Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

29 Julai 2011

xPe... akU teTap MenYokoNg!!

seperti yang semua sedia maklum,
Harimau Malaya tak dapat mempertahankan Malaysia
untuk layak ke pusingan seterusnya..
takpela... bukan rezeki..

yang aku tak paham,
kenapa HM kali ni tak segigih semasa di singapore..
kali ni, macam..... bukan hilang fokus,
tapi macam... ntahla..
aku bukan pengulas sukan,
jadi aku tak bape tau istilah yang sesuai untuk diberikan..

dengan kekalahan agregat 6-4
Malaysia tak berpeluang ke pusingan seterusnya,

malam tadi, yg aku nampak bermain cemerlang,
adalah Khairul Fahmi Che Mat..
nampaknya dia dah menebus balik semangat yang luntur,
walaupun kalah kali ni..
(aritu aku hangen ngn KFCM masa perlawanan dengan..... mana ek? aku lupe.. hehehe... dia mcm tak fokus dan biarkan 3 gol lepas macam tu je..)

aku kesian dengan Safee Sali,
nampak sangat dia je harapan nak sumbang gol..
pengulas sukan pon ada cakap,
dia takde backup nak bantu dia...
tapi tahniah.. 3 gol untuk kedua2 perlawanan...

dengan pemain singapore yg mengada2 lebey...
banyak berlakon.. banyak lengahkan masa..
sampai masa pertukaran pemain,
ada sorang pemain malaysia, (ala.. xingat nama..)
tolak pemain singapore tu ke tepi padang,
supaya cepat, sebab dia dok terhegeh2..
saje nak melengahkan masa..

soryla orang2 singapore...
pemain korang memang profesional..
tapi gaya korang langsung tak profesional beb..
jatuh sket, tapi berguling macam kena tolak ngan 10 pemain..
bila tgok balik, diorang jatuh sebab salah sendiri..
aiiihh.. geram la tengok pemain korang..

takpela.... lain kali cuba lagi ye Harimau Malaya..
aku tetap menyokong korang!!

peace yoo!!

27 Julai 2011

kEtiKa CinTa bErTasBih..

sejak 2menjak 3menjak ni..
okey, aku tipu..
hehehe..
sejak aku ter'menonton' filem KCB ni di astro...
aku terus jatuh cinta..
yuuewwww... hehehe..

sekarang, sinetron KCB ni tengah dimainkan di astro...
astro indopek tu.. aku xingatla..
bintang ke pelangi...
tapi yang aku ingat, saluran 141..

aku bukan takat jatuh cinta dengan cerita ni..
tapi jatuh cinta dengan pelakon2 nya sekali..
hehehehehe...

yang paling aku minat,
walaupun 1 jam tu, kengkadang je muka beliau keluar,
tapi aku tetap suka..

andi arsyil rahman putra atau ustaz furqan...
alahai.... hensemnya... cair aku...

dan... pelakon2 utama dalam KCB ni..
pon aku minat jugak..

kholidi asadil alam atau ustaz khaerul azzam


oki setiana dewi atau ustazah anna

kisah sangat menarik..
banyak kepada hubungan suami dan isteri..
yang menariknya,
pelakon-pelakon KCB ni tau batas-batas mereka..
tidak bersentuhan kulit pon..
walaupun dalam cerita ni diorang adalah suami isteri..

jadi, peminat-peminat KCB,
jangan lupa menonton sinetron ini,
isnin hingga jumaat,
jam 10.00 malam,
di saluran astro 141..

peace yoo!!

22 Julai 2011

mUdaH jE nAk hanGen..!!

aku sekarang ni..
cepat nau nak naik hangin...
pastu penyakit sekarang,
kalau marah je, nak baling barang..
lama2 punah barang2 aku..
huhu..

yang selalu buat aku naik hangin,
ni... komputer kat ofis..
kemain lembap nak **m*o*
kalau bukak internet lagi la..
kadang2 2 3 minit aku menunggu benda alah ni nak respond..
tak naik hangin ko?

mouse ni dah banyak kali kena hentak2..
geram!! lembap sangat...
tadi aku dah rasa nak hentak keyboard ni,
tetiba bos masuk.. terus tak jadi...
kengkadang tu rasa nak tolak je monitor ni jatuh ke bawah..
tapi ni bukan hak aku.. hak kerajaan..
karang tak pasal2 dikenakan tindakan merosakkan harta kerajaan...

pastu sejak pakai enpon yang tak berapa baru ni..
line asyik bermasalah je..
yang bermasalah tu line dia, tapi sebab aku da geram,
aku baling enpon tu..
berlambak atas lantai..
terkeluar bateri semua...
puas hati!!

uisshhh... teruk benar dah aku ni..
tapi kalau aku tak wat camtu,
aku rasa marah tu membuak2,
mendidih2 sampai menggeletar tangan ni...
sebab tu laju je tangan ni capai apa yang patut,
pastu campak ke lantai atau dinding..
terasa macam aku campak kemarahan aku keluar dari badan aku ni...
dah campak... fuhh... lega..

aku tau, tak baik wat camtu..
kena selalu istigfar banyak2..
tapi tu la.. tindakan luar kawal...
tau2 aku dah baling atau hentak barang tu..
kalau tak dapat, aku hentak kaki aku kat lantai ni..
sambil jerit.. eeeeeee...geramnya!!!!
huhuhu...

ada pape cara tak supaya aku dapat kawal penyakit naik hangin aku ni?
huhuhu...

SeKaLi LaGi

korang tau kan tentang filem ni...
dah tengok?
aku dah tengok da... beberapa minggu yang lepas..
dan aku rasa filem ni dah habis ditayangkan kat pawagam..
sebab dah masuk astro first...

kat ofis ni, ada orang rajin dok download filem..
pastu share dengan semua orang...
dari mana dia download atau dapat,
aku pun kurang pasti...

sekarang, dalam external hardisk aku ni,
dah lebih 50 filem + drama..
termasuklah filem tempatan, hollywood, bollywood, seberang...
reality tv dan macam2 lagi...
dan filem terbaru tempatan, kebanyakkannya aku dah tengok..
macam KL Gengster, 321 Cinta, Karak..
yang hollywood, Transformers..

oh ye.. kebanyakkan filem2 yang orang ofis aku share ni,
dari astro first..
sekarang kat astro (beyond) boleh record kan..

eh lupa pulak.. nak cerita pasal filem ni..
filem ni memang........ superb.. best gila..
hehehe...
aku suka sangat watak Sam dalam filem ni..
ada watak seorang pesakit Autistik..
(betul ke aku eja ni? ampunkan saya kalau salah ye...hehe)
dan ada juga watak seorang yang romantik..
huhuuuuuu..... sangat hensem..

si comel mia sarah pun..
aku suka sangat2..
dah la comel... petah bercakap...
setiap apa yang dia cakap buat aku tersenyum dan kagum..
(tetiba feeling2 macam nak anak macam mia.. hehe)

sebenarnya nak cerita,
hari2 aku dok melangok tengok filem ni kat ofis..
(bila takde keja la ye...)
tak bosan pon.. rasa hari2 nak tengok...
hehehe...

peace yoo!!

21 Julai 2011

FiDa deNgaN sanG jUaRa?

hehehe..
tetiba aku jadi wartawan hiburan pulak ye....
xdela.. saje nak share cerita ni..
dan dapatkan pengesahan dari orang yang terdekat...
betul ke gosip ni... hehehe..

menurut kata Zuan Bikin Panas Melodi,
Fida sedang mengenal hati budi seorang artis
yang baru sahaja menjuarai program realiti,
yang menentukan Juara antara Juara baru-baru ni....

rancangan apa memang tak dinyatakan,
kemusykilannya, mungkin Maharaja Lawak..
dan yang menang tu adalah kumpulan Sepah.
tak tau la sama ada Jep atau Mamat...
takkan Shuib pulak, dia kan dah kawin..
hehehe..

lagi satu, Mamat kan tengah couple dengan adik Rody Kristal..
jadi yang tinggal Jep je la..
Jep pon tak dengar lagi gosip kata dia bercinta dengan mana orang atau artis..
mungkinkah Jep?
cuba Puan Sepupu Jep bagi penjelasan sikit..
kot2 betul ke gosip ni..
hehehe..
kalau betul... wahh....
dapatlah aku jumpa Fida nanti..
yeayy... aku minat tau dengan Fida..
dah la cantik molek.. hehehe..

kalau betul, aku memang setuju la diorang bercinta..

peace yoo!!

DiA LaGi 'PanDai' daRi oRanG paNdAi

kengkadang aku pelik dengan orang yang berlagak pandai..
tapi dia bukan pandai sangat pun...
uppssss.... ok, ni bukan sesi nak kutuk orang,
bodoh ke tak bodoh..
bukan begitu ya kawan-kawan...
bukan....

istilah pandai yang aku gunakan ni,
adalah.....
pandai berkata-kata..
padahal apa yang dikatakan tu,
macam tak masuk akal pun ya..
atau senang cerita, dia bukan tau pun..
tapi buat-buat tau...
ada faham kah?
tak faham, buat-buatlah faham ye....
hehehe...

begini cerita nya,
menurut entry aku yang lepas-lepas,
aku ada cerita yang ofis aku ni sedang dalam proses pengubahsuaian..
omputih kata, renovation gitu...
jadi, aku dan bos telah berpindah ke bahagian lain..
nak dijadikan cerita..
apa orang cakap,
"apa yang tak boleh dalam dunia ni.. semua boleh"

beberapa minggu lepas,
ada orang maintanance datang check telefon,
apa yang dia tengok-tengok aku pun tak tau..
menurut kata orang tu,
dia nak set no telefon bos-bos ni ke talian asal diorang..
sebab waktu tu kitorang pakai no yang sedia ada dalam bilik tersebut...

bos yang sorang ni dah settle..
dia dah dapat guna balik talian asal dia..
jadi senang lah orang luar nak berurusan dengan dia..

masalah nya, bos aku punya,
diorang tak buat-buat lagi..
talian masih pinjam talian bilik ni..
bos-bos lain semua dah dapat balik talian diorang..
aku pun jadi tak sedap la,
bos aku dah tanya aku, bila no telefon nak ditukar..?
orang luar telefon asyik tak dapat je kan..
nanti diorang ingat bos aku asyik takde kat pejabat..
padahal, sekarang pakai talian telefon orang lain..

tadi aku dah ke tempat sepatutnya la,
tempat yang perlu aku pergi untuk bertanyakan hal-hal macam ni..
mesti la korang tau kan kat mana...
dan pegi kat orang yang mengetuai tempat tu..
bertanya bila talian telefon bos aku nak ditukar ke talian asal..

dia pun menjawab dengan penuh yakin lagi tawadduk gitu..
meng'explain' kat aku kenapa, bagaimana, bila, siapa dan sebagainya..
aku pun jadi pelik..
sebab dia guna istilah kena korbankan talian lain untuk sambung balik talian asal bos aku..
huhuhu....kelakarlah awak ni..

masalahnya sekarang,
bilik yang kami duduk dah tersedia telefon,
dan bilik yang kami duduk memang kosong tiada penghuni..
jadi kenapa pulak kata kena korbankan no lain untuk masuk no bos aku..
padahal bilik tu bukannya ada orang duduk..
kalau korbankan pun, tiada effect apa2 dan pada siapa2 pun..
nanti bila dah settle renovation,
bagi la balik talian telefon kat bilik tak berpenghuni ni..

kalau dia nak kata tak boleh,
kenapa bos yg lagi sorang,
yang duduk dalam bilik yang sama ni,
dapat balik talian dia?
kenapa bos aku tak boleh?
padahal duduk satu bilik, meja sebelah2...
camane tu?
logik ke tak logik?

aku ni takde telefon pun..
dan tak heran kalau takde telefon,
sebab 2 biji telefon bos2 ni pun aku tak cukup kakitangan nak mengangkatnya..
cuma telefon bos aku je la kurang berbunyi..
sebab bukan talian telefon dia..
jadi orang dalam ke, luar ke, susah nak contact dia...

masuk ni dah 2 3 kali jugak aku pegi jumpa dia..
bercakap benda yang sama...
bila dan bila dan bila....
sampai dah naik tebal muka aku nak explain kat bos...

jadi betul tak aku cakap tadi,
dia lagi 'pandai' dari orang yang pandai..

peace yoo!!

20 Julai 2011

maSaLaH yanG daTang iTu saTu uJiaN..

orang kata, semua masalah boleh diselesaikan..
betul.. tak salah pernyataan ni..

kadang2 aku selalu merungut..
kenapa masalah ni je yang selalu datang..
dalam banyak2 masalah,
masalah ni la yang jadi masalah paling utama..
masalah apa? tak perlulah aku huraikan kat sini..
semua orang ada masalah ni..

yang paling aku sedih,
masalah ni melibatkan keluarga..
kadang2 aku rasa diri ni tak berguna,
sebab tak dapat nak bantu..

tahun ni, masalah ni banyak mengganggu aku dan keluarga..
penat dah aku nangis bila terpikir pasal masalah ni..
tapi buat apa aku menangis?
air mata bukan boleh membantu apa2...
takpe, sekurang2 nya lepas sikit beban di dada...

mungkin Tuhan sedang menguji kami sekeluarga..
aku tak salahkan takdir..
mungkin bukan masa nya lagi...

masalah ni banyak buat aku menghargai apa yang ada dalam hidup aku..
tapi dalam masa yang sama, masalah ni juga banyak membantutkan keinginan aku..
takpela.. macam yang aku katakan tadi,
mungkin bukan masa nya lagi...

Dengan nama Allah ke atas diriku.
Dengan nama Allah ke atas keluargaku dan hartaku.
Wahai Tuhanku, jadikanlah aku redha dengan apa
yang telah Engkau berikan kepadaku.
Jadikanlah aku agar merasa cukup
dengan apa yang telah Engkau berikan kepadaku,
sehinggakan aku merasa tidak suka menyegerakan
apa yang Engkau tangguhkan
dan menangguhkan apa yang Engkau segerakan...

Wahai Tuhan yang Maha Besar,
Engkaulah Tuhan yang tidak mampu digambarkan kebesaran-Mu
oleh mereka yang menceritakan tentang-Mu..

T_T

15 Julai 2011

teRima kaSih baNyaK-banYak...

hujan lebat di pagi hari...
huhuhu...
aku hanya boleh pandang sepi je...
xpela.. lebat ke... gerimis dilautan ke..
nak tak nak, kena redah jugak kan...

kuatkan hati je,
meredah hujan lebat...
dengan angin tak berapa nak berbahasa sepoinya..
baru melangkah 5 6 tapak,
kain dengan kasut aku dah basah...
huhu..
camane ni?

aku teruskan jugak...
sampai blok A je aku berhenti...
huhu.. tak sanggup dah....
ni kalau aku jalan terus ni,
mesti basah lencun...

lebih 5 minit jugak la aku berteleku dalam parking blok A...
sambil2 doa, harap2 kejap lagi hujan reda sikit...
tapi macam takde tanda2 nak reda je...
renyai2 pon xpela...
janji aku boleh jalan....

tiba2.... ada sorang tegur aku..
"kak, akak nak ke mana?"
terdiam aku kejap..
"nak ke bawah"
sorang lagi dalam kereta pulak cakap,
"meh la nak tumpang, hujan ni.."
aku pon tak pikir panjang, terus angguk...

aku rasa diorang tu macam anak beranak..
sebab yang drive tu berkopiah, umur dalam 40an gitu..
yang tegur aku tu, nampak muda..
dalam lewat belasan tahun atau awal 20an..
dan aku agak dia nak pegi kelas...
sebab nampak smart je...

hmm.. yang buat hati aku sejuk tu,
budak tu siap la bukak kan pintu kereta untuk aku..
alorh2... baik nya ko dik..
suka akak...
budak ni memang sopan.. cakap pon lemah lembut je...

dah sampai bawah, aku mintak la encik tu berhentikan aku kat tempat biasa..
tapi encik tu kata, berhenti kat bustop la... hujan lebat sangat ni...
huhu... baiklah encik ni...
terus pegi 5R1, berhenti kat bustop situ...
sebelum keluar, "terima kasih banyak-banyak"

bersyukur sebab masih ada lagi orang yang baik...
tadi masa aku tengah berjalan dalam hujan sebelum sampai blok A,
ada kereta tu lalu sipi2 aku je, nasib baik takde lopak air..
dah la tak tumpangkan, sekali dapat dengan percikan air pulak..
yang tu memang dapat maki la kan di pagi jumaat yang mulia ni..
huhuhu...

14 Julai 2011

HaRimaU maLaya kU....

huhuhu...
wahai pemain2 bola sepak kebangsaan..
a.k.a Harimau Malaya..
jangan sedih2... walaupun korang dibelasah 4-0 dengan Arsenal..
aku tetap bangga dengan korang... hehehe...

aku... memang tak pegi tengokla..
walaupun sejak dua menjak tiga menjak ni..
aku minat dengan bola sepak..
hehehe...
ingatkan diorang nak tayang la kat tv..
xde........ huhu...
yela, tak adil la kot dengan orang2 yang beli tiket kan...

teringin nak pegi tengok bola kat stadium..
ada sape2 nak ajak aku g tengok tak?
hehehe... yang terdekat nanti Malaysia vs Liverpool kan?
xpela... yang tu mesti tak dapat punya..
Malaysia vs Singapura pon ok jgk....
hahaha... berangan!

tadi masa datang,
dalam lif, ada sorang pokcik ni..
dia sembang dengan member dia,
dia kata dia pegi tengok kat stadium..
ada ke dia kata pemain kita main macam budak kampung...
ceh.... hampeh je...
bukan nak menyokong pasukan sendiri,
mengutuk pulak dia..

okla..
untuk Datuk K Rajagopal..
janganla kecewa2 bagai...
yela, lawan kita tu adalah pasukan dari kelab Liga Perdana England..
kita patut bangga, walaupun kalah, dari situ pemain2 kebangsaan dapat pelajari serba sedikit corak permainan dan taktik dari Arsenal.. tak gitu? hehehe...

tahniah kepada S Kunalan,
sebab menunjukkan persembahan terbaik malam tadi,
harap2 lepas ni, corak permainan pasukan kebangsaan akan bertambah baik...

untuk pasukan Harimau Malaya..
dan peminat2 bola sepak kebangsaan...
peace yoo!!

13 Julai 2011

miMpi uLaR


KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!


malam tadi,
aku bermimpi....

ok, sebelum aku cerita,
aku tetiba rasa pelik..
kenapa aku asyik bermimpi tempat yang sama ek?
tempat tu, bukan la dekat dengan aku pun...
area rumah lama aku dekat KL dulu..
tempatnya adalah laluan aku bila aku nak pergi balik dari sekolah...
memang sunyi sikit laluan tu..
sebab belakang rumah flat 4 tingkat..

dah banyak kali,
tak kesah la mimpi baik ke.. buruk ke...
mesti kat area tu..
musykil sungguh....

okla...cerita dia macam ni...
aku tak tau aku nak kemana...
dan kenapa aku boleh berada dekat area tu..
tapi memang aku kena jalan situ untuk balik rumah (yang kt KL)
tiba2... aku nampak ular..
ular tu tengah menjalar.. slow je..
macam baru lepas makan...
aku tak tau ape yang ditelan ular tu...

tapi yang aku pelik..
ular tu pendek je...
adalah dalam panjang tangan aku ni..
(dari hujung jari sampai bahu)
pendek kan?
ular tu macam spesis ular sawa..
besar dia macam betis aku...
(mungkin sebab dia baru lepas makan)
tapi pendek.. tak ke musykil disitu...

aku pon, terkaku la kat situ...
biarkan ular tu menjalar..
pastu tak tau mana ular tu pegi...
konon nak jalan jugak la kat situ..
(tak takut pulak aku... kalau orang lain dah lari da...)

baru nak melangkah,
ada sekor lagi ular...
pun sama jugak..
ular tu pendek..
aku tenung dia, dia tenung aku...
huhuhu...

tiba2 ular tu macam nak serang aku...
aku terus capai kayu, konon2 nak pukul ular tu kalau dia serang aku..
tapi ular tu sembur aku...
aku dah takut da....

tak semena2...
tiba2 ular tu meletup...
dan daging dia berkecai.. berterbangan....
macam kena langgar..
(tapi tak nampak benda ape pun langgar dia..)
macam kena bom..
(tapi bila masa pulak ular tu kena bom)
ok.. jangan tanya aku...
memang aku tak tau..

yang aku tau..
tiba2 ular tu meletup,
daging dia berkecai.. dan berterbangan..
dia punya bersepai tu mengalahkan anaconda..
punya la banyak daging dia yang berkecai tu berterbangan..
padahal ular tu pendek je.. besar betis aku..
sekali lagi aku musykil..
(musykil bila da terbangun dari tidur.. huhu)

daging yang berkecai tu..
bukan daging + darah..
tapi benda melekit yang berwarna hijau...
macam shrek tu... huhu...
dah mengarut sangat dah mimpi aku ni...
haisshhh...

daging2 ular yg hijau tu,
melekat kat seluruh badan aku..
aku pon takut...... kot2 la ada effect apa2 kat aku..
terus aku lari pegi rumah kawan aku..
rumah kawan aku kat flat 4 tingkat tu la...
aku nak cuci benda yg melekat kat aku...
huhu......

tiba2 aku dengar bunyi ayam..
kok kok kok koooooookkkk.....
cehh.... tu bunyi alarm aku daaa...
hampeh..
sampai situ je mimpi aku...
hmmm.... tiada jawapan..

hari tu, ada sembang2 dengan mak dan mak ngah aku...
mak ngah aku ada cakap,
kalau kita mimpi ular..
jangan ingat mimpi ular tu,
kita nak dapat jodoh ke..
ada benda baik nak jadi ke...
mak ngah cakap, kadang2 mimpi ular tu,
tanda orang nak kenakan kita...
macam ilmu hitam..
hantar jin/syaitan untuk ganggu kita...

mak ngah pun bukan reka cerita..
dia selalu tengok rancangan ilmuan islam kt TV..
ustaz/ustazah dalam rancangan tu yang cakap camtu...
ada banyak tanda2 kalau kita rasa macam diganggu...
mak ngah siap bagi ayat2 lagi suruh aku hafal dan baca sebelum tidur...

malam tadi, sebelum tidur,
aku siap dah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi 3x,
dengan surah 3 Kul..
tapi dapat jugak mimpi bukan2...
huhuhu...

bukan la aku nak kena percaya benda2 macam ni..
terlebih percaya, syirik pulak jadinya..
walau apa pun berlaku, kita ada Allah SWT..
mohon pada Dia lah kalau apa2 jadi kat kita...

dalam mimpi ni, aku bersyukur sebab tak kena kejar dengan ular tu...
kalau tak... tak cukup tanah aku nak lari...
huhu...




KLIK CEPAT UNTUK BUAT DUIT!!

11 Julai 2011

HaTi maNyak mUngE-mUnge...

hai semua...
amboi, kemain happy nampak kan...
tapi sebenarnya, mata ni tengah mengantuk sangat la...
tak tau kenapa..
malam tadi dah tidur awal jugak rasanya..
11.30 masuk bilik, letak kepala terus lelap..
huhu...

ok2,
buang isu mengantuk di hari isnin...
(macam tak biasa kan...)
sepatutnya aku nak cerita pasal family dinner ari sabtu aritu...
tapi, gambar dalam external hard disk..
menda alah tu tak bawak pulak...
so...... esok la kot dapat cerita...

hari ni,
pagi2, masuk bilik je...
wahh... sejambak bunga atas meja..
cantik tersusun dalam pasu...
ooo.. ni bos baru balik dari cameron...
so, dia la kot beli... hehehe...

sambil tengok2...
sambil kagum2...
cantik nya bunga... huhu...

aku pon, yang agak serabai pagi tadi,
keluar balik pegi toilet, betulkan tudung...
balik bilik semula, eh.. bos takde lagi..
lama betul pegi beli makanan... hehehe...
aku pon duduk sambil pandang2 bunga tu...

tetiba, tak semena2...
aku terpandang tong sampah aku..
aik, pekebenda dalam tong sampah aku ni....
aku pon tenunglah tajam2...
sekali tengok, ehhh... bunga...
pesal duduk dalam tong sampah aku ni...
(dalam ati.. bos ke bagi bunga ni kat aku... tapi asal dalam tong sampah pulak)
xpela... wat dono je la... kunun2 tak nampak...
hehehe..

sekali bos masuk...
kemain ceria muka beliau.. hehehe...
yela, 3 hari tak masuk ofis.. bengkel kat cameron highland...
dok celoteh2 pasal beli bunga..
sekali dia pon cakap..
"eh.. tu bunga saya bagi kat awak... sory la letak dalam tong sampah.. sebab berair..."

heheheehe..
heheheeheheheehehe
(suka..suka...)

"laa.. saya tak perasan pun puan.." pandai aku berlakon...
kih..kih.............

jadinya, ini adalah jambangan bunga ketiga yang aku terima sepanjang hidup aku...
yang orang bagi la...
tak penah lagi beli kat diri sendiri... hehehe...

walaupun 3 kuntum je...
tu pon dah cukup bermakna.. hehehe..
sememangnya, aku suka fresh flower ni...
hidup dan menenangkan...

pink colour... hehehe....

rasa nak peluk2 je bunga ni... hehehe.... (tebiat)

tak lupa, teh dari cameron... thanks puan........ (^_^)

08 Julai 2011

aRini HaRi JaDi aDik bOngSu aKu...

Allah selamatkan kamu...
Alllah selamatkan kamu.....
Allah selamatkan adikku Noor Aliya binti Mohd Yusof..
Allah selamatkan kamu...

semoga ko cepat membesar ye dik...
jadi pandai sikit dari akak2 ngan abang ko ni..
jadi budak baik... jadi manusia berguna...
jangan nak manja2 sangat ngan mak...
cepuk kang...
hehehe...

dah 8 tahun dah budak kecik ni..
hehehe...
sekejap je ye...

dia ni lahir masa aku form 4..
masa kecik dia ni memang comel..
rambut dia aku suka...
halus je...

tapi ko ni comel masa kecik je dekya..
dah besar, masih mengkurus..
tak nak ikut jejak mencomel aku ni..
hahaha...
gigi pun dah lompong..
hahaha.. (kutuk adik sendiri)

budak sorang ni, adalah budak paling selamba dalam adik beradik aku..
selamba yang macam mana tu.. haa.. ni yang nak bagitau ni..
dia sorang je yang suka hati panggil mak aku dengan panggilan...
mak, mama, ibu, umi.. tukar ikut mood dia...
hahaha... sekarang ni, dia panggil mi (umi)
nyampah aku... huhu...

meh la usha sikit gambar2 dak kecik ni...
masa baby dulu aku takde la pulak gambarnya...
kebanyakkan nya hardcopy..
yela.. dulu mana ada pendrive, memory card bagai nk simpan gambar..
semua gambar, cuci then masuk dalam album...
nanti aku carik balik la...

ni kebanyakkan gambar yang ada pada aku...
dari usia dia dalam 2 tahun sampai sekarang....

ni gambar, akak aku tak senonoh pegi masukkan dekya dalam periuk.. hahaha... suka lak dia.... rebus betul2 kang baru tau... hahahaha.... masa ni dekya umur 2 tahun.. baru je pindah melaka time ni...

masa ni dekya 3 tahun...

teman bergaduh, bertumbuk, sepak terajang... hahaha... dengan abang dia, Pizin

ni aku tak ingat la pulak umur berapa... hmm....
 
suka wat muka camni bila amek gambar..
orang-orang kata, muka dekya ni rupa along aku...
kalau ikut muka abg dia, memang takde rupa la kan...
cer tengok muka aku ngan adik aku no. 3 ni...

xde rupa kan... hehehe....
cer pulak tengok akak aku pulak....

rasa macam ada rupa sikit... hehehe...
ada satu benda aku nak kongsi disini...
hehehe...
kalau nak tahu, adik beradik aku memang suka bergambar...
macam2 pose yang akan dibuat masa bergambar...
aku pun sama yek jugak...
sebab tu orang dok kata, aku kalau bergambar, memang suka berlakon...
tapi pandai berlakon je la.. pose xbape sangat..
pose2 ni, bagi kat akak ngn kak cik..
aku, pizin ngan dekya suka wat muka comel je...
hakhakhaktui...

kalau aku, pizin dengan dekya,
contoh nya macam ni la....

see... tp aku tengok gambar ni macam aku mengandung... hahaha.. perut xagak2 membuncit.. agaknya kalau aku mengandung, macam tu kot comel nya.... hakhaktui.. perasan!!
 
kan dah kata, diorang pandai wat aksi comel lagi berbahaya je... betul2 masuk sungai tu baru tau.... hahaha... ni gambar tahun ni....
kalau akak aku ngan kakcik....
tengok ni..

yg sorang lagi tu sepupu, terpaksa melayan kerenah kanak2 ribena dua orang ni... hahaha....
nak yang paling teruk sekali....

hamek ko.... aku memang xtermasuk la dalam gejala kurang sihat ni.. sebab nya termampu nak melambung lemak di badan.... hahahahha....

apa-apa pun,
aku tetap sayang adik beradik aku....
hahaha....

ok, last but not least..
bukan peace yoo ea...
kang ada lak wat gosip kata aku suka AC..
ni nak tunjuk gambar paling aku suka seumur idop aku...
hehehehe...



peace yoo!! hehe...

07 Julai 2011

iNi bUkan sEjaraH munGkin beRuLang... hehe...

hai...
aritu aku ada cerita kan..
harini dalam sejarah, yang aku dok sebilik dengan bos aku sebab bilik kitorang dalam proses pengubahsuaian...
tapi sejak semalam,
lain pula cerita nya.. hehe..

oleh kerana ketiga2 bilik bos dan PA telah dipecahkan...
jadi, kitorang terpaksalah mencari port lain...
yelah, takkan nak dok situ lagi...
kontraktor sibuk ke hulu ke hilir,
kitorang pulak terkebil2 buat kerja kat situ..
huhuhu... macam kelakar la pulak bila dipikirkan...

setelah berusaha mencari tempat sementara,
aku dengan bos AKHIRNYA dapat duduk 1 bilik di bahagian lain di tingkat 7..
sekali lah dengan bos bilik sebelah..
dia takde PA,
jadi kami bertiga duduk sebilik...
bos lagi sorang, bersama PA beliau telah mendapat jemputan ke tingkat 3...
(untung kalau staf sayang kat bos kan... hehehe)
hari2 aku lepas ni,
pagi datang, punch in kat tingkat 4..
pastu baru pegi tingkat 7..
nak balik pon sama, punch out dulu kt tingkat 4...
macam tu la hari2 aku selama kemungkinan 2 bulan ni..
hmmm....

dok berdua pon dah segan,
ini kan pula bertiga...
ayooo.. manyak segan maaa....
ni depa takde...
buleh la berangan bilik ni aku punya...
(da macam bos daaa...)
hahahaha...

ape2 pon,
macam biasalah....
peace yoo!!

baNg banG bOOm!!

haa.. malam tadi,
berbekalkan maklumat dari timah dan uda beliau,
aku pon menunggu la saat rancangan ini ke udara..
pukul berapa aku tak ingat la pulak..
sebab aku banyak tukar2 channel..
kejap tengok mami jarum kat astro prima (kot)
kejap tengok cinta satay kat astro warna..
kejap channel tu, kejap channel ni...

masa mula2 start bang bang boom ni aku tak tengok..
sebab aku nak tengok part yang last tu..
yang diorang bang bang boom kan artis...
hehehe..

cerita mengenai Fida Ibrahim,
ala... yang berlakon jadi Cikgu Shuhada tu..
dia ni telah dipinang oleh wartawan Melodi yang bikin panas tu...
si Zuan tu..
tapi rupa2 nya, si Zuan tu nak bang bang boom kan Fida...

sedih la teman tu...
ingat kan betul2 si Zuan tu nak pinang dia...
dan dia pon dah setuju dengan pinangan tu...
last2 tetiba si Zuan tu kata,
semua ni lakonan je, Fida dah kena bang bang boom...
huhu.. sadis sungguh bunyi nya...

kalau kena kat aku,
memang aku dah halau dah orang camtu...
hati dan perasaan dibuat main,
depan2 family pulak tu...

tu episod minggu lepas...
aku pon tunggu lah episod minggu ni...
(boleh lak wat sambungan.. kasi suspen je kan... huhu)

sambungan malam tadi,
si Fida tu terus sound si Zuan tu...
perkara camni mana boleh buat main2...
dia pun dah setuju dengan peminangan tu...
tetiba kata bang bang boom pulak kan...

tengok muka Fida tu,
sedih gila... muka malu pun ye...
sebab nampak sangat la dia yang beria2...
konon2 betul la si Zuan tu suka kat dia...

pastu si Zuan tu ajak bincang berdua kat luar...
memang muka Zuan dah cuak abes..
yela, takut Fida marah dia...

aku pun asyik la tengok..
rupa2 nya......
bukan si Zuan tu nak kenakan Fida..
rupanya Fida tu yang nak kenakan si Zuan tu...
hahaha...
padan muka....
yela, selalu bikin panas kat Melodi kan..
sekarang baru la kena buku dengan ruas....
hahaha....

tapi kan..
aku bukan nak kata la...
sebenarnya, benda2 macam ni xbolehla dibuat2 main...
adat kita...

nak mintak la... untuk rancangan ni,
xyah la nak bang bang boom orang guna cara camni..
banyak lagi cara lain..
benda2 camni agak sensitif...
takut jadi isu pula...

bukan nak kutuk la...
cuma bagi pandangan...
papepon, aku suka rancangan ni..
best!!

peace yoo!!

05 Julai 2011

HaRiNi DaLam sEjaRah.. kUi3...

wah.. harini, adalah hari bilik aku dipecahkan...
semalam, baru pintu diorang cabut...

dan harini jugak..
adalah hari aku duduk sebilik dengan bos aku...
kui3..
malu seh...
ni dok taip2 ni,
depan bos je ha...
kalau la dia tau aku tengah melayan blog...
hahahaha.. malu nya.....

okla, malas nk cerita banyak..
hari ni macam xde mood sangat..
sebab pagi2 aku dah kelam kabut..
dengan nak pasang PC nya..
(malu aku, pasang pon xbetul sampai panggil 2 orang pegawai tengokkan, padahal salah pasang 1 wayar je... huhuhu... xlayak aku duduk kt BTM ni.. kui3...)

pastu dengan masalah internet pulak..
xboleh connect.. tapi sekarang semua ok dah...

cuma membilang hari, bila la tempat aku nak siap...
huhuhu... segan la duduk sebilik dengan bos...
(nasib baik bos perempuan, kalau en.ali? hahaha)

ok la...
peace yoo..!!

04 Julai 2011

DayaNa & ZuRaiMi

sabtu yang lepas,
di kediaman ayah pengantin perempuan di Taman Setapak Jaya,
aku dan kengkawan,
telah berkonvoi ke sana..
bagi meraikan hari perkahwinan mereka...
(cewah, ayat macam dalam karangan BM.. hehe...)

aku seperti biasa,
menumpang orang la kan.. hehe...
(tebal dah muka ni.. tp wat dono je la..hehe.. )
aku & tina naik kereta tunang leha,
wana, tunang beliau, timah dan uda satu kereta...
dan lagi 1 kereta, kengkawan poli iaitu yan, ayu, mira dan ekin...
wah... gempak tu... 3 kereta...
(walaupun lambat sejam ye cik yan... puas menunggu.. hehehe...)

sampai2 dekat 1.30...
sampai2, makan dulu....
pastu baru gi naik umah dia tengok pengantin...

dan seperti biasa, gambar memang xde pada aku la kan...
hahahaha....
cerita bagai nak rak, gambar xdo...
xpe2.. jangan risau,
aku akan cuba contact dak2 yang jadi photographer pada hari kejadian...
dan akan ku tepek juga nanti di blog aku ni ye...
tunggu...

ingat nak kumpul semua sekali gambar2 kahwin member2 yang dah mendirikan rumah tangga ni..
nak tayang kasi 1 donia tengok...
(saje nak gtau, diorg dah tak available lagi... hahaha....)
letak skali gambar diorang yang dah tunang, pon ok gak...
hahahaha....

oklah, mengaruk je keja aku...
ucapan untuk sang pengantin baru....

Selamat Menjalani Alam Rumah Tangga,
Selamat Menjadi Suami & Isteri..
Semoga Mahligai Yang Dibina Atas Dasar Cinta Ini Berkekalan Hingga Ke Akhir Hayat...
Dan Sentiasa Dirahmati Oleh ALLAH SWT...

01 Julai 2011

duLu-duLu

tetiba teringat dulu-dulu...
(bknlah 4 5 tahun lepas, just beberapa bulan yang lepas je)
hehehe....

semalam bukak satu persatu gambar
dari external hard disk aku...
bukak, tengok, gelak.....
bukak, tengok, gelak.....
huhu... rindu nye...

tak banyak kot, aku rasa orang lain nya folder gambar lagi banyak... hehehe.....
pas digodeh2, rasa macam nak tukar gambar kat dekstop la...
da naik jemu pandang warna coklat je...
hehe...

ni gambar kat dekstop aku sekarang...

dak2 ni semua memang keletah... hehehe...
hmmm.... rindunya time dulu-dulu.........

waDuh... tenSion aKu...

hmm... blog dah agak lama terbiar sepi...
eh, bru bpe ari je kn.. hehehe...

aku ngah tension ni..
sebab nya, ofis ni nak diubahsuai..
dan tempat aku juga adalah antara mangsa2 nya...
huhuhu...

bilik aku yg sedia kecik ni,
nak dikecikkan sikit...
dan untuk bagi adil, bilik bos aku jugak pon kena kecikkan...
cian bilik bos... da kecik..

dan proses pengubahsuaian ni akan bermula isnin ni...
hambek ko... baru meeting tadi,
ari isnin ni dah nk ubah..
kelam kelibut le jawab nya nanti...

tadi pegi admin,
konon2 nak pinjam troli..
nak hangkut sikit barang2 peribadi aku ni bawak balik umah,
wat tambah koleksi lagi kat dalam bilik tengah yang dah penuh barang2 kejadah hape tah...
nak kemas, xkemas2 lagi... huhuhu...

aiya.. sape mau tolong angkat ini barang?
acai sama mael lambung, boleh tulun saya x?
huhuhu...

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."