Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

30 Mac 2012

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah


Ku Pinang Kau Dengan Bismillah
Pasha (Ungu) feat Rossa

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu 
(hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


29 Mac 2012

Kezutan untuk Baya...

Assalamualaikum....


Baya? sapa tu? hehehehe.... beliau adalah PTPO kat seksyen aku ni... satu2 nya.. gambar xdak pulak.. tapi jangan risau.. beliau adalah seorang yang sangat cantik.. berasal dari na na na na na... ganu kite!! hehehe... lahir taon 88 jugak.. tapi umur aku baru 18 tahun.. (motip?) hehehe... orang nya pemalu.. sangatlah rajin... apa keja dia xboleh buat, semua boleh...


tadi ada la buat makan2 sikit.. (sikit kata kau!) kat cyberjaya.. restoran nasi arab... alamak! aku lupe la nama restoran tu.. barakah kot.. kui3.. Baya ni kena auta dengan bos dia.. bos dia cakap kena pergi meeting.. sekali, meeting la sangat kan.. hehe... pergi bersama pegawai2 dan bos aku.. 14 orang... sangat lah segan aku dibuatnya.. aku amek port paling tepi dan mengambil inisiatif mendiamkan diri sahaja... huhuhu... almaklumla, nak mencelah, segan.. sampaikan aku kena usik, "yang hujung tu senyap je.. dia practice makan beradap tu" haha..


mula dengan ucapan bos aku.. kemudian bos baya yg gred 48, pastu 44 baru la akak yg direct teros dengan Baya, 41... sedih la pulok aku nengok nya bila Baya pulak bagi ucapan.. merah mata ahkak2 ni.. hehehe... ala kak, jangan la sedih.. Baya bukan balik ganu pong.. dia pindah masuk admin je.. ari2 buleh jumpe kak...hahaha... 


nak pilih menu pun, hmm...aku bukan peminat makanan arab... jadi, pening jugak la nak makan ape.. last2 aku ikut je apa yang Baya makan.. iaitu Kabsyah Chicken.. (kot..hehe) dan watermalon juice.. 


tapiii.. biasalah.... aku kalau makan nasi arab, mana pernah abes.. muak gile.. dapat pulak ayam nya, isi semata.. rasa macam nak terjeluek balik... sebelum tu pulak dah belasah kek.. lagi laaaaa... huhu... mengada betol aku kan.. hehehe.. tapi nasi dia sedap jugak la.. boleh tahan... thanks pada akak yang telah belanja kami sume... kak mazni rasa nya... apelah, orang yg belanja pon aku xtau... hehehe..


ok, siapa nak belanja aku lagi? hik3..



28 Mac 2012

................

penatnya........ huhuhu..... tapi xdelah sampai terjelir lidah aku.... kaki pon da sakit.....balik ni kena rendam kaki dalam air panas la jawabnya....

dari pukul 11.00pagi - 1.00 tengahari.. sambung balik pukul 3.00 sampai pukul 5.00... kulukilir je aku... ni semua sebab........................ AUDIT.... cis2!!

Aktiviti Hari Ini

Assalamualaikum...

Sekarang tengah free... sat lagi aku akan pergi menjelajah setiap ceruk ruang pejabat ni... meneroka dari 1 tempat ke 1 tempat.... nak tau apa yang terlintas kat kepala otak aku ni?? BORING... hari ni ada audit 5S antara zon dalam bahagian....  jadi aku sebagai auditor yang tidak berapa nak bertauliah, kena la buat kerja2 mengkomen tempat orang... (macam lucah je ayat aku.. hahaha..)

1 benda yang aku tak suka bila pergi mengaudit ni... bukan 1, banyak sebenarnya... hehehe... aku rasa macam kehadiran auditor ni macam tidak dialu2kan... bahasa indon nya, tidak dianggap.. haiishhh... lemah aku setiap kali pergi setiap partition, aku nak kena.... "assalamualaikum.. saya datang nak audit ni..." bulek ek gitu? huhu... ada tu, dah nampak dah badan debab aku dari jaoh.. tapi ada yang buat2 tak nampak.. ada tu, siap tunduk.. pandang pc... buat tak tau je... grrrr.... geram aku...

ada pulok yang kata "ala... awak datang audit tahun depan je la..." dan ada jugak yang kata "haaa.... liana tu pandang2, ada la yang tak kena tu..." huhuhu... sabau je la.... aku datang nak audit, tengok tempat memasing.. mengamalkan ke tidak 5S ni... tapi setakat yang aku tengok.. ada la 30% workstation memasing yang ok.. yang lain tu.. segala mak nenek barang perhiasan nak letak.. siap cakap "akak tak boleh buat kerja kalau tak pandang benda2 alah ni..." apakah? sentimental value la kengkonon..

pastu, segala cawan piring sudu garpu tin biskut roti semua nak letak atas meja.. padahal masing2 ada kot drawer, kabinet rendah.. yang terang2 label "barang peribadi"... tapi semua nak hempuk letak atas meja.. kalau korang tengok, adoyaiii... saket mata.. hati pon saket jugak.. huhuhu...

hmmm.. biasa la kot... mana ada orang suka auditor datang... aku pon kalau boleh mengelak, mengelak jugak.. tapi belum pernah buat lagi la... hehe.. tapi tu la.. nak buat macam mana.. dah nama pon manusia... disuruh dipaksa memang bukan cara nya la.. esok2 orang pon menyampah dengan aku.. hahahaha... nasib kau le liana... T_T


27 Mac 2012

Eksklusif Untuk Setiausaha, PA & Pembantu Tadbir!!

Assalamualaikum..

Untuk sesiapa yang berminat.....

Eksklusif Untuk Setiausaha, PA & Pembantu Tadbir!!

 
KURSUS TRANSFORMASI DIRI & SAHSIAH KE ARAH KECEMERLANGAN & PERKEMBANGAN PERIBADI, KERJAYA DAN ORGANISASI


TARIKH : 12 – 13 APRIL 2012 

MASA  :  9.00 AM — 5.00 PM (KHAMIS & JUMAAT)
TEMPAT : HOTEL CONCORDE KUALA LUMPUR
YURAN  :  RM 999 NETT PER PESERTA


  • Diskaun / Potongan harga sebanyak 10%  bagi pendaftaran secara berkumpulan 3 orang atau lebih dari organisasi sama! 
  • Yuran kursus termasuk minuman aluan, makan tengahari, minum pagi & petang serta Bahan-bahan kursus dan Sijil Kehadiran (Yuran tidak termasuk penginapan) 
  • Bayaran bagi Kakitangan Kerajaan boleh dibuat menerusi Pesanan Tempatan (LO) / Pesanan Perkhidmatan (PO), Cek atau Tunai 
  • Tempahan Penginapan di Hotel Concorde KL boleh diuruskan bergantung kepada kekosongan!
    * 1 HADIAH EKSKLUSIF UNTUK SETIAP PESERTA !
    * 1 HADIAH UNTUK PESERTA TERAWAL DI HARI KURSUS !
    * 1 HADIAH  UNTUK PESERTA PALING BEKERJASAMA !

OBJEKTIF KURSUS  

·  Mengenali dan menilai kekuatan dan kelemahan diri menerusi sistem / instrumen profil psikologi untuk transformasi ke arah personaliti yang lebih cemerlang.
·  Mendorong dan merangsang pemikiran positif serta mendedahkan para peserta teknik pengurusan emosi, tekanan dan masa.
·  Memahami akan kepentingan mempunyai ketrampilan diri/imej yang positif.
·  Mempelajari bahasa tubuh dan menguasai teknik komunikasi berkesan.
·  Membina keyakinan diri & kemampuan untuk berhadapan dengan tuntutan kerja dan tanggungjawab yang mencabar menerusi  cara yang lebih kreatif dan inovatif.


· PROFIL PERSONALITI DAN TRANSFORMASI 
· CIRI-CIRI SETIAUSAHA, PA & PEMBANTU TADBIR YANG CEMERLANG 
· PERANAN MOTIVASI DAN PRESTASI 
· TRANSFORMASI MINDA 
· PENGURUSAN EMOSI (EI) DAN TEKANAN (STRESS) 
· KUASAI BAHASA TUBUH (BODY LANGUAGE) 
· KOMUNIKASI BERKESAN 
· KETRAMPILAN DIRI / IMEJ POSITIF DALAM KONTEKS KERJAYA & KEHIDUPAN 
· PENAMPILAN IMEJ & TATARIAS
 
TOPIK-TOPIK KURSUS     
·  MEMBINA MATLAMAT DAN HALATUJU KERJAYA DAN ORGANISASI CEMERLANG
 
FASILITATOR : ZAINAL ABIDIN RAHMAN
COMPETENCE STRATEGIES INTERNATIONAL PTE LTD, SINGAPORE 
· Pengarah Urusan Competence Strategies International Pte Ltd, Singapore
· Berpengalaman lebih 20 tahun
· NLP Performance Coach
· Pensyarah jemputan di beberapa university  British dan Australian
· NLP trainer ditauliah oleh The American Board of Neuro-Linguistic Programming dan the International Network of Humanistic Neuro Linguistic Psychology
· Master Hypnotherapist
· Pengajar Hypnosis berdaftar
· Pengajar/Konsultan berlesen bagi Language and Behaviour (LAB) Profile 
· WealthyMind™ Trainer bertauliah
· Orang pertama Asia yang dilatih dan disijilkan oleh Lee Glickstein sebagai fasilitator Speaking Circle
· World Class Speaking Coach bertauliah.

PENGANJUR        

CANAL EDUCATION AND TRAINING MANAGEMENT (001739291-X)
Incubator Centre, PUSMA W. P. KL, Lot 3.07 Level 2, Medan MARA
21 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
TEL  : 03-4297 4291 / 012-394 3214      FAX  : 03-4297 3454
EMAIL: ceatm@canaleducation.com / canal@canaleducation1.com
canal@canaltrainingmanagement.com / canal.education.training@gmail.com

MAKLUMAT PERBANKAN        

NAMA & NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 
CANAL EDUCATION AND TRAINING MANAGEMENT (001739291-X)                                         
NO. PENDAFTARAN KEM. KEWANGAN: 357-02140388
BANK:  CIMB BANK BERHAD   NO. AKAUN: 1471-0002114-05-7   
CAW:  PLAZA DAMANSARA
ALAMAT BANK: MENARA SOUTHERN BANK, 83, MEDAN SETIA 1, 
PLAZA DAMANSARA, BUKIT DAMANSARA, 
50490 KL
 







26 Mac 2012

Dah Lama Meninggalkan Kartun.. Tapi Sejak 2Menjak Ni..........

Assalamualaikum...

Entry kedua untuk pagi ini.. hahahaha.. dasar takde keja aku ni... belum2... belum busy lagi.. siaplah aku esok lusa tulat dan seterusnya.. selagi belum 4 April, janganlah kata takde keja.... memang kena tunjal kepala nanti.. huhuhu... takpe2, selagi belum busy untuk persiapan Majlis Kesyukuran ofis aku ni.. aku masih ada masa lagi untuk berpoya2 update blog... hehe..

ok, cerita berkenaan tajuk diatas... sejak aku berumur 17 tahun.. kartun bukan lagi minat aku... bukan lagi keutamaan aku... bukan lagi kegemaran aku.... kalau kat rumah, memang pantang la sapa2 yang bukak kartun.. memang kena bebel la dengan aku... lagi2 yang kat tv9 tu... huuuuuuuuuuuu..... ko nyanyilah sedap mana pun, "apa yang penting.. kerjasama!"  "wonderpet....wonderpet kami datang.." tak terliur langsung aku nak tengok.. kadang2 tu aku marah akak aku sebab sebok je dia api2 kan adik bongsu aku tu suruh bukak hagemaru la.. atasinchi la... doraemon la... sinchan la... haishhh.. dia pulok yang macam budak2.. grrrrr....

tapi sejak beberapa minggu yang lalu.. ntv7 telah mainkan semula cerita2 kartun yang aku minat zaman aku kecik2 dulu.. zaman sekolah rendah... 


sailormoon

dragon ball ada 7 biji semuanya

hehehe... sukanya... suka sangat2.. kartun yang macam ni la yang aku suka... selain tu, aku suka tengok kartun Barbie.. selalu kat tv3 time cuti sekolah... dan tiba2 aku rasa nak tengok......


slumdunk

bestkan? dah lama tak tengok kartun2 ni.... rasa rindu pulok dengan zaman kanak2 ku.. hehehehe...


Allah Selamatkan Kamu...

Assalamualaikum...

Semalam, 25 Mac adalah hari lahir housemate aku.. iaitu... Bakal Puan Salwana binti Saad.. kih3.. ingat nak jadi orang yang terakhir wish birthday dia.. iaitu beberapa minit sebelum jam 12.00 tengah malam.. tapi apakan daya... kesian pulak aku dengan mata aku ni.. semalam dah kepenatan terloncat sana terloncat sini main badminton dengan dak timah & the geng... maka, ketiduran la aku.... huhuhu....

dan pagi tadi pulok, teros terlupe.... ayooooo.... ape punye housemate daaa aku ni... (sambil tunjal2 dahi)...
jadi, kepada housemate ku.. yang tak lama lagi akan meninggalkan aku dan zaman bujang nya, terima lah 2 buah lagu ini...

Allah Selamatkan Kamu...
Allah Selamatkan Kamu......
Allah Selamatkan Anak Pak Ndak Bun....
Allah Selamatkan Kamu Seorang!!

Happy Birthday To You..
Happy Birthday To You....
Happy Birthday  Pak Ndak Bun's Daughter..
Happy Birthday To You............. 

hahaha.. sama je maksud lagunya.. saje je..... hahahhaha.... ok, kepada housemate, semoga panjang umur, murah rezeki, semoga semua perancangan hidup termasuk perancangan perkahwinan akan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar... Aminnnn....

p/s : hadiah tuntut kat rumah ye... hehehe...

22 Mac 2012

Fuhhh.....

haaa... ni bukan fuhh kat tv3 yang dihoskan oleh Awal Ashaari tu..
tapi ni fuuuhhhhhhhhh menandakan aku lega sebab aku xjadi ganti akak ofis aku ni pergi meeting dengan bos2.. hahahahaha.. suke2... ok, boleh le aku sambung tido keja balik...

nak cakap tu je.. kih3....


daaaaa................

Tentiba Aku Seram Sejok!! T_T

adoyai..... huhuhu...

eh.. lupe nak bagi salam....

Assalamualaikum....

koranggggg... cane ni... cane ni...??? ada ke suruh aku masuk meeting dengan bos2!! oh tidakkk!!!! takot woooo... T_T aduii.. sejak aku jadi ahli jawatankuasa audit ni, makin serabot idop aku kat opis ni... korang bayangkanlah aku yang macam hape je nih, jadi auditor.. apakah??

tahun lepas serabut jugak sebab jadi penolong biro agama.. nak kelola majlis ceramah bagai semua.. tahun ni pun tak terlepas jugak, ada 2 aktiviti lagi menanti sebelum mesyuarat agung pemilihan muka2 baru.. oh.. cepatla bulan 6.... tak sabar aku dahhh.....

adui kak.. tolong le cari orang lain kak! saya ni tak boleh sikit nak bercakap kalau kena mengadap bos2 besar ni... tolong la kak... tolong la..... huhuhuhuhu.....

sila bayangkan, aku kena bentang laporan audit depan bos2... ohhh.. nasib baek hari ni hari khamis, kalau hari rabu i kena speaking uoollllsssss.... huwaaaaaaa... tolong..!!

tolong.... huhuhu.... 

owh.. tangan dah sejuk beku gigil2 ni.... huhuhu...



21 Mac 2012

Menanti Cinta

Menanti Cinta - Kris Dayanti
 
sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung 
mampu menjawab

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan kisah dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan semua
nasib cintaku... padaMu
 
 

20 Mac 2012

Tak Usah Le Kak Oiii.....

Assalamualaikum...


haiiii kak..... orang tengah sibuk2 ni.. dia pon sibuk2 nak promote barang.... nak promote, promote je la kat bos saya... sebab bos saya banyak duit.. gaji dia 3 4 5 kali ganda dari gaji saya ni.... akak pun... agak2 la... huhuhu... saya tak mampu kak nak beli pressure cooker akak ni.. mahal bebenor nye pun adui... rm3k tu, baik saya bayar duit muka kereta saya... (konon la nak beli... hua3) haiishhhh.... saya yang pressure.. huh!!


ehh... nak promote lagi... haa? saya cuci kereta pakai sabun apa? ish3.. akak ni.. saya mana ada kereta kak... belum2.... belum masa nya lagi... tapi kalau saya dah ada kereta pun, saya tak beli kot produk yang akak promote tadi.... isshhh.. xpela kak... susah2 je... huhuhu..... ada lagi? apa kak? alat mengukur langkah kita? eh salah2... alat mengukur pergerakan langkah kita... oooooo...... pandai akak.. mentang2 saya gemok ye.. hmm.. tapi untuk apa? owhhh........ kempen 10ribu langkah tu..... ooooooo..... hmm.. xpela kak... saya ada mulut ni haa... pandai2 la saya kira sendiri... tak kesah le tak terkira pon... kalau ikut umur saya ni, 23 tahun 5 bulan 7 hari ni.. dah tak terkira langkah nya kak... tak kurus2 jugak... huhuhu... lagi pun sampai bila saya nak ikat menatang tu kat pinggang saya ni? 10 tahun.. ish3.. akak ni....... saja nak kasi saya malu kan... (sengih2 malu sambil kedip2 mata...)


siap ada hadiah percuma..? dapat apa kak? (sambil buat muka exited) ooooooooooooo.... alaaa... kipas je? hmmmmm... kat rumah saya, kipas siling ada 5 kak... tak terpakai pun... hahaha.. yela, dok berdua je... takkan nak pasang semua kipas kan... hehehehe.... nanti naik lagi bil elektrik saya.. satu pembaziran tu kak.. membazir itu amalan syaitoooonnnn.... (sampai terkeluar muncung itik ni...)


dah la kak, saya banyak kerja nak buat ni... akak pergi je la masuk bilik bos tu.. pergi la promote lagi ntah apa2 barang yang akak ada... be young? yang harga satu set beribu2 tu.. huhu... saya tak mampu kak... kalau saya mampu pun... hmmm.. InsyaAllah... InsyaAllah saya tak beli benda2 mengarut macam ni... (cakap dalam hati je la... kui3) ok la kak.. saya nak siapkan fail meja online ni... kang dok melayan akak, tak siap pulak..  oh ye... aritu yang saya test2 cincin zhulian akak tu, saya saje je test... nak amek hati akak je.. kesian tengok akak kulukilir bawak beg zhulian akak tu.. hehehehehe...


okla kak.. baik2 jalan tu... kang jatuh bangun sendiri ea... hak3.... daaaaa.....


~~tension aku~~

19 Mac 2012

Aku bukan ahLong maaa... Nak tolong pon aku tak mampu....

Assalamualaikum....

hurrrmmmm... pagi2 aku dah merungut, mengeluh... actually dari minggu lepas lagi aku macam ni.... eh bukan, memang sejak azali aku begini.. hua2.. tak baik kan mengeluh2 ni.. macam orang tak bersyukur je aku.. ehhh.. melalut pulak aku... aku sebenarnya tengah pening memikirkan masalah orang lain ni... biasalah.... aku kan memang macam ni.. suka menyusahkan diri.. suka cari masalah... haaa.. padan la muka aku kan.... huhuhu...

minggu lepas, aku terbaca status mengarut sepupu aku kat fb... dia punya status tu macam hape je... macam sedang mengalami masalah.. masalah ape? haa.. ni nak bagitau ni.. aku pulak, selalu nya aku baca, then like je... tapi hari tu, tentiba tangan gatal aku ni rajin pulok nak komen... aisshhh.... (sambil jentik2 jari ni...) dan tentiba sepupu aku tu cakap... "ajim memang ada masalah besar ni.. tapi tak boleh cerita kat sini.. nanti ajim msj akak ea.." hmm.. pulok dah.. aku dah nervous daaaa.... apahal lak mamat ni...

dan beberapa minit kemudian, muncul le mesej nya...

kak , ajim ade problem nie . hmmm . ajim xnak citer kat mak . nanti die risau . kan ajim ade buat "tut" tu kan . ajim buat tu dulu ajim ade gune duit member ajim sikit . now die nak duit die before bulan 4 nie . ajim xde duit nak bayar . kalau nak bayar pun cuti sem baru lah ajim boleh bayar . sebab cuti sem nie . cuti 2bulan lebih . ajim utang member ajim tu rm500 . akak jangan citer kat mak ajim or mak long k . plessss kak . can u help me ? i dont have any money kak . hmmm . i dont know what happen to me if i dont pay that money b4 this april : (((

RM500 beb!! aku? aku rasa nak marah la kan... haihhhhhh... dari mula2 lagi aku tak berkenan dia join menda alah ni... sampai sanggup tu, masa paklang bertunang tu, dia taknak ikot, sebab nak buat menda alah ni lah.. haa.. sekarang baru dia tau... awak tu study, buat la cara study... ni tak, sebok nak business.. habis duit PT tu buat modal.. lepas tu heboh "ajim makan magi je.. ajim tak makan dah 2 hari..." salah sape?

mulut aku dah ringan je nak bercerita kat mak aku... tapi tak sampai hati pulak.. mak aku pon bukan boleh simpan rahsia.. dia memang tak cerita kat mak si ajim ni, tapi kang pergi bercerita kat nenek aku, nenek aku bercerita kat makteh aku... makteh bercerita kat pak iwan.. pak iwan bercerita kat paklang.. habis 1 kampung tau pulok kang.. hahaha... last2, aku cerita je kat adik aku, kakcik.. penyimpan mohor rahsia besar aku.. hahaha...

dia dah cakap macam tu, aku pulak... nak tolong, xnk tolong.. nak tolong, xnak tolong... haisshhhh.. kusut2.. apasal la aku buleh terjebak dengan masalah budak ni... adoooiiiiyai..!

mula2 tu, okla... aku tolong la... tapi bila dia cakap, "nanti ajim keja, ajim bayar balik" teros aku... erkk.... tunggu keja...? macam lama lagi je.. huhuhuhu... owh, rupanya dia cakap, dia keja bila cuti sem bulan 5 ni... fuuuhhh... lega ati ni mendengar nya... bukan la aku ni berkira, tapi...... ahh.. kira bagus aku nak tolong... dia tu sepupu aku je.. kalau adik beradik aku boleh la aku setuju kalau dia kata dah keja baru bayar.. tapi adik beradik aku tu pon belum tentu bayar kalau dah kerja.. hahaha..

jadinya, aku tolong la pinjamkan sikit.. sikit2 pon rm300 kot.. lagi baki rm200 tu, pandai2 la otak dia berpikir pulak.. otak aku dah sakit dah nak tolong pikirkan.. dan2 cakap sayang kat aku... podah... sekarang baru la nak sayang2.. kalau tak keja dok mengutuk aku tak sudah..

bukan tak boleh nak cari pendapatan sampingan.. boleh... tapi kena dengan cara la... adik aku kakcik tu pon, pandai cari duit... cuti hujung minggu, kerja kat farmasi.. 2 hari dapat rm80.. kira okla kan... sapa nak bagi banyak tu dalam 2 hari.. ni, nak cari duit.. teros nak dapat keuntungan besar.. usaha seciput cuma.. cakap nak besar berasap2.. last2, habuk pun takde... pastu cari sapa? mak? abah? ni, orang yang dikutuk2, dihina2 ni juga dicari....

yang penting, fokus belajar dulu.. belum masa nya lagi nak business2 ni.. orang nak business pakai modal sendiri.. bukan pinjam orang.. bukan susahkan orang.. bukan susahkan hati mak abah...

haissshhhh... aku membebel sorang2 pun tak guna.. kan best kalau dapat cakap teros kat budak ajim ni.. biar berasap lubang telinga dia.. huhu...

15 Mac 2012

Ooooohoooiii!!!

Assalamualaikum...
Selamat Pagi...

kejap je dah hari khamis.. ishh3... aku rasa macam baru semalam je aku balik dari kampung... hehehe.. aktiviti minggu ini? haiishh. dak buddy ni sebok ajak aku balik kampung pulok.. tapi2, dia kata esok dia cuti.. jadi xdapat la ambo ikot balik.. sebab esok ambo kerja.. hahahaha....

aku takde benda pon nak cerita.. sesaje je nak update blog.. hehe.. tajok di atas pon takde kena mengena.. hahaha..

tahap kesihatan aku, dah ok sket.. dah boleh dah ngemas2 rumah.. basuh2 baju.. konon2 dah sihat betol la.. da abes ngemas semua, kepala aku pening balik.. huhu.. mengada betolla kepala ni.. batok pon xilang lagi... kali ni, aku ngn wana, housemate aku.. dua2 tak sihat.. tapi dak wana lagi teruk la.. demam, batok, selsema bagai semua.. agaknya perubahan suhu dan cuaca kot..

oh ye, aku kan ada cerita pasal entry yang lepas, pasal aku jadi pengapit tu.. nanti akhir bulan ni, dalam 31hb ada kenduri pihak lelaki pulak.. dan mak kawan aku tu ajak aku pegi menghantar pengantin.. korang rasa patut ke aku pergi? hmmm... lepas apa yang jadi.. aku rasa macam.... taknak pegi... tapi...................... tak sampai hati pulak.. hmmmmmm...... nanti la aku pikirkan..

13 Mac 2012

~~ Tak Tau Nak Letak Tajuk Apa ~~

AMARAN , ENTRY KALI NI, ADALAH PANJANG BERJELA.. SILA JANGAN BACA JIKA ANDA DALAM KEADAAN MENGANTUK!!

Assalamualaikum....

aku baru je balik selepas bercuti.. blog aku pon, aku cuti kan sekali... sebab? malas.. seperti yang siapa2 yang rapat dengan aku tahu, aku cuti ni pun sebab member aku nak kahwin.. aku pulak kena jadi pengapit.. dan ada 2 perkara yang aku nak cerita kali ni.. korang baca je la ye cerita aku ni...

1. Aku adalah pengapit yang ..........................

dari hari jumaat aku dah bertandang kat rumah kawan aku, Azu bukan nama sebenar.  Tapi aku datang dah malam.. sebab? siang nya aku dah sibuk tolong mak aku buat pulut kuning + rendang daging.. aku pikir mak aku masak je, rupanya kena bungkus skali, macam nak bagi berkat tu.. haisshh.... melambatkan program aku je.. ok, sambung cerita.. dah sampai rumah pengantin, mak pak abg adik pengantin dah senyum2 kat aku... aik.. lambat datang... esok jangan tak datang pulak.. ko jadi pengapit kan?  ok, tu benda pertama yang aku......aku apa ek? kecewa? hmm.. xkot.. terkilan? hmm.. sikit... ntah, aku pon tak tau nak cakap macamana perasaan aku masa tu.. dah tau, kenapa tanya lagi kan...

sebelum majlis, actually sebulan sebelum majlis lagi, aku ni tertanya2.. betol ke dak azu ni nak suruh aku jadi pengapit.. dia takde nak telefon2 aku.. tanya ke.. tak cakap kat aku apa tema nya... dah tu, seminggu sebelum majlis, aku telefon.. tapi tak dapat2.. last2 dia msj suruh aku call dia.. tu pun tinggal bape hari je lagi.. baru la dia bagitau tema warna baju.. nikah warna merah hitam, sanding warna purple.. okla.. tapi aku memang tak sempat la nak cari baju.. mana yang ada, pakai je....

hari nikah, sabtu... selepas zohor.. pukul 12 tengahari aku sampai... sampai2 je dak azu dah siap mekap.. tinggal nak pakai baju je.. jadi, aku tolong la dia pakai baju... dah siap2 semua, duduk la dalam bilik pengantin sementara nak tunggu pengantin lelaki sampai.... tiba2, adik dak azu cakap, aikk... pengapit pakai baju tak ikut tema? aku? terdiam...

lepas nikah, adalah sesi bergambar.. yang salin2 baju tu.. banyak jugak baju aku tengok.. baju orang minang.. baju orang banjau.. orang cina.... lepas baju cina je, aku dah mintak diri.. nak balik... semua dah terkejut... eh, malam ni datang tak? aku pon tanya.. malam ni ada apa? ada malam berinai.. yang pengantin berarak tu.. owh... azu ada cakap semalam... ye, SEMALAM... tapi.... tengoklah, kalau sempat orang datang ea.. camtu aku cakap kat dak azu dan emak dia.. actually, ada sebab aku cakap macam tu.. tu, perkara kedua nanti aku jelaskan...

malam berinai, aku tak pergi... haha.. pengapit dengan slumbernya tak pergi.. xpe.. tu kendian aku cerita... esoknya, ahad, hari bersanding.... aku sampai dalam pukul 10 lebih gitu.. kali ni aku pakai ikut tema, purple pink... dak azu dah siap mekap, tengah bergambar lagi.. yang sesi salin2 baju tu.. aik, semalam tak beres lagi ke? hmm.. aku malas nak tanya, terus masuk bilik pengantin.. dalam tu ada pak andam dengan adik azu.. tiba2 adik azu tegur, hai kak yana.. asal pengapit tak datang malam tadi? aku jawab, akak sakit kepala la.. makan ubat terus tertidur... larh.. orang pun sakit kepala jugak.. hmm.. aku diam je... malas nak menjawab... adik azu ni, mulut dia boleh tahan jugak.. yang ni yang betol2 orang melaka.. mulut tu kalau takde perkataan sial,celaka,bangang,bodoh memang xsah.. kalau adik aku tu, aku dah sepak2 dah mulut dia....

dan aku perasan, adik azu ni macam.... macam bengang dengan aku.. mungkin sebab aku tak datang malam berinai dan dia kena ganti jadi pengapit.. atau apakah? aku pun tak tau... muka dia pun semacam je tengok aku.. sebabnya, selalu dia takde sibuk2 nak tolong dak azu ni dalam bilik pengantin.. tapi aritu, tiba2 masuk cakap nak tolong azu ganti baju.. padahal aku ada je dalam bilik tu, dan selama 2hari tu, aku yang tolong azu ganti baju.. tak ke pelik.. takpe, aku pikir positif je..

sebab malas nak duduk dalam bilik pengantin yang masa tu adik azu sibuk suruh pak andam tu mekap dia, aku pun keluar pergi kat pelamin.. aku keluar pun sebab kena perli lagi dengan adik azu.. aku kemain mekap, pengapit tak mekap pun... aku keluar tengok dak azu bergambar.. lepas tu tolong dia ganti baju.. teman dia bergambar.. sampaila ke acara bersanding.. gila nervous aku.. yela, first time aku jadi pengapit.. dok iring pengantin pergi ke pengantin lelaki.. payungkan dia... lepas tu, dak2 kompang belakang aku je... aku pulak yang dup dap dup dap..

ada 1 lagi benda yang terjadi masa makan beradap.. aku konfius, aku kena makan semeja sekali ke tak... aku berdiri je tepi khemah.. lepas tu dak azu panggil aku duduk sekali... tapi....... macam mana aku nak duduk.. kerusi aku, ada sorang macik belah pengantin lelaki dah ambik.. dengan pinggan aku sekali dia ambik... tak pasal2 je aku kena pegi cari kerusi dan pinggan sendiri... teros aku xde mood nak makan walaupun lauk2 semua sedap..

haiissh.. rasa macam malas nak cerita lagi... aku jadi sedih pulak... ye, memang aku sorang je kawan dia yang datang dari hari jumaat sampai la ahad.. jadi aku sorang2 je la.. family azu dah sibuk.. takde sapa nak layan aku.. aku layan diri sendiri la... kan best kalau arwah fizah ada sekali.. xdela aku sorang2.. xdela aku kena perli2 ngan adik azu.. T_T

oh ye, masa hari nikah tu, aku tak makan langsung.. sebab, aku tak selera.. memang aku tak sihat dari hari rabu lagi... migrain aku ni kejap2 datang.. jadi esok nya, adik bradik azu ni sibuk tanya aku dah makan ke belum.. sampai ke ipar2 dia pun... bila aku kata dah makan, siap cakap aku bohong.. hmm.. lantak la...

masa acara potong kek pun, aku tak keluar.. aku dok je dalam rumah.. sampai la azu masuk, ajak aku pergi ambik gambar outdoor.. aku macam malas.. tapi dari duduk rumah ni baik aku ikut.. dan aku le jd driver nya.. huhu.. aku ingatkan aku sorang je, rupa2 nya adik azu pun ikot..

lama jugak la aku melangok sorang2 tepi pantai sementara menunggu diorang bergambar.. lokasi kat Pantai Tanjung Bidara... adik azu pulak, xnak keluar kereta.. dalam sejam lebih gitu, baru la kitorang berangkat balik... masa otw nak balik tu.. tiba2 adik dak azu ni cakap.. eh, anak sedara ************* yang patah kaki tu pun datang kan malam tadi...  hmmm, aku pon xtau ape motif dia cakap macam tu... aku malas nak bercakap, sepanjang jalan tu aku diam je... sampai rumah dia je, aku dah mintak diri nak balik.. sbb akak aku da tepon2 suruh balik.. dia nak pakai kereta...

masa dah salam2 mak ngn akak azu, azu hantar aku sampai kereta.. time tu aku dah sebak2 dah... bukan sebab layanan yang aku terima, aku tak kesah pun.. tapi entahla.. aku sedih kot sebab dia dah kawin.. pasni aku dah takde geng bila balik kampung... aku nak cakap kat azu, kan best kalau arwah fizah ada, tapi tak terkeluar pulak.. aku takut dia pulak yang sedih then teringat pasal accident tu.. last2 aku masuk kereta, nangis sorang2.. T_T

aku tak tau ape yang aku rasa sekarang.. tapi yang pasti, aku dah SERIK.. aku dah taknak jadi pengapit lagi.. kalau boleh, pilih la pengapit yang cantik sikit.. yang pandai mekap.. yang pandai bergaya.. jangan pilih aku yang buruk lagi hodoh ni..

2. Mak aku

mak aku ni... aku tak tau la kenapa.. hmm... dia tak senang kalau aku pergi kenduri2 kawen member2 ni.. ada je yang dia tak puas ati.. itu la.. ini la.. selalu ayat dia, dah tau takde duit, sibuk nak berjalan sana sini.. dan ala, esok kenduri kau takde nya diorang nak datang.. kau je sibuk2 mengadap kenduri orang berhari2..

actually, bukan la aku dah takde duit.. tapi kadang2 tu member2 nya kenduri buat tengah2 bulan.. lepas tu jaoh pulak... jadi, aku selalu le ckp ngan mak, orang xde duit, kalau ada adikbradik aku mintak duit... pastu kenyataan kedua tu buat aku sedih.. yela mak.. biarla takde orang datang pun.. sebab memang xde pon kenduri nya... T_T

pasal aku takdatang malam berinai dak azu tu, pasal ni la.. nak jaga hati mak punya pasal.. last2 aku jugak yang kena sindir..

08 Mac 2012

Aku Tak Tau Bagaimana Rasa Itu...

bagaimana ye rasa nya bila kita tau ada orang tak suka kita.. padahal selama ni kita akan cakap "ala... buat apa nak pening2 pikir.. lantak la.. tak suka sudah.. macam aku suka kat dia!!" Jujur aku tak pernah rasa orang tak suka aku, padahal ada je yang tak suka kat aku kan... Tapi, 'perasaan' ni lain sangat...


selama ni pun, aku ada juga tak suka atau suka pada seseorang... tapi tak suka pun, orang yang aku tak suka tu, tak tau pun aku tak suka kat dia... kalau ada tu, nasib la.. nak buat macam mana kan.... huhuhu... sebab, aku tak suka seseorang pun bukan saja2 tak suka.. tapi bersebab! tapi... takdelah sampai membenci...


entahlah... taknak pikir pun tak boleh, sebab 'perasaan' ni buat aku tak selesa... mungkin salah aku... kadang2 aku tak tau yang percakapan aku, tingkah laku aku, apa yang aku buat tu boleh mendatangkan kemarahan orang... atau pun buat orang kecil hati... atau apa saje la... dan yang aku pelik tu, apa yang keluar dari mulut aku tu adalah mengikut rentak orang tersebut.. kalau orang tu bergurau kasar, maka kasarlah gurauan aku.. kalau orang tu cakap baik2, maka yang keluar dari mulut aku pon yang baik2 saje..  tapi kadang2 tu, orang tanya baik, tapi aku jawab bergurau.. hah!! orang yang macam ni la yang tak boleh terima gurauan aku.. macam mana tu? padahal selama ni aku tengok orang tu jugak la suka bergurau dengan kita bila kita tanya elok2/baik2 kat dia...


hai liana, tak payah sedih sangat la.. hmm......

07 Mac 2012

Macam Tak Percaya, Tapi Itulah Hakikatnya...

Assalamualaikum...

Ha, kali ni nak buat entry serius sikit.. lepas kehilangan idea dan cerita untuk mengarang kat blog aku ni.. hehehe... eh, lagipun, benda yang aku nak cerita ni, bukanlah tentang aku pun... hehehe.. (tapi tajuk nak gempak.. biasala tu.. hehehe..)

aku baru je baca akhbar online tadi... dan biasanya aku suka baca Mstar.. eh, tak payah tanya aku la mstar tu ape? aku pon tak tau... hahahaha.. tapi mstar ni sama la macam bharian, mymetro, kosmo, dan akhbar2 lain yang sewaktu dengan nya...

ok, dah2.. banyak sangat mengarut.. meh baca cerita ni...


*******************************************************************************

Macam Mana Nak 'Hidup' Kalau Stesen TV Masih Kedekut?

PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) telah mendedahkan kepada mStar Online kebanyakan stesen televisyen di negara ini “tidak berhati perut”.  Mana tidaknya, sejak tahun 1995 lagi, harga drama yang kita tengok di televisyen pada hari ini tidak pernah naik.

Telefilem seperti Cerekarama yang kita tonton di TV3 tu dibayar kepada penerbit dalam anggaran RM85,000 – RM89,000. Kalau Astro pula mereka membayar RM80,000 – RM90,000. Cuma dalam hal ini yang paling tinggi bayarannya ialah daripada RTM iaitu sebanyak RM100,000 – RM110,000.

Bayangkan... selama ini orang selalu mengutuk RTM sebagai sebuah stesen televisyen kerajaan yang tak membangun tetapi sebenarnya stesen itulah yang menghargai orang-orang seni. Mereka mengeluarkan peruntukan yang tinggi kepada drama-drama tempatan dan sekali gus membantu penerbit drama kita untuk berkarya. Tapi masalahnya langkah promosi di RTM yang masih ditakuk lama dan harus diubah.

Saya bersetuju dengan teguran Presiden PTVM, Jurey Latiff Rosli yang mahu kerajaan campur tangan dalam menyelaraskan isu kadar pembelian industri kreatif. Kalau stesen televisyen masih membeli drama atau program-program daripada produksi luar dengan kadar lama, industri drama tempatan tidak boleh berkembang. Maka akan terhasillah banyak drama-drama sampah yang hanya mempunyai lima atau empat orang pelakon sahaja. Ini kerana produser akan berhadapan dengan masalah untuk membayar pelakon serta krew produksi penggambaran.

Kalau masuk bab-bab kesan khas seperti perlu menghasilkan wajah-wajah hantu atau seram, kos untuknya adalah tinggi. Tapi kadar bayaran di stesen televisyen masih lagi pada takuk lama. Saya pernah bertanya kepada seorang penerbit drama, dia tak dapat untung besar apabila terpaksa menjual karyanya kepada TV3 kerana pulangannya tak sebenar mana.

Saya bertanya kalau macam tu kenapa tak jual saja kepada RTM untuk dapat bayaran lebih tinggi? Alasannya sebagai penerbit baru dia memerlukan populariti. Walaupun TV3 membayar murah tetapi drama yang keluar menerusi stesen televisyen itu akan meletup dan seterusnya menaikkan namanya. Dalam hal ini, ramai penerbit televisyen tertekan kerana segala kos menerbitkan drama meningkat dengan mendadak.

Bayangkan, untuk menyewa sebuah rumah banglo bagi sehari penggambaran dianggarkan kira-kira RM1,000. Penggambaran biasanya tidak mengambil masa sehari. Kadang-kadang memerlukan masa lebih seminggu.

Itu tidak termasuk membayar pelakon lagi. Pelakon utama yang tarafnya seperti Rozita Che Wan, paling “cikai” untuk sebuah telefilem ialah antara RM8,000 – RM10,000. Kos makan minum krew penggambaran pula untuk satu kepala ialah RM20. Kalau penggambaran di luar, pihak produser terpaksa membayar duit minyak dan juga menyewa penginapan para pelakon. Semua kos itu meningkat tetapi kadar bayaran tidak dinaikkan sejak sekian lama. Jadi, hasilnya nanti drama yang berkualiti rendah akan memenuhi saluran televisyen rumah kita.

Jadi, sudah tibalah masanya untuk stesen televisyen kita mengkaji semula kadar bayaran yang perlu diberikan kepada penerbit-penerbit kita agar karya yang bakal dihasilkan nanti adalah karya yang bagus. Dalam masa yang sama ia dapat membantu meningkatkan gaji pekerja produksi yang dianggarkan kira-kira RM20,000 seorang.

Kalau bayaran tak naik, pekerja krew dan pelakon nak makan apa?


**********************************************************************


amacam?? menarik tak cerita ni? hehehe... selama ni aku tak tau pun pasal benda ni... yela, aku bukanlah tergolong dalam bidang ni... aku ni tergolong orang yang diluar pagar, nak masuk segan.. almaklumlah, bakat tak seberapa, rupa lagilah tiada.. hahahahaha.... (hai, asik mengarut je..)

aku selalu pikir.. sama la yang aku highlight kan kat atas tu.. tak sangka kan.. selama ni RTM yang banyak membantu orang2 seni.. aku ingat, RTM tu la yang kedekut.. yela, tengok la cara RTM mempromosikan produknya, macam... hmmm....... ntah, rasa macam di takuk lama... sekarang kan dah 2012..

haissh.. malu je bila benda2 macam keluar... sepatutnya TV3 ngan Astro alert bab2 ni... kaji kadar bayaran, berapa banyak peruntukan yang perlu dibayar bila membeli sesebuah drama.. janganlah publisiti je lebih, tapi... yang ruginya penerbit dan pembikin drama... kesian kat depa....

Memori Bahagia

Dah lama tak dengar lagu ni kan.. aritu ada gak try nyanyi masa karox dengan wana kat alamanda... tapi starting je aku ternganga... camane ek melodi lagu ni? hahaha.. nak nyanyi, tapi tak ingat... hahaha... tapi2, aku sangat suka lagu ni... sesapa yang ada lagu ni, yok la dengar dan nyanyi sama2 dengan aku.. hehehe...

Memori Bahagia

Sayup ku terdengar suaramu
Memanggil ku sedar dari lena
Mimpi yang terindah bersamamu
Umpama tiada ungkapan perpisahan

Mungkin harapan yang telah terbina
Seakan pudar warnanya
Saat sekian lamanya
Bila kau ucapkan air mata ini membasahi pipi

Mampukah ku alun kesemua tawamu
Menjadi melodi menemani diriku
Dapatkah kita memahami jalinan suci
Apakah ertinya kasih sayang ini

Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik
Bagi meneruskan percintaan ini
Yang terpendam dijiwa

Dikaulah kejora
Yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapanku yang dulu menyentuh kalbumu

Kenangkanlah memori bahagia
Kau dan aku seiring berpimpim tangan
Mengukir senyuman saling merasa
Kau merindu bila bertemu


Berikanlah masa untuk difikirkan
Apa yang terbaik
Bagi meneruskan percintaan ini
Yang terpendam di jiwa

Dikau lah kejora
Yang menerangi hatiku kala sepi
Termenungku sendiri
Maafkanlah sekiranya
Kesilapanku yang dulu menyentuh kalbumu


06 Mac 2012

Pelamin Angan Ku Musnah


Pelamin Angan Ku Musnah
 
Masih lagi tidak terlewat
Untuk aku ucap tahniah
Di atas kehadirannya
Menggantikan aku

Pastinya oh hidupmu
Akan lebih bermakna
Dan aku usah kau kenang
Walau kita pernah berkasihan

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Persandinganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran
Puaslah hatimu kini
Memainkan perasaanku selama ini

( korus )
Masihkah dengan janjimu
Apapun jadi akulah pilihanmu
Engkau sanggup hapusi cinta yang lalu
Ku angankan pelamin indah untuk kita berdua singgah
Sayangnya... Semua musnah

Kau buat malamku jadi gerhana
Dan hidupku tiada maknanya
Hanya bernyawa namun tak bermaya

Terkadang aku merasa menyesal
Kerna telah sehabis daya
Aku cinta dirimu kasih
Akhirnya aku sendiri
Tersisih...

( ulang dari korus )

Bisa sungguh luka ini
Walau tak berdarah

05 Mac 2012

...... (*___*).......

Hari Ini Adalah Hari Yang Sangat Membosankan!!!!

Arrggghhhhh!!!!

1. Emel tak boleh bukak! mana akak yang kata nak tengok kan emel aku ni... dari minggu lepas tak datang2...

2. FB / Youtube kena block! waktu rehat pon diorang block!

3. Chatting pon xbole!

4. Keja pon tak banyak!

5. Geng nak borak xde! EL pulok arini!

6. HRMIS pon xboleh bukak! aku nak apply cuti ni wooiii!! SKT tak sempat buat apa2.. kata soh hantar sebelum 15 Mac... tapi kalau dah tak boleh bukak, ape ke hey nye yop!

APE PON TAK BOLE!!!!

huhuhu.. T_T cepatlah jam 5.00.. nak balik............

01 Mac 2012

T_T

Entah kenapa aku sedih pagi ni... hmmm... kalau taknak tolong, cakap je la taknak... tak payah bagi banyak alasan... aku memang taksuka betol orang macam ni... berat kot benda tu, ko kan lelaki.. kudrat ko kan kuat sikit dari perempuan... ko dah amek, ko pasangkan la semula.. 


tadi pegi tanya, rupanya belom siap... semalam ye2 cakap dah siap... pagi tadi call, soh aku amek sendiri pulak.. semalam satu benda pun aku tak boleh buat.. takkan hari ni aku nak kena tunggu lagi kan... dah letak tepon, aku nangis la... pe lagi... tu je yang boleh buat... nak marah, dia nye jawatan lagi tinggi dari aku kot..


hmm... korang tengok je la aku mengarut pepagi ni... hmmmmmmmmmmmm......

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."