Hai Kawan-Kawan!

Foto saya
#tempatkongsicerita #untukkawan2

Geng2 DiaryManja

11 Mac 2011

aJaL maUt di taNgaN TuhaN..

cuba anda bayangkan..
anda ada seorang rakan,
tapi Allah lebih menyayangi dia....
dia telah dijemput kembali kepada Penciptanya..

cuba anda bayangkan..
rakan anda tu adalah seorang isteri dan juga seorang ibu...
seorang ibu yang mempunyai 6 orang anak...
anak-anak yang masih kecil...

cuba anda bayangkan,
rakan anda itu telah pergi....
meninggalkan suami...
dan 6 orang anak...
3 dari nya adalah kembar.....
yang baru berusia setahun dua.....

cuba anda bayangkan...
keadaan bayi kembar 3 yang sangat comel itu,
tanpa ibu mereka disisi...
kerana ibu nya telah tiada lagi didunia ni.....

cuba anda bayangkan..
kehidupan si suami selepas ini,
tanpa si isteri...
perlu menjaga 6 orang anak yang masih kecil...

cuba anda bayangkan....
anda adalah salah seorang dari mereka........

~ sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah, semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman... ~

~ terbaca tentang ini diblog abang ben.. mungkin aku tak perasan kewujudan entry tersebut... arwah meninggal sama ada akhir tahun 2010 atau awal tahun 2011 ~

~ walaubagaimanapun, setiap yang hidup akan mati... itu janji Allah... ~

~ Allahyarhamah juga tiada kena mengena dengan aku, mungkin juga dengan anda semua.. tapi sebagai saudara seIslam, tak salah aku kongsikan benda ni dengan anda semua, agar kita dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan arwah disana.... ~

10 Mac 2011

KeSayanGaN...

Assalamualaikum....
hai kawan-kawan....

nama saya Bucuk..
nama singkatan saya pula adalah Ucuk..
tapi, tuan saya panggil saya Bubuk..
tak tau la kenapa beliau panggil saya sedemikian rupa..
mungkin tuan saya sangat suka baring atas badan saya,
sebab badan saya seakan-akan bantal..
'bubuk' pula setengah orang istilahkannya sebagai baring..
hehehe.. sebab tu tuan saya panggil saya Bubuk..
tapi takpe la.. saya suka... (^_^)

saya tak tau bila saya dilahirkan,
saya sedar-sedar, saya ada di sebuah kedai..

pada suatu hari,
saya telah dibeli oleh seorang perempuan..
dialah tuan saya sekarang..
kebetulan masa tu tuan saya balik dari kenduri kahwin kawan poli dia..
singgah kat tempat dimana saya dijual...
(eh, mana saya tau ek? hehehe)
agaknya rupa saya sangat comel,
sebab tu tuan saya beli saya..
kawan saya pun telah dibeli juga..
oleh kawan tuan saya juga... iaitu Acen...
(hehehehe...)

sejak hari tu la..
saya sentiasa bersama tuan saya..
tapi bila dia balik kampung,
tak de la dia bawa saya..
sebab tuan saya kata,
nanti dah bawa balik kampung,
mesti tak dapat bawa balik putrajaya semula..
sebab nanti adik dia tak bagi..
(yelah, saya kan comel dan menjadi rebutan..)

oh ye,
nak tau ke rupa bentuk fizikal saya...?


ni adalah mata saya... besar kan?

ini telinga saya... panjang kan...

ini adalah tangan saya.. dan kuku saya.. tapi jangan risau, kuku saya tak tajam pun.. hehe...

ini aset penting saya, ramai suka pegang-pegang... bulu dada saya... hehehehe....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


hai.. selamat berkenalan...

inilah saya.... ucuk aka bubuk... comel tak saya?

jangan malu-malu ye kawan dengan saya.. sebab saya baik sangat... (^_^)

sayalah kesayangan tuan saya...!!


kOt yE pOn, tuNggU La aKu tdO duLu.....

hmm..
malam tadi punya mengantuk,
pukul 9.30 aku dah masuk bilik..
konon-konon nak tido..
malam tadi aku tak memasak,
sebab nak berpuasa hari ni..
jadi, tak buat apa-apa,
mata pun dan layu lagi kuyu...
pergi lah tidur...

dah baring,
tak boleh lelap pulak...
penat gomol-gomol dak bubuk (next entry akan cerita tentang bubuk)
pusing kiri pusing kanan...
eh, macam kawat pulak..
hehehe..

dalam nak lelapkan mata tu,
tiba-tiba..................
ketang.. keting...keting...
(eh, macam tu ke bunyi nya?)
bukan-bukan..... bunyi dia ala-ala bunyi.......
orang baling bola besi ke lantai..
nak kata bunyi guli, kenapa kuat sangat pulak kan....
ke bola kaca.... ha.. nak tau macam mana bunyi nya,
try la buat kat rumah...

dengar je bunyi, aku terdiam kejap..
tahan nafas kejap..
pastu dengar lagi..
eh, makin kuat pulak...
pastu dengar bunyi orang ketuk-ketuk....
bukan ketuk dinding atau lantai..
macam ketuk pintu..
eh, bukan.. kalau pintu kuat sangat...
macam ketuk..... almari baju..
ha..... betul..
macam ketuk almari baju...
tak kuat dan tak perlahan..

aku diam lagi...
eh... eh.....
time aku nak tidur ni,
berbunyi pulak ye...

aku terus baca ayat kursi...
tak semena-mena,
senyap..
tak ada bunyi dah melainkan bunyi angin kipas....
alhamdulillah....
aku baca lagi ayat kursi...

dah tenang,
tak ada apa-apa bunyi dah.....
jadi betul lah apa yang aku pikir,
bila mula-mula dengar bunyi tu tadi....

nak tau apa yang aku pikir?
aku pernah terbaca,
tak ingat sama ada dalam tv atau artikel di majalah...
kalau nak tahu kewujudan makhluk halus tu,
atau aku pernah dengar,
kalau nak tahu rumah tu ada penunggu,
maksud aku, ada orang bela makhluk halus,
akan dengar bunyi benda-benda macam..
guli bergolek ke lantai...
bunyi perabot dialih-alihkan....
dan macam-macam lagi....

tapi kita sebagai manusia,
jangan terlalu taksub percaya benda-benda macam ni..
kita tahu 'benda' tu ada..
tapi jangan pula rasa terlalu takut atau terlalu riak..
apa pun, berbalik semula pada ajaran kita..
ayat Kursi tu boleh jadi pendinding kita..
tak kira saat apa pun...
kita kena kuatkan hati kita, bahawa Allah tetap ada disisi kita...

aku pun bukan la berani sangat..
cuma mintak jauh la....
simpang malaikat 44..
selalu aku doa, jangan aku terjumpa, terserempak,
terlihat, saje-saje menonjolkan diri...
dengan 'benda-benda' ni..

aku tak tau apa aku akan rasa...
tak tau apa aku akan buat..
tak tau apa reaksi aku..
tak tau apa akan jadi pada aku..
bila... ternampak 'benda' tu..
jadi aku selalu berdoa..
janganlah.... janganlah aku nampak 'benda' tu..

sama-sama lah kita berdoa,
agar dijauhkan dari hasutan iblis, syaitan, jin dan yang sewaktu dengannya...

mata pun nak tidur tak nak tidur,
aku pun amek earphone,
bukak la mp3...
eh, td baca ayat Kursi,
tiba-tiba dengar lagu pulak..
hehehe...
tak la, nak elak telinga ni dengar lagi bunyi bukan-bukan,
tu yang pasang mp3...
belasah la lagu apa pun...
terlena jugak la.. sampai aku tersedar,
eh... apasal lagu raya pulak ni...
hehehe....
terus tutup, tidur.......

tu yang terjaga pukul 6.30...
haa.. ni da masuk cerita lain pulak..
gara-gara bangun lambat,
pastu nak iron baju,
baju pulak terbakor.. iron bukak kuat sangat...
adoiii..... istigfar banyak-banyak.....
gi ambik baju lain..
nak pakai baju apa ni?
da la ari khamis,
baju batik pun bukan banyak..
asyik baju tu je...
last-last, baju raya tahun lepas aku sambar,
lantak la... aku tak suka pakai
sebab......ntah... hehehe...

dah kira darurat, belasah je la...
gosok je dah berejam..
siap-siap gosok tengok jam,
7.30..... ayoo...
akhirnya sampai ofis,
punch pukul 8.05 pagi..
bagus Liana.....
huhuhu.... T_T

09 Mac 2011

perLu kaMu

Saat ini
Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu
Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu
Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sedari saat manis akan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi…

Biar nyata
Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Ku sedari saat manis akan pergi,
Biar aku ngerti, Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup….
Disayangi…

Aku perlu
Aku rindu

07 Mac 2011

teRkiLan + keCewa

macam-macam pulak berlaku semalam..
bila 2 perasaan tu dah bercampur,
jawapan nya akan jadi marah + nak nangis..

semalam adalah hari terakhir kursus di morib,
dan aku rasa, kalau tak ada apa-apa,
aku takkan jejak kaki lagi kat hotel tu..
rasa sakit hati..

sakit hati pasal kes tuan rumah yang "tut" belum habis lagi,
ingat datang kursus kat situ, tenang la sikit
walaupun penat.. ni tak... tambah lagi sakit hati aku....

cerita nya begini,
ok.. awal-awal aku nak cakap,
memang salah aku sebab tanggalkan kunci dari key card..
ala, apa nak panggil ea benda tu,
aku pun tak pandai..
senang cerita, card yang sekali dengan kunci bilik,
kalau dah masuk bilik, masukkan card tu pada alat kat dinding,
terus hidup elektrik dalam bilik tu..
haa.. benda tu la..
korang paham kan?
kalau tak paham, buat-buat paham je la...

dah 4 kali aku pergi hotel tu,
4 kali jugak la aku tanggalkan...
alasan, malas nak tutup aircond sebab nanti balik bilik, bilik dah sedia sejuk...
tapi memang tak la kan,
sebab bila kerja-kerja housekeeping,
diorang akan tarik key card tu..
(nak elak pembaziran elektrik la kot...)

yang tu memang aku tak kisah,
sebab sepatutnya memang macam tu la..
kesenangan bagi aku tu maksud nya,
kalau aku keluar bilik,
pergi kolam renang ke,
pergi keluar sekejap ke....
memang aku tak tutup aircond kat bilik..
key card tu memang melekat sentiasa kat situ,

tapi semalam,
eee.. rasa geram yang teramat sangat....
benda alah tu tiba-tiba ghaib...
diorang yang kemas bilik,
mestilah diorang nampak benda alah tu,
takkan la aku ngn roomate nak sorok kan pulak benda alah tu,
nak buat apa?
tak bagi apa-apa faedah pun kat kami..

sebagai balasan,
kitorang dikenakan denda,
bayar rm50 sebab hilangkan benda tu....
eee.... geram!!
benda alah tu, terlekat je kat dinding tu,
dari kitorang masuk bilik tu (hari jumaat)
sabtu ok je, tiba-tiba ahad pas habis kursus,
hilang..... logik tak?

yang aku kecewa sangat tu,
diorang boleh sound,
"sepatutnya benda ni tak boleh tanggalkan dari kunci"..
memanglah salah aku,
tapi tak boleh ke cakap elok-elok..
ayat yang kalau boleh tak singgungkan hati pelanggan walaupun pelanggan tu salah...

pastu panggilla cleaner yang bersihkan bilik tu,
ni tak, dia pakai telefon pulak,
aku dengan roomate pulak pergi cari cleaner2 tu...
kalau kitorang yang tanya,
mestilah diorang tak mengaku....
hangin betul aku....

dah la aku terkilan tak dapat pergi kenduri kahwin
kawan kat KL (kawan sama-sama membesar)...
sebab nak pergi kursus ni..
pergi kursus, jadi pulak macam ni...

BENCI!!

04 Mac 2011

SeLamaT tiNgGaL.....

dah tengahari pun...
so, selamat tengahari semua...
eh... salah..
Assalamualaikum...

petang ni, selepas zohor....
aku dan rakan sejawatan.. (PA la.. pe lagi...)
akan bergerak ke Morib..
untuk kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Latihan,
khas untuk Setiausaha Pejabat di JPN..

tempat nye, seperti biasa,
di Impian Morib Hotel..
kalau dikira, belum setahun aku rasa...
kali ni da 4x aku g kursus/bengkel kat sana..
kalau g sana sesat jugak, xtau la nak kata ape..
hehehe...

okla,
selamat bercuti semua..
aku je xcuti... huhu...

03 Mac 2011

oH.... ANUAR ZAIN...

haa... aku wat entry lagi..
hahaha.... penat la korang asyik nak bukak blog aku je...
tapi takpe.. tiada paksaan...

eh, nak citer pasal anuar zain sebenarnya...
apa?? ce citer..? ce citer...?
ha.. nak cerita la ni... hehehe.....

sedang aku kebosanan pagi tadi,
aku pun bukak la berita online..
slalu aku bukak mstar, kosmo,
pstu baru la bukak berita harian...
kalau rajin sikit baru bukak harian metro..

sebab apa aku bukak mstar dulu?
ce teka.. ce teka...
haha.. ada yang aku kena pelangkung ni kang....
okla-okla....
sebabnya, mstar dengan kosmo ni,
aku selalu bukak dulu...
sebab... (bape banyak sebab daa...)
aku klik je da bukak..
cepat... senang.. hati pun tenang....

tapi kalau bukak berita harian,
ada sikit juga lambat..
harian metro pun.... sama yek je..
jadi hati pun tak bape tenang..
boleh bikin wa hangin pagi-pagi yang mulia ini....
hehehe...

eh, tadi kata nak cerita tentang anuar zain kan...
lain kali je la...
hahaahahha.....

ok-ok... serius ni..
Anuar Zain bakal membuat persembahan untuk Minggu Setiausaha..
dengar setiausaha-setiausaha sekalian...
inchek abe kita nak hiburkan PA-PA ni....
tak percaya? baca kat sini...

bestnya kalau dapat pergi...
tapi..... sapa pulak la yang nak dengar rintihan PA seperti aku ni...
harga pun boleh tahan...
rm450++ - rm550++
huhu... ada sapa-sapa nak taja saya pergi ke sana?

hmm.. kempunan lagi la nak jumpa beliau...
sebelum ni pernah jugak jumpa beliau..
tapi dari jarak jauh je...
masa tu aku form 5..
dapat ikut kawan aku,
kebetulan ayah dia bekerja di belakang pentas untuk konsert merdeka di KLCC..
apa lagi, amek peluang la...
walaupun pergi time rehearsal..
lagi best, tak ramai orang....

yang aku terkilan..
dia lalu sebelah aku je,
aku xperasan.. sebab dia pakai selebet sangat...
dengan selipar, beg sandang tepi..
ingat mamat mana la...
jap lagi tengok ada orang tarik dia sebab nak bergambar..
aku dari jauh...
eehhh.... Anuar Zain la....
baru nak pergi dapatkan dia..
dia da kena tarik dengan PA dia..
(PA dia jahat!! huhu...)

pastu tunggu dia nya turn buat persembahan..
lepas jumpa Zahid, Farah AF2, Marsha, Bob, Zaibo (siap salam lagi),
Rosyam Nor (time tu dia jd Emcee)
dan Mawi.. hehehe...
kitorang duduk la kat tepi pentas..
nak duduk depan, orang dah kerumun kat situ..
malas nak bersesak-sesak..

yang aku tak boleh lupa smpai sekarang,
'telatah budak-budak' kitorang kat tepi pentas..
masa Anuar Zain perform..
bila dia pandang area tempat kitorang je,
kitorang jerit sambil lambai-lambai..
pastu dia pandang tempat lain pulak..
kitorang... hmmmmmm...
bila dia pandang lagi,
kitorang jerit lagi sambil lambai-lambai..
agaknya mesti dia cakap,
"kesian budak-budak ni.."
terus dia lambai kitorang,
sambil menghadiahkan 'flying kiss'
ohh........ terpana seketika..

hahaha... kelakar la..
akan ku ingat sampai bila-bila...
ohh.. anuar zain..
sudi tak awak kahwin bergambar dengan saya??
huhu....

~ asyik-asyik aku ulang lagu Sedetik Lebih..  best! ~

akU juGa raSa beGitU.....

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
(^_^)

Nampak, bila sudah boleh update,
keja aku mengapdet xsudah kan... hehehe...
ini la nama nye melepaskan gian...
hik3...

Sebenarnya, aku nak menjawab segala ketidakpuasan hati,
member baik aku yang sorang ni,
sebab aku xdapat nak komen kat blog beliau,
jadi aku terus wat entry khas ini.. hehehe....

tentang pemasangan lagu-lagu pada blog anda2...
apa yang dikatakan, memang aku stuju 70%..
sbb apa 70%, sebab baki nya adalah hak blogger..
betul x? hehehe...

ok, bukan tu yang aku nak katakan...
aku pun sama macam dak aboi ni..
kadang-kadang aku macam malas nak bukak blog orang-orang
yang pasang lagu kat blog diorang..
pasang tu aku xkesah pun..
pasanglah 10 jenis pun..

peluang aku nak update blog memang terhad,
walaupun hari-hari aku update..
(kalau berkesempatan..)
time nya slalu kat pejabat je la..
kat rumah, buat masa sekarang memang tak ada...
sebab laptop/komputer tak ada..
sudah rosak..
kalau balik kampung, baru la aku berkesempatan..

bila kat pejabat,
kalau aku nak bukak blog yang ada pasang lagu ni,
aku kena mute kan dulu..
sebab apa?
sebab karang bergegar bilik aku ni..
kemain kuat lagi lagu nya...
kalah mp3 yang aku bukak kat pc ni....
kalau lagu slow tu, ampun lagi..
cepat-cepat boleh tutup,
tapi kalau lagu rancak..
tak terkujat ko tetiba..
terus kaku aku tak tau buat pape..
pastu gelabah nak bukak sound..
konon-konon nak mute,
tapi memang xsempat... terus aku close je blog tersebut....

tapi tak pe la..
tu hak masing-masing sebagai blogger.... right??
aku bukan nak menghalang,
tapi seperti kawan saya cakap tadi,
janganlah buat automatic play..
nanti dari ada mood nak blogwalking,
terus hilang mood tu..

minta maaf ye kalau ada yang terasa...

02 Mac 2011

caRi gaDuh kE caRi paSaL??

huh!!
dari mood aku ok suam-suam kuku,
terus rasa nak marah...
tapi aku rasa, moos lagi marah dari aku kot...
huhuhu....
xpe, sabar ea moos...

aku tak paham,
dia ni jenis orang yang macam mana..
macam tak ada perasaan..

alkisah,
haa.. nak cerita la ni...
terngiang-ngiang kat telinga ni,
korang cakap, "ce citer.. ce citer..."
hehehe...

aku dan kawan-kawan,
telah menyewa kat rumah inchek sorang ni..
nak dijadikan cerita,
kami dah pun keluar dari rumah beliau (wah, macam Yang Berhormat lak dia... podah!)
dan sehingga ke hari ini,
kami dok la menunggu,
bila pokcik ni nak bagi balik duit deposit kami..

dari sehari ke sehari,
aku suruh dak moos ni push dia...
tanya bila nak bagi..
agak nya dia da fed up..
maka, hari ini dalam sejarah,
berlakunya pergaduhan di alam maya..
dalam enfon je..

pokcik ni dok la terang,
dia tolak sekian-sekian..
untuk bayar sekian-sekian....
aku bila dengar moos citer,
haaa? banyak nya?

antara perkara yang disebut oleh pokcik ini ialah,
dia tolak duit bil indah water... sampai rm200..
katanya, rm 8 x 25 bulan = rm200
yang menjadi tanda tanya kami,
sejak bila pulak penyewa yang patut bayar bil tersebut..
dalam perjanjian tak tertulis pun..
kalau pun pihak penyewa yang kena bayar,
kenapa tak mention awal-awal?
kalau kami yang kena bayar, xde nye kami peram sampai 25 bulan..
di sini, duit deposit api air sudah pun hangus dek kerana kena bayar bil tersebut...

lagi.....
duit mantainance, betulkan segala apa yang dah jadi tak betul kat rumah tu....
dia habaq kat moos rm270
gila ke apa?
takat sekeping dua marmar yang tercabut kt kitchen,
takat 4 5 paku yang terlekat kat dinding..
takat dinding yg terkesan akibat paku..
dia boleh nak caj sampai camtu sekali..
dia kata lagi,
dia repair dinding, cabut paku then plaster balik..
lekat balik marmar yg tercabut kt kitchen,
(sikit je wei yang tercabut, kalau guna sekeping marmar pun cukup)
dan yang aku tak boleh terima,
dia kata dia tukar kunci semua pintu bilik,
sila imagine, tukar kunci bermakna tukar tombol skali kan...?

pe ke hey yop!
asal ko tukar kunci, ko tolak duit deposit pulak..
tu kehendak ko, duit ko la yang keluar..
(maaf, kan da terkuang ajar ayat nye..)

pastu, cuci rumah..
pun termasuk dalam senarai potongan tu...
ek eleh...... kalau pun rumah tu ko upah orang untuk cuci,
ada kena mengena ngan duit deposit kitorang ke?
(ok, maaf sekali lagi... emosi tak dapat dikawal)

aku rasa dia bukan patut betulkan rumah,
dia sepatutnya betulkan kepala otak dia tu....

member ni tanya la,
kenapa pulak kitorang kena bayar sekian-sekian...
kitorang sebagai penyewa ada hak..
bla..bla...bla.....

dan jawapan dia,
mmg agak menyakitkan hati...
dia boleh lak marah,
sila tgok balik surat perjanjian..
jangan main cakap je..
bla...bla...bla.........
blah la ko...
(uppsss... sekali lagi.... maaf..)

aku penah jumpa pokcik ni...
dia penah datang sebab kitorang mintak betulkan lampu kat bilik air...
tak boleh berfungsi walaupun sudah diganti lampu yang baru..
masa tu muka..... nampak je baik..
pastu siap cakap, kitorang ni tak ada kawan lelaki ke?
yang boleh tolong buat benda-benda ni..
banyak la dia punya cekadak..

kadang-kadang aku geram dengan manusia macam ni,
tak jujur..
hanya fikirkan keuntungan semata-mata..
tak fikir keuntungan tu boleh dimakan atau tak..
kalau dah menipu orang,
memang haram la kalau makan kan...
jangan lah ambik hak orang..
Tuhan tu Maha Berkuasa..
aku tak nak la doa mintak bukan-bukan jadi kat ko...
biar Tuhan je yang balas..

dan tadi member da call,
kata dia da bankin duit nya,
dan duit yang dia nak potong,
dia dah kurangkan...
tapi still lagi banyak.. (bagi aku la...)
tak pe la.. sekurang-kurang nya dia da bayar..

aku nak mintak la kat kamu-kamu semua..
yang menyewakan rumah pada orang lain..
jujur la...
jangan fikir diri sendiri..
orang yang menyewa tu lagi sengsara,
mana nak carik duit,
deposit je nak 2 bulan
(trend sekarang... tapi bila penyewa keluar, xlarat lak nk bg balik..)
deposit api air pun nak 2 bulan jgk..
bayangkan orang yg menyewa tu,
baru nak mula bekerja..
baru berkahwin...

kalau boleh, hidup jangan menyusahkan orang lain.....
sekian, terima kasih....

aMbiL peLuanG yG aDa....

setelah berkurun lama nye.. (yela tu..)
baru arini aku berkesempatan
membuang segala habuk yg bersarang kt blog kesayangan ambo ini... huhu....
terasa mcm.... adoooiii...
byk btol benda yg nk aku cerita kan...
sbb byk benda yg terjadi dlm kehidupan seharian aku
sjak 2 menjak ni.. (cewah...)
jd, seperti tajuk di atas,
ambil peluang yg ada ni..
utk taip sepanjang2nya....
bg anda yg terasa nk muntah,
pegi muntah dulu..
pstu, smbung baca entry ambo yg xseberapa ni ye...
hehehehe....

hmm..
ape nk crita ni ye?
byk benda yg da lepas,
aku tlupe..

xpela... t kalu aku ingat,
aku wat entry nye ye..
cuma nk wat entry,
perkara yg baru je terjadi mggu lepas....
iaitu,
MERAIKAN HARI BAHAGIA KAWAN BAIK SAYA....
IAITU PUAN FATIMAH BINTI WAHID...
(^_^)

lom basi lagi kan?
hehe..
jgn marah haaa....

aku, cik tina n cik wana,
telah mengambil cuti selama 2 ari,
da kami telah berkampung di felda taib andak selama........
bpe ari ea? dlm 4 ari gitu la...
sbtu nikah,
mlm nye majlis berinai..
ahd, majlis bersanding...
ok2.. xusah cter byk,
nk tgok gmbr?
nak?

haaa.....
sory la.. gmbr xdpt di upload atas sbb2 yg xdpt dielakkan..
maka dgn itu,
anda2 semua dijemput utk menyaksikan melihat,
beberapa foto di FB member saya,
iaitu, cik salwana saad... hehehehe....
kesulitan amat dikesali..

ok,
setelah bersatu nya kawan baik saya dgn suami beliau,
bermula lah kehidupan saya seorg diri..
selama hampir 3 taon berada di Putrajaya,
ni la kali pertama saya duduk di rumah sendiri..
berbekalkan semangat berdikari.. (bluekk.. nk termuntah baca ayat sdiri.. hehe)

sotart tarikh 14 Februari 2011,
hiduplah aku seorang diri,
di teratak ku syurga ku di Presint 5....
hehehehe...

aku xdela takut sangat duduk sorang,
cuma kalau nak tidur, aku tak boleh bergelap sangat...
atleast bukak satu lampu....

dan nak dijadikan cerita,
sejak aku duduk sendiri ni,
aku adalah sangat rajin.
rajin apa?
haaa.. tu yang kita nak ceritakan ni...
(^_^)

memandangkan tak ada benda nak buat kat rumah,
sebab barang rumah pun tak banyak,
nak kemas hari-hari pun,
macam buang tebiat je kan,
jadi aku telah memupuk satu hobi baru,
(selain menyanyi sorang2, pstu nyanyi kuat-kuat pulak tu... hehehe)
iaitu, MEMASAK...
ye kawan2..
memasak..

bukanlah sebelum ni aku tak rajin memasak,
masak jugak.. tapi takde la hari-hari...
tapi la ni.... (awat cakap kedah pulak?)
hari-hari aku masak,
dan bawak bekal ke pejabat....
hehehe...

dan sejak aku bawak bekal ke pejabat,
terasa macam jimat..
dan boleh simpan duit lebih sikit..
sebab kadang-kadang,
3 4 hari aku tak bukak pun beg duit..
jimat bukan?

yelah, sejak dah pakai kereta ni,
kena la jimat-jimat sikit..
duit yang tak guna 3 4 ari tu,
leh wat tong2 minyak kereta...

eh....
anda masih membaca ke?
ke dah tidur.... hehehehe.....
almaklumlah, blog aku ni tak berapa menarik sangat....
hik3...

okla...
takut ada yang tersengguk-sengguk...
aku stop kat sini je la..
nanti ada masa, aku update blog lagi..
tak jadi la nak taip panjang-panjang (xpanjang kata kau?)
lagipun jap lagi nak masuk taklimat...
ok... daaaaa.....

~ jumaat ni kena pergi kursus, khas untuk PA seJPN... tempatnya di Impian Morib Hotel, Banting... sekali lagi kat situ!! huhuhu.... xpela.... agaknya nak bertemu jodoh kat situ kot... hehehe... (perasan!) ~

Wahai Bakal Suamiku...

"..dan aku mengharapkan dirimu, bermohonlah pada Dia yang berhak, milikilah jiwaku keranaNya & milikilah hatiku dengan izinNya serta milikilah cintaku, diriku, kerana agamaNya.."