Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

24 November 2011

saMpai haTi maCik 'CEKIK' saYa!! T_T

jam dah nak dekat 1.45pm..
aku ni, masih lagi berkira2 nak makan apa lunch ni..
xpe2... aku gi cucuk duit dulu la..

pas mengeluarkan hasil bumi duit,
aku pun berjalan ke kafe..
sampai2 kafe.. pon tak tau nak makan apa...
ingat nak makan makanan menu sepinggan lengkap..
haa.. tau ke apa menu sepinggan lengkap tu?
menu sepinggan lengkap tu maknanya, makanan yang ada semua nutrien dalam satu pinggan/hidangan..
maknanya ada karbohidrat, ada protein, ada vitamin, ada lemak..
contoh, macam nasi ayam, nasi goreng, laksa, mee kari, dsb...
wah.. dah macam cikgu pulak aku..
dulu aku kan budak ERT.. so, aku tau la sikit2.. hak2tui..
hehehe.. ala senang cerita, bukan nasi campur la...

tanya nasi ayam, ayam tinggal seketul.. bahagian pon tak bape menarik.. hmm..
(tengok la jam oit, da pukul bape.. dah kat pukul 2 da... licin le jawabnya...)
nak ambik nasi putih dengan ikan bakar,
ari isnin aritu dah makan ikan bakar, rasa loya lak tekak.. huhu..
last2.. pegi kafe bangunan sebelah la...

lalu, berjalan lagi aku ke bangunan sebelah..
langit lak dah mendung2 nak hujan..

sampai kafe sebelah,
lauk pun tinggal ape je..
pegi gerai nasi ayam, pon dah habis juga..
last2... amek nasi campur la jawab nye..

aku amek nasi putih dengan kerabu mangga je..
pastu, nampak kat gerai western ada ayam panggang..
macam sedap je.. tak dapat nasi ayam,
ayam panggang pun jadi la..

da settle, pegi la bayar...
sekali aku tengok macik tu dengan lajunya ketik2 kalkulator dia..
"RM8.50 dik"
haaa!! mahal nya... lauk aku kerabu dengan ayam je pon..
(cakap dalam ati je.. huhu)

aku nampak macik tu ketik2
2 + 6.5
macik... mahalnya ayam sampai rm6.50..
ayam tu panggang pun lumur2 kunyit ngn garam je pon..
pastu siram dengan sos cili..
huhuhu...

baik aku makan nasi ayam tadi..
ayam pon sama besar,
harga  rm6.00 je.. huhuhu...
macam hampeh!

tau la hari ni gaji macik..
agak2 la nak cekik saya aduhainyepun!!...

sekian, luahan dari orang yang selalu terkena...
huhuhuhuhu.....

23 November 2011

rasa berpusing2 pulak kepala..

aduhai.. nape rasa berat je mata ni..
kepala pun berpusing2 rasanya...
huhuhu...

owwwhhh.. sudah hampir jam 6.15 petang..
apa yang aku buat lagi dalam opis ni??
huhuhu... oh tidak!!

balik2!!
tapiiiiiiiiiii...... bos tak balik lagi..
huhuhu.......
T_T

22 November 2011

seLamanYa... seLamanYa... seLamanYa... HARIMAU MALAYA!!!

wah.. kemain lagi..
feeling2 nyanyi di hadapan ribuan penonton indonesia..
sambil buat muka bangga.. hahahaha...
(boleh ek gitu?)

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PASUKAN HARIMAU MALAYA KITA!!
walaupun dah tengahari, tak kesahla..
peristiwa ni takkan basi sampai bila2..
hehehehe..

boleh dikatakan penat jugak la menunggu masa tamat..
lebih 120 minit bermain..
aku memahami betapa penatnya pemain2 kita..
walaubagaimanapun, semangat juang diorang sangat tinggi..
syabas kepada Khairul Fahmi Che Mat..
syabas kepada pertahanan Malaysia, Muslim, Fadli Syas dan Mahali Jasuli..
syabas kepada pemain2 tengah dan sayap..
syabas kepada Asraruddin Putra Omar yang menanduk bola seperti harimau yang menerkam.. aumm..
dan tak lupe, syabas kepada Kapten, Baddrol Bakhtiar..
tendangan penalti terakhir tu memang boleh buat kami2, rakyat Malaysia yang menonton ni, tak bernafas buat seketika... huhuhu..

tak kisah lah bagaimana kita dilayan sekali pun..
tak kisah bagaimana kita dicaci, dimaki, diejek..
tak kisah walaupun mereka tak menghormati kita dan lagu Kebangsaan kita..
dan tak kisah mereka yang menjadi juara keseluruhan..
asalkan, IBU SEGALA PINGAT.. MILIK KITA!!! yeayyy!!

kepada penyokong indonesia..
relax la.. jangan la sedih2..
tak ganteng le...
buleh pulak nangis peluk tiang..
aduyainyapun.. huhuhu...

apa2 pun, GOOD LUCK pemain2 Malaysia..
get ready untuk menentang Syria esok..
yang pasti, rakyat Malaysia akan menyokong 200%...

21 November 2011

cOwoK gaNteng ' bErsaTu & banGkit' KATANYA!!

hai, selamat pagi...
masih lagi dalam topik yang sama..
topik hangat lagi membara..

meh baca petikan di bawah,
laporan dari berita harian..

BERSATU dan bangkit! (United and rising) – semangat murni yang cuba ditampilkan penganjur Sukan SEA ke-26 di Jakarta dan Palembang – Indonesia.

Semangat ini cukup positif sehingga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad mahu media Malaysia menutup sebelah mata di atas kelemahan tuan rumah, sebaliknya memberi tumpuan kepada memartabatkan sukan di Asia Tenggara.

Namun jelas Shabery dan Naim, dan mungkin juga ramai lagi pegawai serta rakyat Malaysia yang berada di Jakarta terutamanya, tertipu dengan slogan tuan rumah itu. Atau mungkin juga sebahagian besar penduduk kota Jakarta sendiri yang tidak memahaminya.

Buktinya, di Stadium Gelora Bung Karno, Pusat Bowling Jaya Ancol, Velodrom Rawamangun, Dewan Taekwondo Cibubur - nama Malaysia seakan jijik buat penyokong tempatan yang begitu bersatu dan bangkit mengejek atlit negara dan lagu Negaraku.

Paling meloyakan, kartun dalam sebuah akhbar tempatan pada hari perlawanan Malaysia-Indonesia di peringkat kumpulan yang menampilkan pemain Malaysia seperti banduan dan lanun dengan isu perebutan wilayah antara punca tohmahan berkenaan.

Provokasi di Gelora Bung Karno yang sudah basi dan tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara, dijangka akan lebih bingit dan menyakitkan telinga dengan misi membalas dendam serta mengubat ‘sakit hati yang mendalam’ (seperti dikatakan peminat dalam satu temubual radio tempatan) terhadap Malaysia akibat kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Menurut rakan wartawan yang pernah membuat liputan Sukan SEA di hampir semua negara di rantau Asia Tenggara ini, Sukan SEA di Jakarta antara yang paling teruk – terutama dalam sambutan rakyatnya terhadap kontinjen Malaysia.

Kontinjen Malaysia yang hadir ke bumi Jakarta seolah-olah musuh ketat yang cuba dimalukan dan dimusnahkan. Bagi penyokong Indonesia, biar mereka tidak dapat emas asalkan bukan Malaysia yang memperolehnya.

Sokongan padu sanggup diberikan kepada lawan Malaysia, tidak kira dalam apa acara sekalipun. Jadi jelas kedatangan kontinjen negara ke sini kurang dialu-alukan dan nama Malaysia tidak terbabit dalam kempen Bersatu & Bangkit kali ini.

Malaysia kini yang berada di tangga keempat keseluruhan selepas mencapai sasaran 45 pingat emas kelmarin, kini perlu menamatkan kempen kali ini dengan ibu emas – mengecewakan Indonesia dalam aksi final bola sepak malam ini – sekali gus mengajar sebahagian penyokong di sini erti semangat kesukanan sebenar.

ok... yang aku colourkan warna merah itu,
adalah sikap 'buruk' tuan rumah..
dan colour oren adalah,
kata2 semangat buat atlet malaysia amnya,
dan pemain2 bola sepak U-23 khususnya..

jadi, mari rakyat Malaysia semua..
kita bagi sokongan yang padu kepada Harimau Muda!!
doakan kejayaan mereka..
Pastikan Harimau Mengaum & Emas Dalam Genggaman Kita!!
Malaysia Boleh!!!

Jangan lupa, malam ni..
saksikan Perlawanan Akhir..
Malaysia (Harimau Muda) menentang indonesia (garuda)
jam 8.30 malam...

psssttt : aku dah macam pengulas sukan pulak.. hahahhaa...
tengah bersemangat waja ni... wakaka...

18 November 2011

saYa banGGa saYa aNak MALAYSIA!!!

wah... tajuk, sangat membanggakan...
hahahaha..

ok, tak payah cakap banyak,
aku nak bicara (cewah) sikit tentang Sukan Sea yang diadakan di negara seberang (nak cakap negara ape pun meluat aiihhh..)

sebelum tu, aku nak ucap
TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!
kepada pasukan bola sepak kita..
kerana telah berjaya membaham si garuda
dengan kemenangan 1-0 malam tadi..
tapi jangan terlalu gembira,
kerana selepas ni, ada lagi perlawanan penting yang perlu disudahkan..
takpe, yang pentingnya sekarang,
negara 'tu' kalah ditangan Malaysia.. hua3.. (gelak jahat)

dengan barisan pemain terbaik..
diketuai Baddrol Bakhtiar, pemain2 kita bermain dengan sangat baik..
yang aku tengok, sangat2 membantu pasukan adalah,
Badd, Syahrul, KFCM, Mahali, Asra, Muslim, Irfan, Fadli Syas,
Guru dan Fakri..
pemain yang keluar sebab cedera, digantikan dengan Syahrul tu,
aku tak ingat la nama dia.. huhu...
oh, Izzaq bukan la tak bagus,
cuma dia dapat banyak peluang untuk jaringkan bola,
tapi.......  mungkin pemain indon yang kawal dia tu,
terlalu mengawal sampai sukar dia nak rebut bola..
Nazmi pun nampaknya kurang menyerlah..
takpelah.. boleh tingkatkan lagi prestasi untuk game seterusnya..
(aku ada tertinggal nama mana2 pemain kita ke? hehehe.. kalau ada, mintak maap la..)

aku berharap, pasukan bola sepak U-23 kita akan bawa
kemenangan untuk Malaysia.. InsyaAllah..
tak lupa, pada semua atlet negara yang bertanding..
untuk pasukan badmintan tunggal kita, satu2 nya beregu negara yang tinggal.. huhu..
sila kalahkan pasukan indon.. jadikan kutukan "diorang" tu sebagai semangat..

ok, habis part pujian kepada atlet Malaysia,
sekarang aku nak luahkan kejian ketidakpuasan hati aku,
pada penyokong2 fanatik (konon) 'negara seberang' tu..

aku kecewa sangat..
bukan sangat dah, tersangat-sangat-sangat..
dengan tindakan penyokong diorang..
yang memalukan, yang mengejek, yang mencaci,
yang memaki, yang mengutuk.. eh sama je kan maksud semua ni..
huhuhu..
apa lah yang diorang benci sangat dengan rakyat Malaysia ni..
aku pun tak paham.. hmmm..

setiap kali game yang melibatkan atlet kita,
diorang ejek 'maling'.. kenapa? aku tak paham..
pencuri? apa maksud diorang yang kita ni pencuri?
bukan saja atlet.. pegawai, jurulatih, wartawan...
semua kena caci maki diorang..
apahal beb?

aku rasa isu 'maling' tu, takde kaitan dengan sukan..
tapi diorang saja nak buat provokasi..
nak jatuhkan semangat atlet kita..
yang kesiannya, atlet la..
kebanyakkannya, terpengaruh dengan keadaan..
keadaan di boo.. diejek.. dicaci... dimaki...
bijak penyokong diorang bermain dengan psikologi..

diorang langsung tak hormat dengan lagu kebangsaan kita..
tak hormat dengan kemenangan yang diperoleh atlet kita..
segalanya la...
aku sedih wei dengan tindakan diorang.. sedih!!

untuk penyokong seberang,
kita duduk berjiran je,
macam korang cakap, "serumpun"
tapi semangat serumpun tu tak ada.. zero!

bukan nak mengungkitla..
tapi selama ni pun, negara mana yang akan bantu negara korang dulu,
kalau apa2 terjadi dekat negara korang..
ni, dalam negara kitorang ni,
berapa juta rakyat korang yang ada kat sini..
(yang sibuk nak mintak kerakyatan pon berlambak2)
bukan tu je,
dunia hiburan pun, penyanyi korang yang banyak diberi peluang..
filem, sinetron.. berlambak2 tayang kat Malaysia..
(aku tengok KCB je.. huhu)
jadi, sila bersyukur...

ok, benda2 di atas ni memang takde kena mengena dengan sukan..
tapi sebab tindakan penyokong2 korang la,
aku terpaksa timbulkan isu ni.. aku pun kesian dengan atlet negara aku..
diorang datang untuk bertanding.. bukan untuk diejek, dicaci dan dimaki..

seperti yang terjadi malam tadi..
permainan bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan negara masing2..
dah separuh lagu Negaraku tu baru aku dengar..
punyalah bising.. biadap betul!!
masa KFCM terjatuh, satu stadium gelak dan boo...
pastu dah kalah, terus senyap kau!

aku puji sikap Badd, sebagai kapten..
dia tak emo pon masa main..
siap bantu pasukan lawan yang kekejangan otot..
sikap macam tu la yang kita nak...

tu baru bola sepak.. badminton pun sama.. teruk di boo..
dah le stadium tertutup.. boo diorang tu bergema satu stadium..
atas sebab tu la pemain kita kecundang..

atlet Malaysia lawan negara lain (bukan negara korang),
pon korang nak boo..
ape la.... (sambil geleng2 kepala)

ehh.. jap2..
ada yang sentap ke dengan entri aku ni?
nak sentap, sentap le.. ada aku kesah?

15 November 2011

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan Wang Tunai dalam Peraduan Tulis dan Menang di mawarmerah2008.com

wahhh... aku join contest la..
hehehe... jarang benar aku nak join contest ni..
tadi buka blog kegemaran, terpandang dan terbaca pula tentang contest ni,
tiba-tiba terbuka hati pulak..

Menangi Hadiah Penginapan Percuma dan
Wang Tunai Dalam Peraduan Tulis dan Menang
di mawarmerah2008.com
klik gambar untuk maklumat lanjut
aku dah pun mendaftarkan diri.. cewah..
dan untuk sahabat-sahabat lain yang sama-sama nak rasa dapat hadiah yang best..
boleh lah melawat ke laman penganjur ye... hehe..
baiklah, berikut adalah syarat-syarat penganjur..

Syarat Pertandingan :-

1) Semua blogger yang beralamat di Malaysia (senang nak pos hadiah)

2) Tulis 1 entri tentang peraduan ini dan link ke entri ini.

3) Tinggalkan komen di entri ini dengan meletakkan url blog anda yang mengandungi entri penyertaan tersebut

4) Dalam entri tersebut, jawab soalan mudah di bawah

a) Menangi hadiah dalam Peraduan Tulis, Teka dan Menang di blog Kak Long Mawar Merah di adakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke- 12 pada akhir bulan Jun yang lepas dan Ulang Tahun ke- dua (2) mawarmerah2008.com beroperasi di domain dan hosting berbayar.

b) Komen yang membina tentang blog mawarmerah2008.com

1) Perkara yang patut dikekalkan di mawarmerah2008.com
- perkataan di header iaitu Hidup Sementara Biar Berjasa.
          
2) Perkara yang patut diperbaiki di mawarmerah2008.com
- kebanyakkan cadangan yang ingin diutarakan adalah lebih
kurang sama dengan cadangan-cadangan dari
blogger-blogger yang lain. Seperti sitemap, shoutbox,
perbaiki gambar di header dan ruangan arkib mungkin
perlu diperbaiki untuk memudahkan carian entri-entri
sebelumnya.
               
5) Setiap entri mestilah ditulis menggunakan Bahasa Kebangsaan yang baik dan tidak menggunakan ejaan singkatan (sempena Bulan Bahasa kebangsaan tu…)

6) Tarikh akhir penyertaan ialah pada tarikh 20 November 2011 (20/11/2011), tepat jam  11.11 malam.

ok.. aku dah pun join...
cadangan-cadangan yang aku utarakan bukanlah bernas sangat..
sebab blog aku pun tak sehebat mana..
banyak lagi yang perlu ditambahbaik..
hehehe..

14 November 2011

aRkiTek : ciTa2 saYa maSa seKoLah RenDah (kOnoN)

haishh.... jam dah hampir 5.30 petang..
tapi aku dok termanggu depan pc lagi..
menatap menatang benda alah ni..
aduii..

dari pukul 2.00 tadi..
aku dok hadap benda ni..
dah le 1st time aku buat..
"kot ye pon saya nampak macam takde keja,
jangan le bagi saya keja camni puan bos..
huhu.."

dengan menggunakan Microsoft Visio,
puan soh aku buatkan pelan lantai rumah beliau..
expecially di bahagian dapur..
sebab beliau nak kasi pebesaq dapur beliau..
hehehe....

aku pulak mana penah pakai visio ni..
takat nak wat pelan lantai,
powerpoint je.. hahahaha....
(biasalah.. aku cetek IT sikit..)

tengok ha,
hasil kerja dari jam 2.00 hingga 5.30 petang..
(mak aii.. 3 jam setongah)


ni je yang termampu?? macam lukisan budak tadika daaa....
 tu baru soh wat bahagian dapur..
belum lagi 1 rumah..
mau2 sebulan kot baru siap..
hahahaha...

ampun puan.. pelan ni sangat huduh...
almaklumlah.. saya bukan arkitek..
arkitek pon gelak guling2 3 hari 3 malam tengok pelan saya ni...
huhuhu...

hmm... ngantuk!

11 November 2011

11.11.11

Assalamualaikum semua..
(wah... dah lama tak mula entry dengan salam.. hehehe)

cantik kan tarikh hari ni....
hehehe..
tapi jangan tanya aku kenapa aku wat tajuk 11.11.11...
takde apa2 kaitan pun dengan aku..
cuma aku bersyukur,
sebab pada tarikh hari ni,
aku masih lagi diberi kesempatan oleh Yang Maha Esa,
untuk bernafas dan meneruskan kehidupan..
Alhamdulillah..

oh ye,
hari ni, takde la spesial apa2 bagi aku..
orang lain mungkin ya...
oh...... hari ni,
hari ulangtahun kelahiran abah wana...
selamat hari jadi pakcik.. hehe..
(macam la pakndakbun baca blog aku kan..haha)

pastu...
oh......aku kan keja kat jpn..
jadi ramailah yang akan daftar kahwin hari ni..
siap hias2 dewan lagi..
dijangka lebih 100 pasangan yang akan berkahwin hari ni..
mesti meriah..

lagi....... hmm..
takde da kot.. cuma, hari ni hari jumaat..
esok hari sabtu.. yeay!! cuti...
hehe.. walaupun semalam aku dah cuti..

eh, lupe pulak..
hari ni, seksyen aku..
ada buat jamuan hari jadi untuk staf nya dari bulan 6 hingga 12..
ha.. tak paham la tu..

ok, aku sekarang pa dibahagian teknologi maklumat..
bahagian ni terbahagi kepada 3 seksyen..
dalam dalam setiap seksyen terbahagi pula kepada 3 - 4 unit..
dan dalam setiap unit pula terbahagi kepada beberapa sub-unit..
gila banyak kan.. hehehe...
(ala.. jabatan lain pun sama je...)

ok.. sebenarnya aku tak tau nak cerita apa..
hehehehe...

08 November 2011

OmBaK rinDu..

best la lagu ni...
sapa2 yang kuciwa dalam percintaan,
buleh la dengar lagu ni..
sangat mencengkam jiwa...
huhuhu....

lagu baru, dari Hafiz dan Adira..
soundtrack untuk filem Ombak Rindu
lakonan Aaron Aziz, Maya Karin & Lisa Surihani tu...
nanti cari la sendiri ea lagu ni..
hik3..

Lirik - Ombak Rindu

Adira :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

Hafiz :
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cinta ku

Adira :
Malam kau bawalah rindu ku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia dihatiku

Adira & Hafiz :
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Hafiz :
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira :
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku

T_T

04 November 2011

aKu suKa beRaDa di KaLanGan kaMu2... (^_^)

hehehe... rajin tol aku kelebek gambar2 lama pagi2 begini....
haaa.. nak kata aku takde keja la tu..
aku baru je lepas mengemas..
almaklumlah... baru je berpindah randah..
barang2 bos semua sudah settle..
tinggal bersih2 kan tempat aku je..
(haisshh.. mana la akak cleaner ni... hmm..)

hmm.. banyak jugak gambar2 dalam external hardisk aku ni..
kalau hilang external hardisk ni,
mau meraung 3 hari 3 malam aku... huhu...

satu persatu folder gambar aku bukak..
dari zaman2 poli lagi..
sampai la sekarang..

dalam banyak2 gambar ni,
baru aku perasan... (perasan tak sudah!!)
aku suka la gambar yang aku ni berada kalangan kawan2 atau family..
ala... dalam erti kata lain,
aku suka bergambar beramai-ramai.. (motip?)

hehehe.. biasalah..
dah nama pon orang besau... (gemok la.. xkan xpaham..)
jadi, macam best je menyelitkan badan aku yang gumuks lagi gebus ni,
di celah2 orang ramai...
hahahahaha....
terasalah diri ku dihargai kecik sikit... haha..

tah pape tah aku ni... hehe.. (^_^)

dolu2 di poli..

ce cari mana aku? kih3...

see... nampak ke'buddy'an nya... sesama pakai baju warna biru... hehehe....

best tol time ni...  men masak2... hehe.. asap tu berjaya mengaburi juga badan aku... hahaha...

motip? hahaha... aku tengok Yan sgt kusyuk di belakang.. kah3...

dalam tempoh 3 tahun ini...

yang ni memang aku sengaja je nyorok kt belakang timah.. hahaha..

nyorok lagi.. hahahaha..

baru aku perasan gambar ni.. ni masa ktorg main futsal sukasuki.... kih3...

hitam putih kehidupan kekdahnye... hehe...

haaa... cuba cari mana aku... atau korang cari diri korang sendiri....(utk x-student JP poliPD) hahaha...

banyak lagi...

kenangan bersama Sepah.. Jep je xde.... tinggi mak aii la ko ni Mamat...

aku di belakang lagi.. hehe.. xdela.. kang aku dok depan abes sume orang aku tutup... kena marah lak kang.. huhu....

di Stadium Bukit Jalil_Konsert Final AF8

di hari persandingan timah.. suka nya tengok gambar ramai2 gini.... teringat kat kengkawan.. huhu....
with my siblings...

di MP

di Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor, Muar.... (betul ke aku eja ni..? huhu.. orang Muar, kalau salah jangan marah ea..)

seronok kan bila bergambar beramai2..
terasa kemeriahan nya..
terasa keriangan nya..
lagi2 dengan orang2 yang kita sayang...
terserlah kasih sayang.. (cewah2)
tu sebenarnya motip yang aku nak katakan..
bukanlah aku nak sorok badan aku ni..
motip tak baik tu.. hahaha...
siapa rasa hidup bersendirian tu best?
aku tak reti.. dan memang tak boleh hidup tanpa orang2 yang aku sayang...
sebab tu aku kata tadi,
aku suka berada di kalangan kamu2...

03 November 2011

baRu terSedaR..

hmm.. aku baru tersedar..
bila aku ada mood nak bercerita,
entry aku mesti panjang lebar...
huhu.. kot2 la ada sesape yg muntah ijau
bila baca entry aku yang melalut ke laut sume..

hmm.. arini, xde mood..
jadi, entry nya pon panjang sejengkal je la..
aku xde mood sebab asyik risau..
apesal dengan kepala aku ni yang selalu sangat sakit..
nak tido pon tak lena, serba tak kena...
huh......... -_-'

02 November 2011

Allah seLamaTkan kaMu... aDikKu..

di pagi dan hari yang mulia ini..
bersempena 6 Zulhijjah 1433 H..
aku ingin menyanyikan satu lagu,
khas untuk adik lelaki aku..
yang semakin meninggi dari aku...
huhu...

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan Muhammad Hafizin..
Allah selamatkan kamu...

hehehe...
hari ini, 2 November...
adalah hari lahir adik lelaki aku...
yang dah pon menginjak umur 16 tahun...
satu2 nya adik lelaki yang aku ada...
huhu...

ucapan untuk ko wahai pizin..
rajin2 la study ye.. tahun depan ko nak SPM..
ingat2 sikit.. jangan asyik nak mengadap laptop je..
main game la.. tengok bola la.. (tau la ko peminat MU...aku pon minat sikit2.. kui2)
bukak facebook sehari-harian la....
pastu kena marah sebab mengadap fb je,
ko keluar pegi CC plak (mentang2 CC belakang umah)..
tepuk kang!

pastu, jangan asyik nak bergaduh je ngan mak..
aku tengok, ko dah dapat dah skill2 berleter mak..
mak berleter, ko pon sama yek je nak berleter...
sakit telinga aku kalau dua beranak ni dah berleter...
huhuhuhu...

pastu.... pastu ape ek?
eh, aku lupa nak doakan untuk ko...
hehehe...
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
semoga jadi anak yang baik..
dengar cakap mak, ayah dan akak2 ko yang 3 orang ni..
jangan asyik buli dekya..

semoga tahun depan ko dapat jawab peperiksaan dengan baik..
kitorang tak harapkan ko dapat keputusan yang cemerlang..
tapi kitorang harap ko dapat keputusan yang membanggakan dari sebelum2 ni..
huhuhu...

pastu, nanti dah habis SPM,
ko mesti sambung belajar lagi...
kalau ko nak, amek kursus macam aku...
Kursus Sains Kesetiausahaan..
hehehe...
ko pon sekolah teknik kan... mesti dapat politeknik punya..
jadi kuatlah generasi kita adik beradik,
yang masing2 semua belajar di politeknik..
hahahaha.....
tapi, kalau ko dapat masuk Universiti..
lagi bagus... memang aku tabik spring toing2 la kat ko...
pastu aku akan taja duit poket ko kalau ko masuk U..
(tu kalau result semester ko adalah cemerlang ye...)

eh... melalut sangat dah...
ha.. tadi aku cakap, adik beradik aku semua belajar poli kan...
hehehe....
akak aku, aku dan adik aku no.3...
kami2 memang dapat poli je..
dah tu rezeki Allah dah bagi..
jadi, bersyukur la dari tak dapat sambung mana2 IPTA kan..
akak aku ---> Politeknik Dungun, Terengganu
aku ---> Poli... PD, Poli PD Poli PD, sekali sekala Teluk Kemang... hahaha...
adik aku no. 3 ---> Politeknik Merlimau, Melaka

meh2.. tengok adik lelaki aku ni..
dulu kecik2 kemetot jek..
aku selalu panggil dia pendek... hahaha...
sekarang, hamek ko..
dia lah yang paling tinggi dalam umah..
hehehehe...

pizin kanan paling depan... tengok.. pendek je kan.. hehe.... uit.. gambar aku time ni adalah masih kurus.. hehehehe...

gambar ni kurang jelas la.. tapi seingat aku gambar ni adalah gambar... 3 4 tahun lepas kot... hehe..

ok, ni gambar tahun 2008.. masih lagi kebudak2kan..

dan ni, gambar tahun 2010.... haaa.. lain kan.. tahun ni punya gambar, aku tak tau celah mana aku simpan... nanti da jumpa aku tepek kt sini k...

ok, itulah cerita adik aku...
hehehehe...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."