, aku rasa macam..... macam ada yang tak cukup je... huhuhu... tapi apa yee.... bila ditenung 5 6 kali, baru aku perasan... owwwwwwhhhhhh... rupa nya baru bagi tunggakan 13% tu.... yang tunggakan pergerakan gaji tahunan belum lagi.. aku punya pergerakan gaji kan bulan 1.. tu yang kecoh tu.. hahahaha.... orang kata, selagi tak terima surat berkenaan pergerakan gaji tahunan, selagi tu la tunggakan tu tak dapat.. orang kata la, bukan aku kata... hahaha...

Xpelah.. tak kesah, janji apa yang ditunggu sudah dapat... jadi program hari sabtu ini akan berjalan dengan jayanya... hahahaha... uppssss.. lupa pulak.. ada 2 benda yang aku kena buat dengan hasil tunggakan gaji ni... tapi macam tak cukup je... hmmmm...... 

20 April 2012

Ahahaii.. Ahahaii.. Ketawalah Lagi....


Assalamualaikum......

Sekarang ni, aku asyik dengar lagu Ketawa Lagi je... hahaha... terasa ceria hidup aku dapat dengar lagu ni... Sebenarnya, (nak bagitau ni... jangan cakap kat orang tau..) aku adalah peminat lagu2 berentak zapin.. wahahaha.... (kelakar ke?) hehehe.. 

haa.. nak kata aku macam macik2 la tu.. huhu... takdelah, memang dari sekolah rendah lagi, aku suka lagu2 zapin.. xkesahlah lagu apa pun.. asalkan rentaknya zapin.. disebabkan minat, aku pun join kelab muzik dan kebudayaan masa darjah 4... pastu cikgu ajar menari zapin.. best!!

aku ada ramai kawan2 dari johor, tapi sorang pon taknak ajar aku menari tarian zapin.. huh! takpe2.. nanti aku nak cari kelas menari la.. hahahaha... (ada hati nak menari tu) meh tengok lirik lagu ni.. nanti korang cariklah sendiri kat youtube ye.. yang versi dato' ct & noraniza idris tu.. hehehe...

Jalan berlenggang songkoknya mereng
Sudahlah mereng sayang tersenyum pula
Jalan berlenggang songkoknya mereng
Sudahlah mereng sayang tersenyum pula
 
Yang hitam manis duduk menjeling lah tuan
Sudah menjeling sayang ketawa pula
Yang hitam manis duduk menjeling lah tuan
Sudah menjeling sayang ketawa pula

Aa..ha..hai ( 2X )
Ketawa lah lagi 
Aa..ha..hai ( 2X )
Ketawa lah lagi 

Dari lah mana hendak ke mana
Tinggilah rumput sayang sedari padi
Dari lah mana hendak ke mana
Tinggilah rumput sayang sedari padi

Cantik lah tidak sebagai mana lah sayang
Hati tersangkut budi kerana lah budi 
Cantik lah tidak sebagai mana lah sayang
Hati tersangkut budi kerana lah budi

Aa..ha..hai ( 2X )
Ketawa lah lagi 
Aa..ha..hai ( 2X )
Ketawa lah lagi

seronok dapat karox lagu ni dengan kawan2.. lagi part yang ketawa tu.. hahahahaha.. kawan2, bila nak karox lagi.. aku ada banyak cari lagu2 lama yang dah lama tak dengar.. hahaha...



19 April 2012

Singkap Cerita Lama


Assalamualaikum..

Entri kedua untuk hari ni... nampak sangat ko takde kerja liana oiii!!! hahahaha.. takdelah... dah keja aku sikit je hari ni, nak buat camane? hehehe.. 

ok2... disebabkan aku takde keja, jadi aku baca lah balik tulisan2 aku kat blog ni masa tahun 2010... aiseyman.. sendiri tulis sendiri baca kah?? hahahaha... lantak pi la....

ada 1 entry ni, memang sampai mati la aku takkan lupa... takkan lupakan kesengalan aku... hahahaha.. nak tau apa? sila baca sini...

Cerita Tertangguh - Hadiah


Assalamualaikum..

hehehe.. tajuk sangatlah formal gitu... aku kan tak gheti nak wat tajuk gempak2.. atau tajuk2 yang takde kena mengena dengan cerita aku.. ehhh.. apasal pulak tajuk jadi bahan lak ni.. hahahaha...

sebenarnya, aku nak cerita pasal hadiah masa hari isnin hari tu.. tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, maka, hari ni baru dapat dikeluarkan cerita nya... (ayat macam karangan spm.. hua3)

masa bulan 3, aku ada publish 1 entry berkenaan kursus kan.. khamis dan jumaat lepas, aku dah pun hadir kursus tersebut... biasalah.. kalau kursus2 pa ni.. nak kita lebih berkeyakinan, berani, lantang, menarik tertarik da boom! dan macam2 lagi la.. mula2 tu aku agak kebosanan jugak la sebab fasilitator tu asyik la suruh praktis bercakap... sampai 3 4 aktiviti suruh bercakap.. suruh bagi arahan... suruh bergerak.. suruh... ahh.. macam2 lagi la... penat la mulut aku asyik nak bercakap je....

tapi okla... sebab aku kat ofis pun tak banyak bercakap (sila percaya!) aku adalah antara orang yang pendiam jugak la kat ofis ni.. dan hanya bergaul mesra dengan golongan2 pa sahaja... ishh2... rugi betol aku.. ni semua salah bos lama aku la ni... hari pertama aku masuk, dia dah sound "awak jangan rapat dan bergaul sangat dengan pegawai2 kat luar tu" buleh ek gitu? jadi nya, aku xdelah geng sangat dengan orang ofis.. takat2 bertegur sapa tu ade lah.. tapi aku xdelah nak menyombong.. semua orang aku tegur.. cuma kalau nak duduk bergosip tu, xdelah..

berbalik pada cerita kursus tadi, yang aku suka pasal kursus ni adalah, kursus ni buat hari kerja dan tak ganggu hari cuti aku.. hehehe.. dah la isnin selasa tu aku cuti, rabu dah memang cuti umum, pastu khamis jumaat xde kat ofis.. wah... heaven giler hidup aku.. hahaha..

eh, lambat betol aku nak cerita pasal hadiah kan? hahaha.. ok, kursus ni juga menyediakan hadiah eksklusif (katanya!) kepada semua peserta dan hadiah nya adalah......

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

sebijik handbag berjenama

dan...


sehelai shawl dari jenama yang sama.....

korang nampak kan jenama apa.. jadi takpayah la aku bagitau ea... hehehe...

sila abaikan tilam aku yang tidak bercadar itu.. cadar sudah bukak, mau kasi cuci... hehehe...


hasil eksperimen 'takde keja' aku.. hahaha..

~ teruk betol kualiti gambar.. ke teruk tangan orang yang mengambil gambar itu? hahaha.. gasak la nokk.... ~



17 April 2012

Isu Terkini


Assalamualaikum...

Hmm.. korang mesti dah tau kan pasal isu pemansuhan PTPTN.. isu ni timbul lewat beberapa minggu ni.. dan apa pendapat korang tentang isu ni?

aku ada terbaca dalam satu laman akhbar, Menteri Pengajian Tinggi ada menyatakan, kepada sesiapa yang nak PTPTN ni dimansuhkan, sila pulangkan dahulu duit PTPTN yang telah dipinjamkan.. hmm.. kalau aku, dah terkedu kot.. huhu.. Tun Dr Mahathir pun ada cakap, kalau taknak PTPTN, jangan pinjam..

ok, aku bukan nak berpihak kepada sesiapa.. cuma nak mengatakan pendapat aku je... aku maklumkan awal2 la kan.. kang tak pasal2 ada yang bagi surat layang nak bunuh aku pulak.. huhu... (mintak jaoh...)

mereka yang minta PTPTN ni dimansuhkan ni, adalah pelajar2.. pelajar2 yang sedang mengikuti pengajian di institusi2 pengajian, tak kira la awam atau swasta.. maknanya, diorang dah terima la kan duit pinjaman tu.. jadi, apa masalah nya ek? aku tak paham...

bagi aku, yang pernah belajar di institusi pengajian awam, dan dapat pinjaman PTPTN, aku rasa sangat2 bersyukur... sebab kalau takde duit PTPTN ni, macam mana aku nak survive? keluarga aku bukan orang senang.. dengan duit PTPTN ni jugak, aku bayar yuran pengajian, walaupun orang kata yuran di politeknik murah je.. orang kata.. tapi aku rasa tu la fungsi nya pinjaman yang diberi.. bukan bantu sara kehidupan sebagai pelajar semata2..

kalau nak ikutkan, ada je yang salah gunakan pinjaman yang diberi.. bayar duit muka kereta la.. masuk bisnes MLM la.. lepas tu, kata duit tak cukup.. tu ada hati nak mintak mansuh lagi... orang yang berakal, takkan buat macam tu..
sepatutnya bersyukur... 

aku rasa, yang buat orang tak puas hati adalah interest yang dikenakan... ya, aku akui, memang tinggi.. kalau ada pun yang tak berpuas hati, mungkin boleh minta kerajaan ambil inisiatif untuk kurangkan atau hapuskan interest.. macam yang sedang dilakukan PTPTN sekarang, iaitu Pembiayaan Ujrah 1%.. kalau mansuhkan terus PTPTN, aku tak berapa setuju..

bukan apa, aku kesian dengan pelajar2 yang berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan.. dengan cara ni je dapat bantu mereka... yang akademik sangat bagus, dah tentu2 dapat biasiswa... tapi yang akademiknya sederhana tapi keinginan nak belajar ke tahap lebih tinggi, macamana? orang2 yang mintak mansuh tu nak biayai ke? diri sendiri pun dibiayai.. hmmm....

lagipula, negara kita belum mampu menampung 100% pembiayaan pendidikan dan perubatan.. mungkin sebab tu adanya PTPTN dan macam2 lagi pinjaman dan pembiayaan kerajaan.. aku tak dapat bayangkan, kalau semuanya diberi percuma, makin manja lah anak bangsa kita..

~ jadilah seperti Safee Sali, yang memulakan persekolahan menengah di sekolah harian (SMK Gunung Rapat, Ipoh). Setelah cemerlang dalam sukan, beliau layak masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Setelah menamatkan  persekolahan, Safee Sali berusaha dengan keringatnya sendiri untuk mewakili beberapa kelab dan negeri seperti KL, TM FC, Sarawak dan Selangor dan semakin hari semakin mengharumkan nama negara dengan usaha kerasnya di luar negara. Beliau adalah antara yang mendapat bantuan sedikit tetapi berjaya membuktikan kebolehannya di peringkat antarabangsa.  

Jangan jadi orang yang "kacang lupakan kulit".  Diberi banyak bantuan tapi akhirnya............... ? ~


16 April 2012

Anak Dara Tak Reti Duduk Rumah


Assalamualaikum...

Agak bosan permulaan hari ni.. huhu.. mata asyik mengantuk tak sudah... biasalah.. hari Isnin... ohye, cuti dua hari, iaitu semalam dan kelmarin, aku tak lekat kat rumah... nak kata tengah kaya, kayap ade la... hahaha...

hari sabtu, dak wana ajak karox... okla, memang kesukaan aku tu.. hahaha... sampai2 je tempat dituju, makan dulu.. time kasih daun keladi la kat dak timah sebab belanja makan.. kt SR tuuu... hehehe.. pastu solat, baru lah mula merabakkan suara.. hahaha.. 3 jam, 5 orang... best2!! thanks wana sebab belanja karox!! hehe

hari ahad pulak.. adik aku datang.. bersama pakwe dia.. ajak aku jalan2 kat putrajaya ni.. ape la yang ada kat putrajaya ni selain alamanda tu.. huhu... gasak la ko cik... sampai2, g makan dulu.. kat noodle station.. macam kesian lak kat budak2 ni, tak kena tekak kot... tapi sedaya upaya abiskan sebab? sebab semangkok mee yang macam magi tu harga nya rm8.90.. hahaha.. gasak ko la dik..

lepas tu budak2 ni kata nak tengok wayang.. aku, layankan je walaupun bulan ni dah 2kali aku tengok wayang.. hua3.. diorang nak tengok battleship, tapi aku dah tengok... aku suruh tengok je, kang aku tengok la citer lain.. macam la aku tak biasa tengok wayang sorang2.. tapi budak2 taknak.. haaa... suka hati la.. last2 cancel... adik aku cakap, "yok main bowling!!" gasak....

kitorang main 2 game.. rasa nak tercabut jugak la tangan aku ni... tangan dah memang tengah saket... huhu... game pertama, aku kalah 1 mata je ngan bakal adik ipar aku ni.. tapi game kedua... hancusss!! jaoh ketinggalan.. tapi adik aku lagi teruk la kan.. hahahaha... ohye, ni first time aku main bowling dengan adik aku... hahaha..

pas abes bowling, adik aku ni xpuas ati jugak.. nak tengok wayang... okla.... nak tengok battleship, memang super ramai yang tengok, dan memang selling fast.. siap buat 2 kaunter, khas untuk battleship je.. cehh... last2, bakal adik ipar aku cakap, tengok citer cinta la.. ha? aku nak gelak la pulak.. layan jugak citer jiwang mamat ni.. dia pilih 3temujanji... heheheh.... okla citernya.. not bad..

jadi 3kali la aku ngabes duit tengok wayang bulan ni.. hahaha... mau kena ketok dengan mak aku kalau dia tau... 1 citer melayu, 2 citer omputih.. mirror mirror, battleship dan 3 temujanji... 2 minggu sebelum nya aku tengok jangan pandang2... hehehe...

eh, tentiba lari citer pulak.. haha... balik pon dah kol 6 camtu.. aku dah xle tahan, sebab saket kepala.. adik aku pon tak sihat, dia selsema.. jadi plan nak ke i-city, dibatalkan... huhu.. lain kali ye adik ipar.. loghat nau nak pegi... hehehe...

10 April 2012

Mak Jemah Bersiaran Dari Kampung Halaman..



Kampungku Sudah Berjaya
Pembangunan Sekeliling
Ada Jentera Ada Kereta Proton Saga (keta ayah aku!)
Sawah Padi Menguning...


Assalamualaikum...


hahaha... jangan teanjat la ye... tentiba je aku nyanyi lagu kampungku sudah berjaya ni... hahahaha... teringat zaman2 sekolah rendah dulu.. selalu nyanyi lagu ni... hehe... aishhh.. bila umur dah meningkat naik ni, mak jemah asyik la teringat zaman2 jahiliah muda kecik molek dulu.. haha.. motip?


sebenarnya aku kat rumah family, kat melaka... haaa.. aku tau, hari ni hari selasa.. dan ape kejadahnya aku kat kampung kan....? hak3.. tentu2 la aku amek cuti.. aku cuti isnin selasa.. rabu kan cuti... jadi, bersekali la... hehehe.. ni cuti xde nya cuti bertunang ke.. cuti orang nak datang merisik ke.. orang datang bertandang ke.. xde yee... jangan nak salah tafsiran.. wallahhh!! bahasa menunjukkan bangsa.. hahaha... (gila sekejap!)


aku balik kampung sebab dah sebulan tak balik.. eleh... tu pon nak kecoh.. baru sebulan.. belom setahun lagi.. hahaha... ok sambung cerita balik.. aku balik dengan mak ngah aku.. sabtu malam baru gerak.. tidur rumah nenek kat merlimau.. actually, makngah balik kampung pon sebab nak bincang adik beradik pasal kenduri kahwin paklang aku bulan 6 ni.. tapi..... nampaknya tak banyak dapat kata putus dari tuan rumah..(atok aku lerrr..) bukan senang nak berbincang dengan orang tua ni... pemikiran tak sama... hmmmm... nak kena ada tuan badan nya jugak baru la dapat kata putus... tuan badan pulak, masih lagi kat terengganu... masing2 da risau jugak, sebab sekarang dah bulan 4, majlis nya bulan 6... xpe2, harap2 majlis berjalan lancar...


aku dijadualkan (ayat poyo!) pulang petang ni... tiket kol 6.00.. cewah.. gaya macam naik flight je.. padahal, transnational je.. hahahaha... aku tau esok cuti, tapi aku ada urusan penting esok... jadi, terpaksa lah pulang awal.. huhuhu...


aishh.. banyak benda nak cerita sebenarnya... hmm.. tapi banyak pasal family la.. macam tak proper je cerita kat orang kan.. ok, kita cerita pasal lain.. semalam ada geng2 kampung mana tah, datang rumah aku... jumpa mak aku la kan.. tau2 je mak aku ni ada segala macam penyakit... oh ye.. mak aku dah lama mengidap darah tinggi.. dari adik aku kakcik lahir..tahun 1995 kot xsilap aku, dapat kencing manis pulak.. dan tahun 2003, mak aku dah kena cucuk insulin.. kira serius jugak la penyakit mak aku ni...


nak jadi cerita, makcik2 yang datang ni nak promote barang le.. HPA... siap la duk urut2 tangan mak aku nak tengok urat bagai.... huhu... kebetulan makteh aku pon ada.. gangguan betol makcik2 ni.. tergendala aku nak tengok sinetron kegemaran... huh! dok promote kopi diet la.. pastu ada la 2 3 botol ape tah.. aku malas nak layan.. baik layan nada cinta.. hehehe..


lepas makteh aku mintak diri nak balik.. aku duduk la atas kerusi.. sambil tengok tv.. tentiba ada sorang makcik ni... "air2 gas macam tu (sambil jari menunjuk ke arah botol air 100plus kat atas kabinet tv dan mata teros pandang muka aku) tak elok minum"... aku "hah???" (sambil buntangkan mata dan blur) lalu mak aku pon menjawab, "eh.. itu ayah dia yang minum..." see!!! mentaliti maknosia... huhu... dah2.. malas nak cerita ciknon oii.. sentap mak jemah ok.... ada rasa2 nak halau je makcik2 tu, tapi.. agak kurang sopan disitu.. tapi makcik, saya bagi muka je tu.. tapi lain kali, memang TAK LAH!! sila keluar ye makcik.. pergi meniaga di rumah jiran tetangga yang lain.. huh!


okla, aku nak jenguk ke dapur.. mak aku masak best arini.. masak lemak telur itik.. hehehe.. daaaaaaa...







05 April 2012

Sejak 2Menjak Ni Mood Tak Berapa Baik...

Assalamualaikum....

bosan pulak hari ni... takde benda nak buat, jadi muncul lah entry kedua untuk hari ni.. hehehe... hmm...aku baru terperasan, yang sejak 2menjak ni, aku asyik moody je.. nak kata stress bekerja, hmm...... sikit la kot.. takdelah stress sangat2.... entahlah, tak tau kenapa... mungkin terasa bosan dengan kehidupan sekarang kot..

eh, melalut pulak aku... huhu... aku rasa aku penat kot... hmm.. yela, penat....... terasa nak ambik cuti la minggu depan... 2 hari, Isnin dan Selasa.. sambung cuti umum hari Rabu... hmm.. kira ok sangat lah tu.. ingat nak ambik cuti hari Khamis Jumaat.. tapi aku terlupa pulak aku kena pergi kursus kat KL... ni kira dah boleh apply cuti kat hrmis la kan.. hehehe.. esok lah..

lagi 1, kalau perasan, kalau aku marah je aku mesti post entry kat blog kan.. hahaha... macam budak2 betol... dah banyak entry aku dok marah2 orang... dah tu, kat sini je tempat aku nak meluah perasan... nak post kat fb, macam tak sesuai pulak... kt fb pon aku dah jarang post status.. malas!

okla, aku nak balik awal hari ni.. nanti boleh siap awal2.. hari ni aku ada date dengan wana.. hahaha... harap2 mood aku ok dan ceria la lepas tengok wayang nanti....

Asal Taklimat Kesihatan Je, Orang Gemuk Lah Yang Sesuai Pergi.. Orang Kurus Tak Payah...

Assalamualaikum....

bukan main panjang tajuk aku kali ni... dengar sini orang2 kampung, aku nak bercerita.... hari ni aku ada taklimat.. kira sesi perkongsian ilmu la.. dan tajuk taklimat tu, Pemakanan Secara Sihat.. nak dijadikan cerita, sebelum nak turun ke dewan tu, kena la maklumkan dulu 'pada yang berkenaan' kan..

Aku : 'xxxxxx", kejap lagi saya nak turun, ada taklimat...

Beliau : oh... taklimat pasal kesihatan tu ea...

Aku : a'ah.. Dato' KP pun join sekali..

Beliau pun berlalu.. tak sampai setengah saat, atau dalam erti kata lain, baru je sebelah kaki nak masuk bilik, tentiba beliau patah balik..

Beliau : ehhh.... taklimat ni memang..... untuk..... orang2 terpilih je ke? (sambil tu senyum2.. macam senyum sindir)

dan aku terus mencelah...

Aku : Xla 'xxxxxx', kitorang memang bagi nama.. kan ada emel yang puan xxxxxxxxx bagi...

Beliau : yeke? saya tak dapat pun....

Aku : yelah, sebab puan xxxxxxxxx letak tajuk emel tu sesi perkongsian ilmu...

Beliau : oh.. patutlah.... (dan terus berlalu...)


aku???? mak sentap ok!!! aku tau lah aku ni gemuk tahap obesiti... tak payah la tanya aku, "taklimat ni untuk orang2 terpilih" aku sedar diri lagi la... pantang la tajuk ceramah ada pasal kesihatan2 ni.. teros nak anggap ceramah ni sesuai untuk orang2 gemuk je.. tengokla mentaliti manusia sekarang ni.. haisshhhhh... geram betol aku..

jadi orang2 kurus diluar sana, xpayahla pergi ceramah2 kesihatan ni.. bagi peluang untuk orang2 gemuk yang pergi.. yelah, orang gemuk kena sihatkan tubuh badan.. kena tau cara penjagaan kesihatan dan pemakanan... nanti bolehlah jadi kurus pasni... kan? kan? orang kurus dah cukup sihat dah... dah perfect katanya... huh!!!

04 April 2012

Alhamdulillah... Selesai Sudah Majlis......


Assalamualaikum...

fuhhhh... akhirnya dapat jugak aku duduk (ada la dalam 5 minit aku duduk.. pastu teros bukak blog kan.. hahahaha) setelah beberapa jam, actually dari pagi tadi aku asyik berjalan kulukilir sebab nak siapkan kerja2 akhir dalam majlis hari ni, majlis kesyukuran ofis aku.. eh tipu, dapat duduk sekejap masa baca yassin tadi.. hiksss....

penat sangat dah ni, tapi hati aku dah lega sangat2.. selesai 1 aktiviti, lagi 1 aktiviti bulan 6 nanti, nak anjurkan ceramah pulak... boleh la buat preparation awal2.. hehehe... selain tu, nanti kena bantu jugak bila kelab nak buat family day.. rasa2 nya bulan depan... ah, xpe, janji sekarang aku dah tak payah pikir apa2 lagi.. huhu...

ni tengok tepon, kat maxis ada 1 miskol, 1 mesej.. kat digi ada 2 miskol.. hahaha.... sory ler mak, kengkawan.. arini aku memang tak sempat nak pegang handphone.. kang aku pegang takut cicir mana2 pulak...

untuk majlis hari ni, aku boleh katakan.... hmm..... okla! tapi ada jugak yang aku xbape puas hati... haisshh.... geram pun ada jugak... tapi malas nak cerita pasal orang2 ofis.. kang takut ada pulak orang ofis aku yang bukak blog aku kang... hahaha... tapi aku nak tekankan 1 benda ni je... orang lelaki ni, kalau part makan muka tu ada je manjang.. tapi bila bab menolong.............. huh!  

aku kesian betol dengan member PA sorang ni, dia dah la pregnant.. ko bayang la dia pergi tolak troli dengan ada 3 kotak besar berisi makanan.. pastu adalah sorang mamat ni, member ni dah tolak 2 3 kali gak la lalu depan meja dia, tapi dia buat tak tau je.. lepas tu siap cakap, eh... tinggal ni je nak tolak, baru ingat nak tolong.... (rasa nak kasi pelempang sebijik kat molot dia tu) tapi tak tolong pon!

aku memang dah baran dari semalam lagi.. tapi aku cool.. relax dulu... mana yang aku boleh buat, aku buat... pastu pagi tadi pulak............ ah, malas la nak cerita.. buat saket hati je... nasib baik la ada sorang.. ye sorang ok.. sorang! ada sorang pegawai ni, dia baik hati tolong aku.... angkat tikar, bentang tikar, pas abes majlis dia gulung, dia angkat masuk stor.. memang dia je la yang rajin menolong.. lelaki yang lain tu, macam hampeh!

upppsss... ada yang terasa hati ke dengan statement aku ni nanti??? xpe, tabahkan je la hati tu ye.. xyah nak sentap2 dengan aku... sebab kalau sentap pun, ada aku kesah???



03 April 2012

Safee Sali Bercerai??


Assalamualaikum....

pemain bola sepak kebangsaan dan juga pemain kelab Pelita Jaya, indonesia sah bercerai.  hmm.. kenapa dan atas sebab apa, tak perlu la kita sibuk2 nak tau kan... aku pun terkejut dengan berita ni... actually masa aku terbaca pasal tuntutan safee kepada isteri untuk kembali taat pada dia, aku dah terkejut da... bila masa pulak rumah tangga si safee ni berantakan... hmmmm..... 

xpelah, kita doakan lah yang terbaik buat dia dan bekas isteri.. yang penting anak2 dia tu.. jangan sampai terabai.. cewah... macam penceramah bebas pulak aku... hahahahha...

haaaa.... lepas ni ramai la wanita2, pompuan2 kat luar tu dok tergedik2 kat safee.. ya laaaahh... orang dah kembali solo.... huhuhu.... jangan sampai kontroversi sama macam khairul fahmi, dah la....

pesanan ikhlas dari............. cik liana yang sedang kebosanan...... huhuhu....


02 April 2012

Hati Dup Dap Dup Dap ..... huhu..


Assalamualaikum..

hmm... hati aku tengah risau ni... ntah kenapa... ada 1 event kat ofis 4 April ni.. tapi, aku rasa macam aku tak tau nak buat apa... huhuhu...  aduuuuiiii.... relax la hati oiii... macam tak pernah lead mana2 majlis.. eh salah, selalu majlis bacaan yassin je.. nasib baik kali ni semua biro terlibat sama... haihhhhh... jadi, kerja2 yang selalu aku buat, da dibahagi2 kepada biro lain..

mungkin ni aktiviti pertama untuk tahun ni.. tu yg terlebey nervous tu.. giler lambat biro aku bergerak.. dah bulan 4 baru nak buat bacaan yassin.. ni semua gara2 kesibukkan pegawai2 aku yang rata2 nya adalah ajk kuat kelab.. bila yang kuat2 ni busy dengan kerja, tu yang jadi 2 3 4 ketoi je datang meeting.. huhu.. kesian timbalan pengerusi aku... kalau nak ikut dia lagi busy.. tapi biasa la.. dah tu, dapat pulak ajk cam aku ni... apa2 kerja/aktiviti kena kerah dulu baru buat.. huhu...

rasa macam tak sabar nak 4 april tu berlalu... baru la tenang hati ni... huhuhu.... 


Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."