Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Ogos 2011

SeLaMat uLanGtahUn..

nampaknya aku dah terlewat 3jam 30 minit untuk wat entry khas..
khas untuk diri sendiri.. hehehe..
sebab banyak sangat benda nak kena buat..
almaklumlah.. nak raya..

oleh itu,
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran..
yang ke 23 tahun..
untuk diri aku sendiri..
iaitu pada 28 Ogos, semalam...

tahun ni, birthday aku tak bape seronok sangat..
ala, tiap2 tahun pun xpernah seronok..
tak pernah sambut pon...
selalu, aku yg beli kek atau beli hadiah utk diri sendiri..
almaklumlah.. diri belum ada orang nak hargai..
huhu...

tahun ni, aku takde la nak beli kek atau nak beli apa2 hadiah utk diri sendiri..
sebab.. ntah..
mungkin sebab dah berhabis untuk raya...
jadi, xpela... lain tahun la aku beli hadiah spesial utk diri sendiri..
hehehe..

jadi untuk sedapkan hati sendiri..
meh aku nyanyi lagu ni untuk diri aku sendiri...

Allah selamatkan aku..
Allah selamatkan aku....
Allah selamatkan hamba-Mu ini..
Allah selamatkan aku...

Ya Allah,
aku bersyukur kerana selama 23 tahun ini,
aku masih lagi bernafas di bumi-Mu..
Kau panjangkanlah umurku dan keluargaku..
permudahkanlah urusanku dan keluargaku..
murahkan lah rezekiku dan keluargaku..
berikanlah kesihatan yang baik untukku serta keluargaku..
dan teguhkan lah iman kami berpaksi atas agama-Mu..
sesungguhnya, Engkaulah yang Maha Pemurah,
Maha Penyayang, Maha Berkuasa
lagi Maha Mengasihani..
aminn..

*sesungguhnya aku menaip entry ini dalam keadaan yang sebak*
T_T

24 Ogos 2011

piSanG beRbuaH dUa kaLi..

hmmmm..
perkara yang terjadi pada aku dulu,
terjadi pula pada adik aku, KakCik...
huhu...
wahai adikku, sabor je la ye...

ni semua gara2 "baju" la..
hmm.. nak explain pon xboleh,
sebab melibatkan keluarga..

tapi, biasalah...
air dicincang takkan putus...
esok lusa baik la tu..

untuk adik aku,
pastikan esok lusa dah ok,
jangan jadi cam hakak ko ni..
derhaka sikit... seminggu mogok...
hehe...

tapi yang pasti,
tempoh seminggu itu adalah tempoh untuk melembutkan hati..
dan untuk meredakan keadaan..
bukan derhaka ye..
aku tau hukum derhaka tu..
berdosa besar...
atau pun, orang kata, diam tu lebih baik dari bercakap..
tak gitu.. hehe?

okla, sekian syarahan saya pada hari ini...
saya akhiri dengan wassalam...
dan...
peace yoo!! (^_^)

19 Ogos 2011

tiDak unTuk kaLi kE-3

fuhh... selamat aku arini,
tepat kol 7.56 aku sampai ofis..
sebelum ni dah 2x aku datang lambat..
jadi, aku tak sanggup dah nak lewat untuk kali ke-3..
huhu...

dok dalam putrajaya jgk..
tapi....... hmm.. cam hampeh je..
kadang2 keluar awal, bas pulak yg terhegehegeheh!
mcm semalam la.. kol 8.08 aku smpai ofis..

arini, memang silap aku..
mungkin kerana terlalu capek,
aku tak sedar dan tak dengar alarm handphone aku berbunyi..

lagi satu, aku rasa mcm orang blur..
bukak mata, tgok.. "oh.. awal lagi..."
konon2 nak sambung tdo balik..
tapi rasa nak terkucil la pulak..
bangunlah masuk toilet..

dalam toilet, blur lagi...
siap pikir... bestnya da ari sabtu..
boleh rehat puas2...

dalam sengih2 tu,
tetiba aku tersentak..
"eh.. bukan aku nak balik kmpg ke?"
kalau arini ari sabtu, patutnya aku dah berada kat kmpg la kan...
huhuhu...

cepat2 lari pegi tengok jam..
huwaaa.... hampir 7.30...
pe lagi... siap macam ribut..
dengan baju tak gosok lagi..
gosok pon alakad je... hehe...

gedebak gedebuk,
tunggu bas lagi.. huhu...
(doa2 janganlah bas datang lambat)
sampai ofis 7.56...
fuhhh.... lega...

jadi sekarang, pale aku pun pusing2...
dengan mengantuk, dengan terkejut lagi...
huhuhu......

16 Ogos 2011

tOLonG baYaR hUtaNg aKu!!!

nampaknya aku dah kurang bersabar...
hari baik bulan baik ni pon tak boleh menenangkan aku..
sebab aku dah lama bersabar..

KEPADA YANG BERHUTANG DENGAN AKU,
RM2K WALAUPUN HUTANG KAU LEBIH DARI ITU,
YANG LEBIH TU AKU KIRA HALAL LA KAN..
TAPI!! RM2K TU AKU TETAP NAK KAU BAYAR!!

JANGAN BUAT AKU MACAM PENGEMIS
NAK MINTAK KAT KAU TIAP2 BULAN..
KAU YANG BERHUTANG,
PATUT INGAT HUTANG KAU!!

AKU DAH CAKAP, KALAU KAU BAYAR RM50 SEBULAN PUN,
AKU TAK KESAH.. ASALKAN KAU BAYAR..
BUKAN AKU MINTAK KAU BAYAR LUMSUM PUN..
BAYAR ANSUR2 KAN..
TAPI KAU BUAT ENDAH TAK ENDAH JE..
SAMPAI LEBIH DARI SETAHUN, KAU BIARKAN HUTANG KAU MACAM TU JE..
KAU INGAT AKU NI APA?

AKU INGAT KATA2 KAU KAT AKU..
KALAU TAK INGAT MEH AKU INGATKAN BALIK..
KAU KATA KALAU KAU TAK BAYAR,
KALAU KAU MATI, ROH KAU AKAN TERGANTUNG..
TU KAU YANG CAKAP SENDIRI, BUKAN AKU..
JADI AKU TUNTUT KATA2 KAU..

SEBELUM NI AKU BOLEH BERSABAR,
TAPI SEJAK2 NI AKU ASYIK TERSEREMPAK DENGAN KAU,
BERSHOPPING ADA DUIT PULAK..
HUTANG AKU? TAK NAK PULAK KAU BAYAR..

AKU AKAN BAGI LAGI TEMPOH UNTUK KAU..
AKU AKAN SELALU DOAKAN KAU PANJANG UMUR,
SEBAB KAU PERLU HABISKAN BAYAR HUTANG KAU KAT AKU...
AKU AKAN SELALU DOAKAN KAU PANJANG UMUR,
AKU TAK NAK APA2 JADI KAT KAU DI KEMUDIAN HARI
SEBAB KALAU KAU TAK BAYAR, AKU TAKKAN HALALKAN...

------------------------------------------------------

Ya Allah Ya Tuhan ku..
Kau lembutkan lah hati hamba-Mu yang berhutang dengan ku Ya Allah..
berikanlah kesedaran pada dia..
dan ampunkanlah dosa2 ku..
kerana aku juga manusia yang lemah tiada daya...

12 Ogos 2011

Laaa... MaMaT ruPe nYe...

hehe..
dulu aku pernah buat entry pasal si cantik manis Fida kan...
pasal dia tengah mengenal hati budi seorang pelawak..
last2 dapat tau jugak..




kalau nak tau cerita nya, meh la klik kat SINI... tak pun, boleh klik SINI...
haha.. aku ni sibuk baca gosip artis kan..
xdela.. saje baca2... wat tambah pengetahuan..
hahahahaha...

Mamat, ko jaga la Fida bebaik ye...
jangan main2 kan dia.. sebab aku peminat Fida tau..
ingat tu.. hehehe...

dan untuk peminat2 Fida yang lain,
bolehlah tonton drama beliau di TV3..
iaitu Kasih Alia
setiap hari Isnin hingga Khamis,
jam 7.00 malam.. jangan lupe ye..
hehehe.. (promote pulak)

peace yoo!!



sumber : izyan.com / kopipanas2u / mstar online

11 Ogos 2011

biLa aKu takDe keJa


mereka adalah kegilaan aku sekarang...
hehehe...
walaupun ini adalah cerita semata-mata..
tapi aku harap aku akan jadi seperti mereka....

aku berharap Allah bukakan hati aku untuk jadi seperti mereka..
T_T

bErNasiB baiK daLam kEcuaiAn.. T_T

kalaulah hilang.......??
huhuhu.... huhuhu...... sob..sob.... T_T

hehe.. nangis dulu sebelum cerita..
amacam? nampak gempak tak ayat bahasa melayu aku pada tajuk entry di atas?
macam boleh buat novel...
hehe...

kecuaian...
ye... kecuaian... sangat cuai aku ni...
dan kecuaian aku ni, sangatlah menyusahkan orang lain..
huhu... ampun ya kawan2...
sebab asyik menyusahkan korang je..

dulu..
eh.. ke nak cerita pasal semalam?
cerita pasal semalam dulu la... hehe..

semalam,
aku telah mencuaikan diri buat kali kedua...
dengan mencicirkan handphone aku...
cicir dimana tu?
ok, aku cerita.....

semalam, aku pingin bangat mau makan ayam golek..
jadinya, aku ke bazar ramadhan,
mau mencari ayam golek itu...
dan menjadi tabiat buruk aku,
aku akan pegang handphone dan pas kerja aku bila nak keluar ofis..
(pas kerja tu pon ada sejarah nya tersendiri..)
dan bila aku dah masuk kereta,
baru aku akan masukkan kedua2 benda alah tu ke dalam handbag..

nak dijadikan cerita..
mungkin terlalu teruja ke bazar,
sebab pertama kali dalam bulan ramadhan ni aku jejak kaki ke bazar...
aku tak perasan pun, yang handphone aku terjatuh masa aku turun dari kereta..
bila sampai rumah, konon2 nak mandi..
nak dengar lagu..
pergi la mencari handphone dalam handbag..
eh2.. xde....
tapi pas kerja ada......
"ahh.. xpela... mandi dulu la..."

lepas mandi, aku mencari lagi..
xde jugak... lepas solat asar,
aku turun bawah, cari kat kereta...
cari punya cari punya cari..
tak jumpa jugak..
tertinggal kat ofis kot.. hmm.. sedapkan hati je tu..

sampai la ke malam, hati aku xsenang..
sebab rasa aku ada pegang handphone masa turun lif nak balik..
jadi aku musykil sekejap... huhu..

dalam pukul 10 lebih gitu,
ada orang call handphone wana..
kata dia, dia jumpa handphone aku kat parking bazar..
huhuhuhu....
tak pikir dah, terus gasak wana,
ajak pegi ambil handphone... kat KDN orang tu keja..
haa.. pasal kat KDN tu, mayb wana nak cerita kot..
hahahahhaha...

huhu... syukur sangat2..
ada jugak orang nak pulang balik handphone aku..
masih ada lagi yang baik hati kat dunia ni..
aku tak kesah handphone tu hilang..
tapi aku sangat kesah dengan simcard aku..
banyak woo no.. no kawan2.. no orang ofis...
boleh gila aku kalau hilang..

dan kes pertama kecuaian aku..
pasal pas kerja aku..
aku pegang, letak kat seat tepi aku dalam bas..
pastu tutup pulak dengan handbag..
nak turun, angkat beg, tapi tak perasan pas kerja kat bawah beg..

dah turun tangga menghala ke rumah,
baru aku teringat..
nak kejar bas balik dah tak sempat..
jadi malam nya,
aku pegi kat tempat pengurusan bas nadi,
buat aduan..

yang ni lagi gila..
selalunya nak detect bas melalui tiket kan..
haaa.. ni benda paling bodoh aku buat..
dah takde kerja dalam bas tu,
aku boleh plak koyakkan tiket bas aku..
separuh je.. separuh lagi simpan dalam beg..
sekali bila orang nadi mintak tiket,
bahagian yang dah dikoyakkan tu betul2 kat maklumat bas tu...
huhu.. sengal betul aku...

meroyan la aku, bawak dak2 rumah tu..
heret diorang pegi psentral.. pastu diorang balik ambik tiket..
tiket pulak macam hampeh..
pastu heret pegi balai polis nak buat report..
kena maki dengan driver bas hampeh kedaung kuang ajar...
pastu heret pegi depoh bas..
kot2 bas dah masuk depoh untuk pembersihan.. dan terjumpa pulak pas kerja aku...
tapi hampa belaka..
heret sana sini naik bas pulak tu..
huhu... ampun kawan2...
sesungguhnya aku telah banyak menyusahkan korang... huhu... T_T

esok pegi kerja dengan perasaan sebal nya..
tup2.. orang PRO call kata ada orang hantar pas kerja aku...
dia kata jumpa dalam bas...
huhu.. sekali lagi syukur...
sesungguhnya Tuhan je dapat membalas jasa mereka2 yang dah berbuat baik..
termasuk kawan2 aku....

oh ya.. aku lupa,
aku pernah 'ter'tinggalkan beg kertas berisi 2helai tudung..
konon2 nak pilih salah satu..
tapi terus hilang kedua2 nya...
xpasal2 kena bayar untuk dua2 tudung..
hampeh!!! aku la yang hampeh tu... huhu...

belum lagi tertinggal payung dak moos
kat tempat tunggu bas depan pasar malam..
huwaaaaaa..... terbukti kehampehan aku..

jadi, peringatan untuk diri sendiri..
"apasal la ko ni cuai sangat liana oiii??"
(sambil tepuk dan tunjal2 dahi sendiri)
huhu...

peace yoo!!

09 Ogos 2011

aLhaMduLiLLaH...

syukur.... Alhamdulillah..
tahun ni kakitangan kerajaan dan pesara
akan dapat bonus separuh gaji
sebelum hari raya Aidilfitri...

fuhh... lebih RM500.00
Alhamdulillah...
tapi tak la sampai RM1000.00,
sebab gaji pokok aku pun bukan la banyak sangat..
bolehlah......

dapatlah aku bantu adik beradik aku..
yang semuanya tengah belajar lagi..
untuk beli barang2 menjelang hari raya ni...
huhu.. aku sorang je yang tengah bekerja..
xpela... esok korang dah keja,
jangan tak reti2 nak tanggung aku pulak..
huhu... sadis pernyataan ku ini...

pada tok' najib,
peace yoo!!

04 Ogos 2011

mUraH nYa aiR maTa iNi...

aduhai...
semenjak 2 menjak 3 menjak ini...
mata ni senang betul digenangi air mata...
bila teringat benda yang menyedihkan, nangis..
bila teringat benda yang menggembirakan pun, nangis..
nangis sebab benda yang menggembirakan tu,
adalah kenangan..
kenangan yang takkan terjadi lagi selepas ni..
bila terkenang, mula la air mata aku ni meleleh..

agaknya bulan puasa ni,
hati aku semakin sensitif agaknya..
penyakit 'murah air mata' ni,
bukan baru je terjadi...
dah memang dah jadi habit aku sejak kecik lagi...
cuma sejak 2 3 tahun kebelakangan ni,
kurang sikit la... sebab aku tahan dulu..
satgi masa mandi, aku nangis la puas2..
so.. xdela orang perasan.. hehehe...

dengar berita yang menggembirakan lagi terharu.. meleleh air mata..
dengar berita sedih, lagi lah meleleh air mata kan..
baca surat khabar pon, berita sedih... hmm.. bergenang air mata aku...
tengok drama/filem pon bole nangis..
kalau marah membuak2... bukan pegi maki hamun sumpah seranah bagai..
ni, air mata ni yang turun dulu... huhu...
camane tu? aku dah cuba control..
tapi benda ni boleh control ke...?

teringat masa sekolah menengah dulu..
member2 baik aku memang dah tau penyakit 'murah air mata' aku ni..
boleh pulak nak sakat aku depan cikgu..
"cikgu, Liana ni cengeng sikit..."
dengan automatiknya, keluar je air mata ni..
bukan kena marah pon... huhuhu...

ni, aku taip camni pun boleh sebak...
bulan puasa agaknya...
huhuhu...

selalunya.. bila jadi camni..
aku mesti rindu kan seseorang atau sesuatu...
sebab tu la.. nak meleleh je air mata ni..

aduhai mata... ape lagi nak kata...
peace yoo!! je la...
huhuhu...

02 Ogos 2011

mUda2 da jaDi daTuK..

amboi.. muda2 lagi dah jadi datuk...
ni bukan Yang Berhormat Datuk..
tapi datuk kepada cucu-cucunya...
hehehe..

meh baca sikit...


LONDON - Datuk termuda di Britain,
Shem Davies yang berusia cuma 29 tahun memberitahu,
dia akan membantu anak perempuannya,
Tia dan teman lelakinya, Jordan untuk meneruskan
kehidupan mereka, lapor sebuah akhbar semalam..

Pada awal bulan lalu, Tia yang berusia 14 tahun
melahirkan seorang bayi perempuan, Gracie..
hasil hubungan intimnya dengan teman lelakinya
yang berusia setahun lebih tua...

"Pada awalnya, saya agak marah apabila mengetahui anak perempuan
saya mengandung.  Namun kemarahan itu beransur hilang",
kata Shem.

Malah Davies dan bekas kekasihnya yang berusia 30 tahun,
Kelly John iaitu ibu Tia,
kini gembira dengan kelahiran cucu mereka.
"Saya menerima semua yang berlaku dengan positif,"
kata Davies.

Sementara itu, Jordan yang menduduki peperiksaan
beberapa minggu sebelum Gracie dilahirkan memberitahu,
dia sedar tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.
"Saya ialah ketua pasukan ragbi sekolah saya.
Ia seperti memiliki 14 orang anak,"

hai la.. macam2 zaman sekarang ni..
mana anak tu tak ikut, si bapa pon sama yek je...
mana tak tumpah kuah kalau ke nasi..
gitulah pepatah melayu mengatakan.. hehe..

nak baca lagi tentang ni, rajin2 lah klik kat SINI..

apa2 pon, macam biasa la..
peace yoo!!

01 Ogos 2011

HaiHhh.. maCam-maCam...

hmm.. macam2 perkara terjadi sejak2 ini..
bukan saja untuk diri aku..
tapi juga sekeliling kita..

contohnya,
berita tentang Khairul Fahmi Che Mat yang telah pun memutuskan tali pertunangan beliau..
ok, aku bukan nak nyebok ke ape...
tapi macam2 cerita yang aku baca..
di fb, blog2...
macam2 komen, macam2 pendapat..
bagi aku, biarlah diorang settle kan hal diorang dulu..
kita ni, tak payah sibuk2 hal orang..
buat macam2 spekulasi..
bila semua dah tenang, mesti akan ada satu keputusan...
jadi kita tunggu dan lihat je la..

kemudian, berkenaan Asyraf yang ingin menukar identiti jantina pada mykad,
meninggal dunia pagi semalam, ke kelmarin...
Innalillahi wa innalillahirrajiun....
semoga roh beliau dirahmati oleh Allah..
tentang isu ni, rasanya, memang takkan dipersetujui..
sebabnya, kita taknak nanti, bila sorang lepas,
yang lain pun akan sama buat permohonan tukar identiti jantina..
aku tak nak la menyalahkan sesiapa dalam hal ni...
mungkin kita sepatutnya balik semula pada hukum Allah..
kalau kita masih ada iman dalam hati kita,
kita akan tau, benda ni betul atau salah..
dosa atau tak.. jadi pikir2 kan lah..
kita doakan saja dia tenang di sana...

lagi,
haih.. banyak la..
takkan aku nak tulis satu2 kan..
dengan malaysia tak layak ke pusingan ketiga kelayakan piala dunia 2014..
(ok, aku sekarang adalah peminat bola sepak negara hokey.. hehe)
dengan kemalangan bagai sejak seminggu ni..
kalau bab dunia tu, aku tak bape minat nak baca..
sekarang, hiburan aku dah kurang baca..
bila ada benda menarik je aku baca..
yang penting, baca sukan dulu.. hehehe..

ok, tentang diri aku..
Alhamdulillah... 1 Ramadhan hari ini..
dapat juga aku berpuasa..
walaupun hanya minum setengah cawan susu waktu bersahur...
begitu lah lumrah kalau duduk bujang ni kan..
tapi.... ingat esok nak rajin skit..
atleast, mkn la sesenduk nasi kan..
takdelah aku jadi kurang bermaya macam hari ni..

dah la aku keja turun naik turun naik tingkat 4 ke 7, 7 ke 4..
dah macam apa dah.. penat wei..
sebab hari ni ada majlis kelolaan biro aku..
dah 3 minggu aku kerisauan pasal ni..
dan hari ni.. alhamdulillah..
selesai juga...
lepas ni boleh tidur dengan tenang dan aman nya..
(jgn 'tidur terus' sudah la ye.. huhu... tapi Alhamdulillah.. 'tidur terus' di bulan Ramadhan)

selamat berpuasa ye kawan2 semua..
dah plan ke menu apa untuk juadah berbuka...
ingat ye.. jangan membazir...
bersederhana je... itu lebih baik..
kang dah banyak2, tak termakan pulak..
lepas tu.. tak terlarat pulak nak solat..
solat wajib pon tak terlarat, solat terawih ape tah lagi kan..
hehehe..
harap2 aku pon bersemangatlah nak terawih tahun ni..
aminn..

ok, kawan2..
peace yoo!!

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."