Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#1988 #orangMelaka #single #PA@Putrajaya #masihmencari #sukaketawatapicengeng #sukatengokwayang #sukakaraoke #sukamainbowling #tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

27 Jun 2011

sOrg LaGi.. hehe.... sELamaT meNjaDi tUnanGan oRanG....

untuk member sorang ni,
Muzdaliffah binti Mohd..
aku nak ucapkan,
Selamat Menempuhi Alam Pertunangan...
hehehe....

Harap2 semua kawan2 aku yang dah bertunang,
akan kahwin tahun depan...
hik3...

~ gambar akan diletakkan selepas mendapat kebenaran dari tuan empunya badan.. kalau x, xdela ea... hehehe...~

24 Jun 2011

CiNta TeRaGunG..

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Oh.. oh.. oh....

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

23 Jun 2011

biLa akU kebOsaNan..

hehehe.. hobi lama menjelma kembali...
gambar di bawah hanya beberapa sahaja..
sebelum ni dah 2 buah, beberapa hari je aku habiskan..
kali ni, 3 lagi...
nak tau, aku pinjam je novel ni semua...
hahahaha....

pinjam?
a'ah.. aku pinjam kat library ofis aku...
best kan? banyak lagi novel2 kat library tu..
tapi oleh sebab maksimum boleh pinjam 3 buah je,
jadi yang lain tu, next week la ye... hehehe...

hobi ni datang balik sebab.........
sebab aku bosan la... hehehe..
kadang2 kat ofis tak banyak kerja, aku bukak la novel..
pastu kalau kat rumah aku bosan tak tau nak buat apa,
aku baca la kat rumah...

dulu2 kat sekolah, aku memang gila baca novel..
tapi tak pernah beli..
meminjam sokmo.. haha..
oleh sebab member skolah sorang ni memang melanggan 2 buah novel setiap bulan,
dan dia pun tak keberatan nak bagi pinjam,
aku pun pinjam la kan..
yela, time tu masih sekolah, mana ada duit nak beli...

tapi sekarang dah kerja pun,
liat gak nak beli.. haha...
sebab kat library ofis ni banyak lagi novel yang aku belum baca,
nanti dah khatam semua novel kat library ni,
baru la aku beli..... hahahahaha...
bukan kedekut, tapi tu lah cara yang berhemah..
tak gitu?


perasan tak novel apa yang aku pinjam...?
cuba tengok betul2...
nampak?
tak nampak?
haaa... tengok kat bawah ni....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hahahaha.... excited aku bila nampak buku ni..
dan2 nak pinjam...
nak baca jugak catatan duka beliau ni...
buku ni dah lama terbit pun... 2006..
saje je, sebab tak pernah baca.. jadi aku pinjam la..
aku dah habis baca pun..
memang kesian...
tapi kalau korang nak tahu lebih detail apa yang dia tulis dalam ni,
pegi la selongkar mana2 tempat, cari buku ni ye...
hehehehehe...
aku takmo komen... sendiri baca, sendiri la pahamkan...

peace yoo!!!

21 Jun 2011

RM10.3 JuTa? taHniaH sHamSuL yuSoF & RiZaL aSyraFF!

haa.. ape yang sampai rm10.3 juta tu?
hehe.. ni hah...
hasil kutipan panggung untuk filem terbaru arahan pengarah muda lagi meningkat naik ni,
KL Gangster..

aku dah pergi pun menonton filem ni..
ahad aritu.. bersama2 cik tina dan cik wanna..
dekat GSC AEON Bandar Melaka..
hahaha... tak agak2.. kemain jauh lagi pergi nengok nya..
macam kat alamanda takde kan...

sebenarnya, kebetulan dah berada kat melaka,
jadinya, terus je la plan nak nengok kat situ..
kira pakai belasah je pegi..
nasib baik ada tiket,
kalau takde, memang akan terjadilah hujan kilat sabung menyabung kat melaka..
pasal ape? pasal aku ingat, tak dapat nengok KL Gangster,
kita karox je la... hahahaha...

eh, da lari dari topik yang sebenar...
kesimpulan dan pendapat aku untuk filem ni..
memang GEMPAK..
best sangat.. pemilihan pelakon yang sangat2 sesuai...
suka dengan watak Ajib, walaupun gangster, tp lawok la dia.. hehehe..
sama la macam Abang Long Dil.. watak Zizan Raja Lawak dalam filem ni..

Shamsul pun dah nampak semakin matang..
lakonan dia pun dah nampak perubahan..
keep it up ye bro... hehehe.. (macam inchek shamsul baca blog I kan... haha)
tapi kan... I teringin nak tengok U lakonkan watak seorang yang romantik..
hahaha.. pasni buat la filem romantik pulak ye...
I tunggu... (ceh, gedik sungguh kamu ni liana..hehehe..)

dan...... semestinya aku nak tengok sangat Aaron Aziz dalam filem ni..
macam biasa, beliau nampak macho dan bergaya,
walaupun jadi gangster yang dah 'cuci tangan'
hehehe....
tapi I lagi suka U jadi Seth Tan dari jadi Malek...
hahahaa... aku ni merepek tak sudah2...

apa2 pun... suka sangat filem ni...
dari 5 bintang, aku kasi 4.9..
ok x? hehehehe...

harap2 sekuel untuk filem ni, iaitu KL Gangster 2,
akan menjawab segala teka teki yang bermain kat kepala otak aku ni..
iaitu, apa dah terjadi dengan adik perempuan Malek, si Zeti tu..
apa jadi pada mak dia...
dan Jai juga..
tetiba pulak boleh lari menghilangkan diri..
pastu, tak bape best watak Fadil (Zizan) dimatikan..
dan..dan... dengar2 nak panggil Rosyam Nor berlakon untuk KLG2 ni..
hehehe.. suka2...

okla, bagi yang belum menonton lagi,
pergi lah menonton ye..
kita kasi gegar RM12 juta pulak...
Tahniah Bro!! Tahniah Skop Production!!

17 Jun 2011

sOry tO saY, aWak meMang pELik....

semalam, awak call saya lagi...
saya rasa macam malas nak angkat,
tapi, sebab dah beberapa kali awak call, saya tak angkat,
saya jadi tak sampai hati....

permulaan setiap panggilan,
awak cakap baik je... tapi kenapa bila diakhir panggilan,
awak suka marah-marah..?
pastu awak terus letak telefon...
takpe, saya masih boleh bersabar...

saya memang tak berani nak cakap kenapa saya tak boleh terima awak..
tapi sekarang, kalaulah awak dapat baca apa yang saya tulis ni,
saya akan bagitau, kenapa saya tak boleh terima awak..

1.  awal-awal perkenalan, awak dah tipu saya.. awak kata awak pernah jumpa saya kat MC, dan awak kata juga saya tengah tunggu bas nak balik rumah.. awak agak-agak la nak menipu pun.. saya mana pernah naik bas dari MC ke rumah saya.. tak pernah OK.. selalunya ayah atau kakak saya yang ambik saya.. lepas tu awak boleh mengaku yang awak tipu, sebab bagi awak biasalah... first time nak ngorat perempuan memang macam tu... huh!! saya paling tak suka orang tipu saya....

2.  awak terlampau berfikiran negatif dengan perempuan, sampai awak pun anggap saya macam tu jugak.. soryla... jangan sebab kisah-kisah cinta awak dulu yang tak menjadi, awak jadikan saya sebagai tempat untuk awak lepaskan kemarahan awak... cuba awak fikir, kenapa selama ni cinta awak ditolak? memang saya simpati dengan awak, sebab awak cerita kat saya awak pernah putus dengan ex awak dua hari sebelum awak bertunang.. lepas tu awak bawak motor macam orang gila sampai awak accident, kaki patah 3, hampir-hampir masuk ICU.. saya memang simpati.. kalau awak nak marah, marah je la kat ex awak tu, xperlu la nak kata semua perempuan perangai macam ex awak tu..

3.  awak juga ada cakap, perempuan ni terlampau memilih, nak kahwin dengan lelaki berduit je.. yang tentera, polis, kerja-kerja kelas bawahan ni tak main la... hmm.. saya nak tanya awak, awak ke yang tetapkan jodoh seseorang? kalau Allah dah kata, saya akan kahwin dengan orang berduit, itu dah jodoh saya.. kalau Allah dah kata saya kahwin dengan posmen, pap, tentera laut, tentera darat, tentera diraja, siapa saya nak menolak takdir tu? saya pun manusia biasa.. awak tak puas hati, awak kata, kalau kahwin dengan orang berduit pun, kalau tak ada cinta, nak buat apa? hmm.. saya asyik berfikir, awak dah umur 28 tahun, tapi fikiran awak, sory la saya nak kata.. memang ke laut....

4.  lagi satu, saya rasa awak ni agak kasar orangnya.. cara awak cakap pun saya dah dapat rasa, awak ni kasar...

5.  kita baru kenal, tak sampai sebulan.. tapi cara awak bercakap dengan saya macam awak dah kenal saya 2 3 tahun.. awak asyik cakap saya tak sudi terima awak sebab awak tak berapa sempurna (sape suruh bawak motor macam orang gila sampai kaki patah)... baru berapa kali awak cakap dengan saya, awak dah sayang-sayang la... ape la.... saya sendiri tak kenal awak... jadi kenapa awak nak paksa-paksa saya terima awak? saya mungkin akan terima awak, kalau cara awak tu betul...

6.  saya bagi jawapan, saya tak sedia lagi.. awak tak boleh terima... saya mintak kita berkawan dulu... mana tau, dari berkawan tu timbul perasaan sayang.. kemudian perasaan cinta.. tapi awak marah.... awak macam menyumpah saya.. awak kata, kahwin la umur 30... carilah duit banyak-banyak, lepas tu mati bawak sekali duit tu masuk kubur... APA NI? apa yang awak merepek? saya dah makin menyampah bercakap dengan orang macam awak... tapi saya masih cool walaupun awak marah saya dan cakap macam tu kat saya. saya bagitau lagi, kita berkawan la dulu... awak boleh kata, buat apa kawan, kalau nak berkawan, pergi cari orang lain la... huh........ awak memang pelik.. satu2 hubungan tu, bukan nya untuk bercinta sahaja.. kita boleh berkawan kan.... tapi awak xsudi pun nak berkawan dengan saya.. sebab harapan awak tinggi sangat.. bila saya cakap je, xpela kalau awak tak sudi berkawan dengan saya, terus awak letak telefon... hahaha... awak ni bukan setakat pelik, tapi kelakar juga...

jadi saya rasa, saya tak rugi apa-apa pun.. tak kisah la awak nak kata saya macam-macam ke apa ke.... saya tak nak pertaruhkan perasaan, hati dan masa depan saya untuk terima awak, yang saya sendiri tak kenal... bukan saya je, perempuan lain pun akan buat tindakan yang sama macam apa yang saya buat...

*** korang agak ni cerita benar ke cerita palsu?? hehehehehe....***

15 Jun 2011

mUka Ku diConteNg ciK waNna..

ahad lepas, bertempat di sebuah studio belajar make up,
muka aku telah pun di paksa rela pilih oleh macik wanna...
untuk diconteng2.. dilukis2... disapu2...
nasib baik tak ditampar2.. dihempuk2.... kih3..

so, maleh nak cakap banyak kan..
tengok je la gambar ni..
aku kalau taip panjang2 pon bukan ada orang minat nak baca ye dok?
hehe...

gambar sebelum xdo pulak... ni da sudah make up..

1st time aku pakai bulu mata palsu.. Rozita Che Wan, jangan jeles hokey... ingat U je boleh pakai? hahaha...

yang ni aku rasa mata aku macam juling je.. huhuhu...

da tukar uniform dah... sebab nak pegi konsert final AF kan.... hehehe.. sebelum tu makan dulu...

posing macam model sikit... kih3.....

Thanks wanna kerana telah menbuat transformasi ke atas muko den... hehehe

14 Jun 2011

Ya aMpuN.... terLuPa.... seLamaT meNempuH aLam perTunanGan...

huhu..
aku buleh terlupa nak wat entry khas untuk adik aku sorang ni...
sory macik... semalam exited dok citer pasal AF je...
hehehe... jangan marah haaa....

ok, maleh nak cerita panjang..
alkisahnya, gambar pon xdo.. hehe..
ada pada macik timah, macik moos, macik wana dan macik tina...
(hahaha.. sejak2 ada yang dah kawen dan tunang ni, tukar title ye sume.. jgn perasan muda lagi)
aku sorang je tak amek gambar.. sebab nya kamera pon xde...
kamera enpon pon tahap cikai macam bgambar dalam kelambu..
jadi menempel kat semua kamera orang lain je la keja aku..
kih3... jadi nya, aku kasi korang tengok kat SINI je la ea..

Selamat menempuh alam pertunangan ye macik leha..
tahun depan InsyaAllah, jadi la tu... hehehe..
i suke g kenduri2 orang ni.. lagi2 member sendiri..
mana tau badi kena kat i pulak kan... kui3...

lagi satu best nya masa otw g majlis leha ni,
berhenti kat RnR Seremban..
orang punya la....... ramai kata tok..
haha... dan dalam sejarah jugak,
aritu dapat ketemu.. (waduh, indon sudah aku...)
ketemu sama pak taukey..
hehehe... dengan baju pink Jambu dia tu..
muka sangap baru bangun tidor..
tapi i xkesah... janji jumpa u, dapat amek gambar dengan u..
hehehe..

tapi2.. mestila gambar xde pada aku kan..
hahahaha.... ada pada macik timah..

ape? xde gambar kira citer palsu?
amboi2 kiah.. ni cerita betul la..
tak tipu punya...
tak caya? ce tanya macik2 yang lain ye...
hehe...

okla...
tamat sudah cerita untuk kali ini...
bersambung kita di lain masa...
(cehh.... feeling2 jadi pengacara tv pulak..)

13 Jun 2011

wHoOa!! giLe geMpaK!!

yeah!!!
akhirnya penantian 4 pelajar AF telah pun berakhir...
dan Hazama kini telah dinobatkan Juara Akademi Fantasia musim yang ke 9..
hehe... dah macam ayat wartawan hiburan pulak..

memang best...
malam tadi aku dan kengkawan,
sekali lagi mencemar duli.. (kemain lagi..)
datang ke Konsert Final AF9
yang berlintas langsung dari Dataran Putrajaya presint 3..

konsep kali ni adalah 360 darjah..
jadi penonton akan duduk disekeliling pentas...
dan kitorang, datang agak lambat...
jadi, ke hulu ke hilir mencari port yang terbaik..

mula2 kitorang duduk depan pentas..
tapi area belakang skali..
kira jauh la dari pentas..

lepas je emcee tu kata 360 darjah..
kitorang pon tukar la port..
belakang pentas..
masa kitorang mula2 lalu situ..
memang kat situ xde orang..
ingatkan macam xbest la duduk situ...
sebelum tu jugak, masa nak mencari port tu,
kitorang berselisih dengan akak Ning Baizura..
hehe... tengah bergambar..
memang lalu tepi dia je..
macam terpukau..
pandang je.. dah jauh baru terpikir,
laaa... nape tak amik gambar ngan Ning tadi...
(sampai sekarang masih lagi rasa......ish.. rugi..)

dah duduk, memang ramai da orang kat situ...
mula2 duduk tepi..
konsert mula je, makhluk2 tuhan ni sibuk nak berdiri..
hangen je kitorang...
penat jerit suruh duduk..
tapi diorang wat dek je...
hampeh..

kemudian kitorang beralih sikit2...
sekejapan je kitorang da ada kat line ke-3 dari depan...
hahaha.. kelakar betul...
wat muka tebal je la menyelinap duduk...
nasib baik orang tak marah...

walaupun duduk belakang pentas..
dan kebanyakkan dak2 AF ni nyanyi tak pandang belakang pon..
(kata 360 darjah)
tapi kitorang puas hati... hehehe..
yelah, artis2 yang nak wat persembahan semua lalu kat situ kan..
asal artis lalu je kitorang jerit...
macam Lisa Surihani, Shaheizy Sam..
dapat tengok Pak Nil dengan Sarimah dari jarak dekat..
betul2 tak sampai semeter pun..

Hazama start lagu Pukau pun mula dari belakang..
sporting gila la Hazama...
memang kawwtimm..
peminat panggil dia, dia senyum sambil lambai2..
suka2!! hehehe..
dan Hazama sorang je yang nyanyi tak lupa peminat di belakang pentas..
bagus ko Hazama..
memang layak jadi Juara..

kitorang datang memang nak sokong Hazama je..
hehehe..
masa persembahan principal Amy dengan finalis,
memang rock gila la..

dengan kehadiran bekas2 pelajar AF..
gempak habis..
mungkin yang tengok tv xtau..
masa lagu Sahabat,
Faizal AF4 je yang mula2 datang belakang pentas..
siap turun salam dengan kitorang2 kat belakang pentas ni...
hehehe...
thumbs up untuk Faizal..

pastu baru la Hafiz..
dan ramai lagi..
(tengok Dafi dah makin menembam.. hehe.. sory Dafi...)

best tu memang best..
tapi dalam best tu ada je perkara yang menyakitkan hati..
ada je yang nak menghalang pandangan kitorang..
pak guard astro yang paling menyakitkan hati..
orang nak tengok persembahan,
dia boleh tayang bontot dia pulak..
orang belakang dah jerit2 suruh dia duduk atau ke tepi..
hmm... wat tak tau je..
kena maki pon buat2 xdengar je..
hampeh..
last2 dia blah jugak..
sebab orang belakang memang marah gila..
aku gelak je... yelah, kelakar..
wana pon jerit2 jugak suruh ke tepi..

memang puas hati la...
dulu beli tiket, tapi duduk jauh...
la ni masuk percuma..
dapat tengok dekat lagi...

dah habis tu,
g bergambar dulu dengan mr.bola2... (nak jugak..)
sory xdapat tepek gambar tu, sebab ada masalah sikit..

pegi maybank jap keluar duit,
dah keluar maybank, baru jalan beberapa langkah..
tiba2 aku nampak............
macam kenal je...
terus aku HAI....
(hilang segan dah time tu..)

Adlin Aman Ramli dengan Emelda..
wahhh... cantik nya Emelda..
Adlin pun hensem..
aku pon tiba2,
boleh ambik gambar tak?
hehehe.. xmalu kan aku...
dapatlah bergambar dengan artis..
hik3...

papepon, tahniah kepada Paklang..
lepas ni dah jadi artis,
ingat pesan Hattan,
jangan nak jadi super poyo sangat..
hahaha.... nasihat ntah pape..

satu je aku boleh cakap..
PUAS HATI...

p/s: kecewa sebab Shahir tak datang... tau la tangan tu sakit, atleast datang la tunjuk muka... bukan jalan pakai tangan pun.. huh!!

10 Jun 2011

keMeriaHan aKadeMi FanTasiA

meriah ke cik non?
hehehehe....
terasa gak la... sebab final nya nanti nak buat kat putrajaya kan....
dekat je ha dengan ofis aku..
jalan kaki je...
dari semalam da nampak da mr bola2 kat depan mahkamah tu...
hehehe... besar jugak benda alah tu..
tapi tgok stage macam kecik sket dari biasa je...
hmm...

ok, sebenarnya,
aku bukan la tengok sangat af kali ni...
dulu memang ye..
memang minat sangat2...
dari af1 hingga af3,
af4 jarang2 dapat tengok,
tapi masih lagi mengikuti perkembangan...
start af5 dah kurang tengok....
af6? langsung tak tengok...
start af7 teros melekat balik...
sampai la ke af8..
af8 lagi la.... boleh sasau kalau tak dapat tengok diari...
huhu.. teruk sangat dah tu...

tapi kali ni,
memang aku tak tengok...
masa pembukaan dia je aku tengok..
sebabnya kebetulan aku balik kampung...
lepas tu, hmmm... memang xdo la...
minggu lepas je dapat tengok,
tu pon sebab tengok kat rumah tina..
dan ada satu minggu sebelumnya kot,
tengok kat rumah timah...
hahaha.. semua tengok kat rumah orang je...
yela.. umah sendiri takde astro..
menumpang le umah orang lain... hehe...

dan final....
hehehe....
memang tengok la sebab pergi tengok live...

haa, nak cerita pasal tengok live..
dari af7 kitorang pergi tengok live tau...
hahaha...
kat stadium bukit jalil..
semangat sungguh...
memang best la..
bergema satu stadium bila pelajar yang kita minat tu nak buat persembahan...
hehehe.. teringat time shahir...

masa af7 tu,
kitorang sume sokong hafiz..
dan aku tambah sorang lagi, aril...
hehe...

masa tu xtau sangat kan..
main pakai beli je tiket...
skali dapat seat 2 atau 3 paling atas..
mak oi... tinggi gila..
gayat aku...

masa af8 pulak,
dapat la seat bwh sket...
kira nampak jelas sikit la...
time ni, bukan nak kata la...
peminat shahir ramai gila...
yang tengok kat tv xtau kan...
tapi kat stadium,
sepanjang shahir nyanyi tu diorang menjerit...
sampai pengkritik pon naik pelik dan hairan...
huhuhu....

tapi disebabkan aku adalah peminat shahir..
jadi, aku pon sama2 la jerit.. hehehe...

dalam 2x pergi tengok live tu,
mana yang kitorang sokong,
itu lah yang akan jadi juara...
kan.. kan....

jadi kali ni,
aku nak pergi dan akan sokong.........
sapa korang agak?
hehehe..
mestilah hazama...
dia ni aku suka gak dari af3 ke af4 dulu..
tapi sebab bukan rezeki dia time tu kan..
dan af9 ni dia terpilih...
dapat pegi final lagi..

ok, sesapa yang nak tgok af live tu...
hmmm.. aku sarankan, yang duduk jauh2 tu,
xyah la datang... hahaha...
jahat aku..
yelah.. kang dah ramai2,
aku tak dapat tengok dekat...
ntah2 dapat dengar suara je...
so, xpayahla datang ea.... hahahaha....
biar orang putrajaya je datang...
kih... kih..... kih.... (^_^)

06 Jun 2011

paGi taDi puNya cErita...

haih, tak sempat nak mencarut mencoret pagi tadi....
jadi, maka dengan itu,
di kala sedang bersenang lenang ni,
boleh la aku menaip 4 ke 5 barang perenggan kan...
huhu..  ~tak berapa nak stabil sebab mengantuk~

oleh kerana aku sampai rumah jam 3.00 pagi,
dan dapat melelapkan mata jam 3.30 pagi,
alarm aku bunyi 3 4 kali pon,
aku wat dek je....
huhuhu.... ngantuk la... tak paham ke?
marah aku kepada alarm enfon aku..
(gila ke ape marah enfon? hehe..)

tapi apakan daya,
aku bukan kerja kat syarikat sendiri macam Seth Tan,
maka, dengan muka berkerut, aku pon bangun la..
bangun-bangun, ngadap almari baju dulu...
sampai juling mata nak pilih baju apa yang aku nak pakai..
dah pilih, ambik tuala, masuk toilet..

sudah mandi, solat.. iron baju...
mekap-mekap.... pakai tudung sume..
aku pon dengan niat kerana Allah Taala,
terus keluar rumah untuk mencari rezeki..
(cewah2.. ayat ko...)
dengan muka slumber hippo nya,
keluar rumah jam 7.35am..
sah2 la aku lambat kan...
nak wat cmna... huhu....

jalan kaki dari blok aku,
ke tempat menunggu bas..
yang jarak dia, aku rasa lebih 200meter kot..
mengambil masa dalam 10minit,
ikut berat korang la kan,
kalau berat aku, cmtu la...
kalau sakit kaki, 15minit pon pernah...
hehehe...

da sampai kat tempat bas,
ada sekor sebijik bas kat situ...
tapi takde driver...
driver dia ngah bersenang lenang berborak ngan member dia,
yang juga adalah pekerja Nadi Putra,
yang memang akan berada kat situ,
untuk memantau perjalanan masa bas...

aku rasa 15minit ada kot menunggu...
orang nak cepat ni, dia borak pulak...
hampeh sungguh...

aku tengok waktu naik dalam tiket bas...
7.57am.. huhu... redho je la..
dalam kol 8 kot baru bas tu gerak...

yang membuatkan aku hangen,
tiba-tiba driver bas tu gi masuk selekoh kt ofis PKPTG (kot)
aku pon hairan la... eh.. ofis aku kt depan lagi..
asal masuk sini.. huhu...
dah masuk selekoh baru la driver bas tu tanya,
ada sapa2 turun presint 2,
aku hangguk je la..

dengan muka tak bersalah nya,
dia cakap bas tak boleh lalu situ,
sebab jalan tutup...
kan nak wat konsert final af9 kan kat situ...
aku.... adoi........
abes tu, aku kena jalan kaki la ni..
huhu...
dah la lambat, bertambah lambat la..
msj puan dulu la... kang ingat aku tak datang pulak....

maka, diwaktu pagi yang aman dan mulia..
terkedek-kedek la aku berjalan....
walaupon aku nampak bangunan ofis aku..
yela.. bangunan ofis aku tinggi..
memang la boleh nampak...
jarak dia, sama macam dari blok rumah aku ke
tempat tunggu bas tu..
lalu depan mahkamah..
depan perbadanan putrajaya...
lalu depan........... eh, kata jalan tutup...
ni asal ada bas Nadi lalu ni..

haaaaa.... ni aku nak ngamuk sambil guling-guling ni...
memang la depa tutup jalan..
tapi tutup jalan sebelah je...
tapi laluan tu dipindahkan ke laluan sebelahnya...
boleh lalu lagi....
huhuhu...

mula la aku rasa nak menv**i kan driver bas tu....
betol la nyusahkan aku....
*o**h tau..
dah la bentikan aku jauh...
aku kena jalan kaki..
skali tgok jalan tu boleh lalu..
tak hangen ko....

arggghh.. geram!
dari mata aku ngantok sebab tak cukup tidur..
terus segar bugar....

03 Jun 2011

tOLonGLah jaNgan daTanG LaGi miMpi bUruK..... huhu.. T_T

dah 2 malam..
aku mimpi yang bukan2...
huhu.....

malam semalam,
aku mimpi aku sakit....
tak tau sakit apa...
yang pasti, yang buat aku tiba2 fobia,
kepala aku hampir botak...
memang sangat hodoh la kalau tengok aku time tu...
dah macam orang sakit kanser,
huhu... takutnya....

malam tadi,
aku mimpi adik lelaki aku, pizin...
dia pulak sakit..
dalam mimpi, ayah bawah pizin jumpa doktor,
pastu tiba2 ayah balik tanya mana pizin..
padahal tadi diorang kan sama2 pegi hospital...

ayah cakap pizin lari bila doktor cakap dia sakit teruk...
tu pon aku tak tau sakit apa,
yang pasti, aku tengok mata dia teruk sangat....
huhuhu....

dia sedih sebab tak boleh terima hakikat dia sakit...
nangis2 aku dalam mimpi tu....

hmm.... takut aku benda2 macam ni....
tapi aku selalu doa kat Allah,
jauhkan lah keluarga aku dari penyakit yang berbahaya....

T_T
tiba2 rindu kat adik beradik............. huhu...

01 Jun 2011

2 tahUn berLaLu...

Assalamualaikum...
Selamat Pagi semua......

hehe... mood baik la kata kan...
ok...
diam tak diam,
pejam celik pejam celik...
dah 2 tahun dah usia blog ni....
hehe...

kira kalau baby,
dah pandai berjalan,
dah pandai bercakap,
dah pandai menggedik,
hehehe... (motip?)

bukan nak cerita pasal baby,
atau hal-hal yang memungkinkan terlahirnya seorang baby,
(kahwin ok, jangan pikir lain....)
tapi nak cerita pasal blog I le....
yang dah 2 tahun,
baru 2 kali bertukar wajah...
hahahaha...
sangat pemalas aku ni...

orang lain tiap-tiap bulan,
blog dia mesti bertukar corak..
blog aku, ha.. korang tatap la muka aku yang banyak2 kat atas nun...
aku pon tak tau apa motip aku letak gambar aku besar-besar
kat situ... hehehe...
bukan nak tayang muka,
tapi malas nak mencari atau nak create benda-benda alah ni...
tak kuwaser... hehehe...

ok, selama 2 tahun beroperasi ni..
(cewah2...)
takde la gempak mana pon...
seperti yang aku cakap,
blog ni untuk aku bercerita...
bila mood bercerita tu tak ada,
maka, tiada cerita la di blog ini...

pastu dengan kekerapan blogspot di block lagi..
huhu... tang tu aku geram jugak la...
sebab nya bila aku nak bercerita,
tak dapat pulak....

oklah,
Selamat Hari Jadi kepada blog saya ini,
DiaryManja..

p/s : rasa nya aku tak cerita lagi kenapa aku bagi nama blog ni diarymanja kan... Haaa, next entry lah ye.... hehehehe.....

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."